Wednesday, April 9, 2008

Memperbaiki kesilapan cara Abdullah Badawi – 2

by Sutradari on Wednesday, April 09 @www.mykmu.net



Akhirnya, Abdullah telah bersuara setelah sebulan (saya ulangi - SEBULAN) Pilihanraya berlalu. Tetapi suara Abdullah hanya berbunyi seperti anak kecil yang baru dimarahi. Ini kerana Abdullah tidak membuat analisa, jauh sekali mengaku salahnya, tetapi hanya berkata, “orang itu yang bersalah” dan “dulu, ada orang itu pun buat salah lagi teruk”. (Kita boleh bayangkan, Abdullah menghentak-hentak kaki, memuncungkan mulut dan menuding jari ketika membela dirinya) Kemudian tiba-tiba, dengan bangga, dia berkata lagi: “Kita akan tanngkap mereka semua!”

Abdullah menyangka dengan membongkar salah laku Tun Dr. Mahathir (jika ada), dan mengambil tindakan ke atas beliau, maka kes ECM Libra, MV Agusta, Pantai Holdings, Jambatan Bengkok, Harga Air ke Singapura, Sabotaj di Kubang Pasu, inflasi yang tinggi, malah kes ketuk ketampi bogel juga akan dilupakan atau selesai dan rakyat akan kembali memberi sokongan padu kepada BN dalam Pilihanraya ke 13.

Benar, benar dan benar berkali-kali benar bahawa Abdullah telah dibutakan oleh bukan sahaja kebencian, dendam kesumat dan dengki khianat terhadap Tun Dr. Mahathir tetapi juga tamak haloba sehingga dia yang telah dewasa hanya mampu berfikir dan bertindak seperti anak kecil.

Orang dewasa yang begini, selalunya kita panggil terencat akal.

Ini menjelaskan kenapa logik matematik Abdullah tentang keputusan Pilihanraya 2008 jika dibandingkan dengan keputusan Pilihanraya 1999 adalah seperti berikut: 1) 5+1 = 2, dan 2) 2/3 > 2/3, serta 3) menang besar, menang tipis dan kalah itu jika diplotkan ke atas bar graf, maka ia akan menunjukkan tiga bar yang sama tinggi.

Agak serius juga terencat akal Abdullah ini sehingga lupa bahawa Tun Dr. Mahathir menyerahkan UMNO dan Negara kepadanya dalam keadaan baik dan hampir sempurna pada 2003. Oleh itu, apapun salah Tun Dr. Mahathir sebelum itu, ia tidak ada kena mengena dengan kroni Abdullah menjadi kaya, Negara mengalami kerugian dan rakyat tertekan dengan kadar inflasi sejak 2004 – 2008 yang menjadi punca kekalahan BN di banyak negeri dalam pilihanraya yang lalu.

Tetapi, kita juga jangan lupa bahawa selain Tun Dr. Mahathir, kita sendiri, iaitu akar umbi UMNO dan rakyat biasa juga dijadikan musuh oleh Abdullah. Ini kerana Abdullah seolah-olah menuduh sesiapa yang tidak mengundi BN pada Pilihanraya yang lepas sebagai mengsabotaj Parti.

Justeru, penyelesaian cara Abdullah si terencat akal ini adalah dia mungkin akan mengambil tindakan ke atas semua yang tidak mengundi BN pada Pilihanraya yang lepas. Dia percaya, dengan cara ini, maka kita semua akan mengundi BN semula pada Pilihanraya ke 13 akan datang. Selesai masalah.

Inilah akibat apabila hati sudah ditutup oleh sifat keji, akalnya tidak lagi dapat berfungsi. Jika 3 juta orang merungut tentang Abdullah dan 3 ribu orang menyokong, apakah 3000 itu lebih banyak dari 3 juta?

No comments: