Thursday, April 10, 2008

Calon2 PAU 2008

Selepas beberapa anjing menyalak, baru kita boleh dengar walaupun tidak dipaparkan di suratkhabar2 media prima berita2 yg menyejukkan hati kita.

Gabungan yg baik
Presiden: Najib Razak
Timbalan Presiden: Muhyideen Yassin
Ketua Pemuda: Mukhriz Mahathir

Tiada tempat di hati akar umbi buat pengkhianat2 bangsa dan mereka yg melacurkan negara kepada Singapura dan menjadi agen2 proxy asing seperti Khairy Jamaluddin dan Abdullah Ahmad Badawi. Nyahkan mereka dari bumi Malaysia! Jangan lupa bawa Musa Hitam serta Shahrir Samad sekali.


KENYATAAN AKHBAR

NAJIB, PRESIDEN
MUKHRIZ, KETUA PEMUDA

Menyambut baik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan Perak baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut membuat kenyataan berhubung Pemilihan di dalam UMNO pada penghujung tahun ini.

Saya melihat kenyataan-kenyataan mereka sebagai satu perkembangan yang sihat buat UMNO. Ini kerana, mereka berdua telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Khairy Jamaluddin yang mereka lihat sebagai pemimpin yang mampu membawa kebaikan kepada Parti dan Pergerakan Pemuda. Semangat inilah yang diperlukan oleh UMNO, iaitu proses memilih pemimpin dibuat atas kehendak akar umbi dijalankan tanpa apa-apa tekanan.

Namun, kenyataan mereka tidak boleh dilihat sebagai kehendak majoriti ahli-ahli Pemuda UMNO. Ianya adalah merupakan kenyataan peribadi daripada pemimpin peringkat negeri. Kehendak ahli-ahli cuma dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Persidangan-persidangan UMNO yang akan membuat pencalonan.

Atas semangat demokrasi dan cintakan Parti, saya ingin turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai calon Presiden Parti UMNO bagi menggantikan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi lebih memantapkan Parti UMNO, sokongan tanpa belah bagi saya berikan kepada YB Dato’ Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Daya kepimpinan, keberanian dan kebijaksanaan mereka berdua amat dihormati kawan dan lawan. Perwatakan mereka yang berhemah tinggi akan mampu menarik semula minat dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Saya tidak berniat untuk bersikap biadap terhadap peneraju Parti sekarang tetapi, pandangan saya adalah berasaskan kepada PANDANGAN YANG TELAH SAYA TERIMA DARIPADA AHLI-AHLI DAN ORANGRAMAI.


AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU

PEMANGKU KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

BAHAGIAN IPOH BARAT

(6019 57 26 777)

2 comments:

cakapsiang said...

Memang banyak kes di mana orang nombor 2 lebih bijak daripada orang no 1 Pemuda Perak ini salah satu daripadanya.

teja said...

Orang No 1 selalu nak jaga position terpaksa menyalak untuk siapa yang dirasakan akan bagi atau sudah hulur tulang pada dia. Woof Woof! Mujur orang No 2 masih ada tulang belakang..