Thursday, April 17, 2008
Pilih Abdullah atau Akar Umbi?
Apa yg akar umbi amat harapkan dari majlis jawatankuasa pengurusan Umno dalam perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno Selangor empat peringkat di Subang Jaya semalam masih satu permainan retorik oleh Ahli2 Majlis Tertinggi dan Badan Pengurusan UMNO. Tiada pelan spesifik dan lakaran masa terdekat diberikan. Semua semata2 atas apa yg Presiden yg hendak ditolak mahukan. Gilakah memberi kuasa menentukan kepada orang yg akar umbi hendak diberhentikan?
Akar umbi tidak mahu mendengar penjelasan dan cerita2 berbelit yang tidak menjawab soalan. Nampaknya pemimpin2 atasan UMNO sudah bersedia untuk menjadikan UMNO parti pembangkang di PRU 13.
Adakah tersangat susah menolak seorang pemimpin yg tidak layak dan menjahanamkan parti dari mendengar permintaan akar umbi UMNO dan orang2 Melayu yg menentukan undi?
Amat bodoh dan tidak menghormati akar umbi bagi ahli2 MT membiarkan Abdullah sendiri membuat keputusan dan menentukan bila beliau akan berundur. Kemungkinan beliau akan terus menerus memerintah sehingga di atas kerusi roda seperti yg dikiaskannya atau sehingga dapat melepaskan jawatan tersebut kepada menantu beliau.
Yang pastinya Abdullah Ahmad Badawi bukanlah pemimpin yg dihormati mahupun disegani oleh akar umbi. Rakyat percaya sekiranya beliau masih mendapat pencalonan di PAU 2008 dan menang jawatan Presiden dengan sudah tentunya "pembelian" pencalonan dan undi2 dari bahagian dan perwakilan dgn projek2 dan jawatan2, nescaya LINGKUPlah UMNO dan BN buat selamanya.
Amaran telah banyak kali diberikan oleh ahli2 dan rakyat untuk menolak Abdullah, sekiranya MT Mangkuk Hayun UMNO masih berdegil tidak mahu mendengar kehendak rakyat tetapi mengikut kemahuan Abdullah, bersedialah semua untuk hilang wang pertaruhan di PAU 13. Selamat UMNO dan BN menjadi pembangkang dan menggadaikan negara untuk menyelamatkan seorang manusia yang tidak langsung layak memimpin seperti Abdullah.
Semboyan perang telah berbunyi. Pilih Presiden yg lemah atau akar umbi? Setiap pemimpin di atas yang terus menerus mempertahankan Abdullah yang nyata menjadi punca kelemahan UMNO akan turut menerima padahnya.
Panduan Jelas Pelan Peralihan Kuasa Diberi Bila Tiba Masa
PETALING JAYA, 16 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata panduan yang lebih jelas berhubung pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri kepada beliau akan diberikan apabila tiba masanya.
Beliau berkata buat masa ini, belum ada sebarang perancangan masa yang ditetapkan bagi melaksanakan pelan peralihan itu.
“Tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan…bila sampai masa kita akan beri panduan yang lebih jelas,” katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang masih tertanya-tanya mengenai pelan peralihan parti dan kerajaan itu.
Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai jawatankuasa pengurusan Umno dalam perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno Selangor empat peringkat di Subang Jaya di sini hari ini.
Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata: “Diri saya tidak begitu…saya tidak akan mendesak, adalah lebih baik jika ia ditentukan oleh Presiden sendiri.
“Beliau mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan apa yang terbaik buat negara dan saya percaya dengan perkara itu,” katanya.
Najib berkata isu pelan peralihan kuasa merupakan salah satu perkara yang dibangkitkan pada perjumpaan berkenaan selain isu penentuan calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Disember ini.
Berhubung penentuan calon, Najib berkata para pemimpin negeri itu melontarkan pendapat bahawa kaedah dan penilaian bagi penentuan calon perlulah tepat.
“Dalam erti kata mereka (calon yang dipilih mestilah) yang boleh menang dan disegani di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata selain itu, pemimpin Umno negeri itu turut menyentuh akan pentingnya untuk Umno mempunyai pendekatan strategik untuk meraih sokongan kaum Cina dan India bagi menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu mengulas mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berlangsung dalam keadaan yang baik dan anggota dan kepimpinan Umno telah memberi maklum balas yang berguna kepada jawatankuasa pengurusan.
Sementara itu, Najib ketika ditanya mengenai respons anggota Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno, beliau berkata anggota parti hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.
“Anggota hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah,” katanya.
Najib berkata bagi memantapkan lagi BN, jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.
“Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN,” katanya.
Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya yang enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.
– BERNAMA

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment