Tuesday, April 22, 2008

Peralihan kuasa bukan ditentukan Presiden

Syabas! First kenyataan from Pemuda for the longest time that I can respect!


Apr 22, 08 12:12pm
Seorang exco Pemuda UMNO hari ini menegaskan bahawa menurut perlembagaan parti, peralihan kuasa bukan ditentukan oleh presiden tetapi ditentukan oleh parti keseluruhannya.

Exco berkenaan, Kamarulzaman Kamdias berkata jawatan presiden bukan sesuatu yang diwarisi turun temurun.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan mandat demokrasi yang perlu diberikan kepada ahli-ahli melalui pemilihan parti.

Beliau yang juga timbalan pengerusi biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan tersebut menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

Kamarulzaman berkata kini terdapat gesaan dari ahli-ahli parti supaya presiden membentangkan 'pelan peralihan kuasa'.

"Setiap hari wujud interpretasi yang berbeza mengenai apakah pelan tersebut. Saya merasakan bahawa bercakap mengenai 'pelan peralihan kuasa' telah memesong kita daripada isu utama, iaitu mengenai kepimpinan.

"Kita sedang bercakap berpusing-pusing dan mengelirukan. Sebaliknya, mereka yang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan segera jawatan presiden parti hendaklah bercakap secara berterus terang.

"Begitu juga jika beliau (Abdullah) mahu memegang jawatan itu hingga tahun 2010 atau 2012, beliau juga mesti menyatakannya secara berterus terang. Beliau boleh bertanding jawatan presiden Disember ini seperti mana sesiapa juga yang dicalonkan," tambahnya.


Menurut, perlembagaan UMNO menyediakan pemilihan parti yang teratur dan demokratik untuk memperbaharui pucuk pimpinan setiap tiga tahun.

"Pemilihan parti telah ditangguhkan lebih setahun. Ahli-ahli parti - bukan segelintir golongan elit - yang kini perlu memutuskan siapa harus kekal dan siapa yang harus beredar," tambahnya.

******

And another one from Khir Toyo.


Peralihan kuasa elak saingan sengit

Apr 22, 08 3:16pm
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata langkah mengemukakan lebih awal pelan peralihan kuasa akan dapat mengelak pertandingan sengit sehingga memecahbelahkan parti dalam perhimpunan agung Disember depan.

"Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing," kata bekas menteri besar Selangor itu dalam catatan terbaru dalam blognya semalam.

Dr Mohd Khir yang baru pulang daripada mengerjakan Umrah berkata, beliau cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada beliau.

"Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara," katanya.

Kelmarin, pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sebarang pandangan pandangan Dr Mohd Khir mengenai peralihan kuasa, adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian UMNO Selangor.

Menurut Dr Mohd Khir lagi, selain pandangan ahli UMNO yang berjumlah lebih tiga juta orang, "pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan".

Sebab itulah, tambahnya, dalam catatan pertamanya mengenai peralihan kuasa, beliau menegaskan bahawa UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan harus mencari satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.

Hak perdana menteri

"Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahupun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak BN juga kepimpinan negara," tambahnya.

Dr Mohd Khir juga menjelaskan bahawa dua catatan terakhir beliau mengenai peralihan kuasa mendapat respons yang pelbagai.

"Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan," tambanya.

Untuk melaksanakan peralihan kuasa, tegasnya ,sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, adalah hak perdana menteri.

"Saya hanya merayu agar satu 'exit plan' dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.

"Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti.

"Saya hanya berharap jika ada 'exit plan' dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam perhimpunan agung UMNO akan datang," tambahnya.

No comments: