Wednesday, April 9, 2008

Pak Lah diminta bercuti, serah tugas pada Najib

UMNO Johor dan 20 ketua2 bahagian termasuk MB Abdul Ghani Othman harus diberi TABIK HORMAT! Adalah penting utk mendengar akar umbi dari menegak seorang Presiden yg tidak dapat diselamatkan kerana kesalahan dan kesilapan diri beliau sendiri, dan tidak dapat lagi dibetulkan. Menantu beliau Khairy Jamaluddin juga harus dibawa sekali utk penghakiman. Dua manusia perosak UMNO ini harus disalai oleh ahli2 UMNO akar umbi serta dibuang dari parti, sebelum UMNO dapat dirawati. Ahli2 Majlis Tertinggi dan Ketua2 Bahagian Mangkuk Hayun yg bersama bersengkongkol juga harus dihadapkan ke pengadilan kerana bersubahat membiarkan dan menolong Abdullah dan Khairy terus menjahanamkan UMNO, parti keramat.

Pada 12hb April pada pukul 9 pagi, satu Perhimpunan Perpaduan Bangsa akan diadakan di PWTC di bawah semua NGO yg dinaungi oleh DYMM Sultan Johor. Baginda teramat sedih kerana PM Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan UMNO di dalam keadaan tenat. Tg Ahmad Rithaudddin diminta Baginda menasihati Abdullah. Majlis akan membincangkan masa depan dan nasib orang2 Melayu di Tanah Melayu.

Pak Lah harus letak jawatan seberapa segera!

Muda Mohd Noor | Apr 9, 08 2:52pm

Sebahagian besar ketua UMNO bahagian di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas presiden parti dan perdana menteri bagi meredakan kemarahan ahli UMNO ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan sebagai presiden parti dan perdana menteri kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Desakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Bagaimanapun, enam lagi ketua bahagian yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, tidak dijemput menghadiri perjumpaan tersebut.

Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Semberong), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Khaled Nordin (Pasir Gudang), Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) yang merupakan timbalan menteri kesihatan.

Turut tidak dijemput ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.


Johor mempunyai 26 bahagian UMNO - iaitu yang paling banyak, selepas Sabah (25), Perak (24) dan Selangor (22).

Perak dan Selangor dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP -dalam pilihanraya umum lalu.

Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan UMNO daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap semakin banyak kekeliruan yang timbul," kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut.

"Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberi terus kepada Najib," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penyokong akar umbi UMNO di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.

Abdullah dijadual melawat Johor esok dan mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan UMNO negeri itu.

No comments: