Tuesday, April 1, 2008
ZAM ZAM ALA KAZAM!
ZAM ZAM ALA KAZAM!
What price your dignity?
Did Dollah bait you to spin
This song for a cabinet posting?
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi umpama "api dalam sekam" yang akhirnya menghakis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara, kredibiliti UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bekas menteri penerangan itu berkata kenyataan Dr Tun Dr. Mahathir yang mengatakan kesal melantik Abdullah sebagai penggantinya telah menggugat UMNO dan menyebabkan UMNO terpaksa mengumpul tenaga untuk menyatukan sokongan terhadap Abdullah.
"Tidak dinafikan kenyataan itu merupakan "api dalam sekam" yang terus merebak di dalam UMNO," katanya dalam satu kenyataan.
Zainuddin berkata kewibawaan Abdullah terus tercabar apabila Dr Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan menjelang pilihan raya umum bahawa Abdullah hanya untuk satu penggal (sebagai Perdana Menteri) sahaja dan keanggotaan pembangkang perlu diperkuat dalam Parlimen.
Katanya, antara kenyataan Dr Tun Dr. Mahathir yang paling meracuni bukan sahaja orang Melayu tetapi juga bukan Melayu kalangan profesional dan akademik ialah mengenai peranan Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah) dalam percaturan politik dan ekonomi negara serta peranan penasihat-penasihat di tingkat empat (Jabatan Perdana Menteri).
"Beliau (Dr Tun Dr. Mahathir) tidak sedar atau mungkin sengaja tidak mahu sedar bahawa kredibilitinya sebagai seorang bekas perdana menteri masih tinggi dan kuat, pengaruhnya sebagai legenda pemimpin negara masih berakar umbi.
"Maka itu sumbangannya terhadap menghakis keyakinan rakyat berbilang kaum (terhadap BN) adalah mengatasi pengaruh blog dan laman web...kata-katanya berbisa dan beracun," kata Zainuddin lagi.
Zainuddin berkata Dr Tun Dr. Mahathir sendiri tentu tidak menyangka bahawa bibit-bibit ketidakkeyakinan yang ditanamnya di kalangan rakyat sejak Abdullah mengambil alih pemerintahan negara terutama apabila projek jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau Johor dibatalkan telah mendorong rakyat membuat undi protes yang paling membinasakan.
Hasilnya, kata Zainuddin, pilihan raya umum lepas menjadi titik hitam yang memisahkan BN daripada sejarah kekuatannya sejak beberapa pilihan raya sebelum ini.
"Oleh itu meletakkan kesalahan keruntuhan BN ini semata-mata kepada kepimpinan Abdullah adalah tidak wajar kerana jelas sekali tangan yang membinanya (Dr Tun Dr. Mahathir) juga telah meruntuhkannya kerana perasaan dendam dan marah tidak terkawal," katanya.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment