Saturday, April 5, 2008

Bedah Buang Anggota Yang Diabetic

The best suggestion coming from ahli-ahli UMNO bahagian so far.

Doktor juga pasti menasihati sekiranya kaki seorang diabetic tidak dapat diselamatkan, haruslah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke anggota lain badan yg sihat, serta yg lebih penting pesakit tidak mati bila ianya merebak ke organ dalaman. Inilah yang berlaku kepada dua orang yg saya kenali di mana jari2 kaki mereka terpaksa dipotong utk menggelakkan dari kerosakan diabetic merebak ke seluruh bahagian anggota. Mereka redha dan pembedahan dilakukan dgn kadar segera di dalam beberapa jam setelah dimasukkan ke hospital dan sekarang mereka sedang di dalam tempoh penyembuhan diri. Nampaknya UMNO hari ini amat lemah kerana anggota2 Majlis Tertinggi terus menerus mempunyai penyakit menyokong Presiden yg lemah dan salah walaupun Presiden UMNO dan BN ini telah ditolak oleh akar umbi sehingga UMNO dan BN kalah di 5 negeri dan 1 wilayah di PRU 12. Kekalahan yg maha teruk sejak 50 tahun sejarah UMNO dan BN.

Parti2 komponen sudah tentu mengharapkan UMNO membetulkan rumahtangga sendiri, malangnya anggota2 Majlis Tertinggi UMNO selesa sungguh menjadi mangkuk hayun yg membinasakan parti, mengulangi menyanyikan lagu "Kami Sokong Pak Lah" walaupun Pak Lah amat bersalah dan harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan UMNO dan BN. Walau ditegur oleh rakyat di PRU12, disindir oleh Sultan2 dan dikhutbahkan oleh alim2 ulamak, Abdullah Ahmad Badawi masih bebal dan tidak mahu menerima nasihat sementara ahli2 Majlis tertinggi terus memperbodohkan diri di mata rakyat masih terus menerus menegakkan benang basah mereka.

Maka sudah sampai masanya ahli2 Majlis Tertinggi juga harus dibedah keluar.


Umno Paya Besar Mahu Semua Anggota MT Letak Jawatan

KUANTAN, 4 April (Bernama) -- Ketua Bahagian Umno Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman meminta semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno meletak jawatan berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Saya bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Umno bahagian, bukannya sebagai Setiausaha Umno Negeri Pahang, Umno bahagian Paya Besar mahu semua ahli Majlis Tertinggi meletakkan jawatan," katanya malam ini.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno bahawa jika semua ahli MT meletakkan jawatan, maka Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT perlu diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

Beliau berkata semua ahli MT perlu berbuat demikian bagi membolehkan perhimpunan Agung Khas itu diadakan.

Ahmad Tajuddin sebelum ini merupakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lepar. Beliau bagaimanapun tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon BN Mohd Shohaimi Jusoh menewaskan calon PKR Khazizi Ahmad dengan majoriti 4,163 undi.

-- BERNAMA

No comments: