Wednesday, April 16, 2008

Muar boleh adakan EGM

Habislah Dollah dan Khairy! Wasalaam!


Muda Mohd Noor | Apr 16, 08 2:29pm

Setiausaha agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Mansor berkata, UMNO bahagian Muar boleh mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) kerana menepati peraturan dan perlembagaan parti.

Tengku Adnan memberitahu demikian kepada enam ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Muar yang menemui beliau di pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Ini disahkan oleh seorang daripada AJK bahagian, Hassan Sulaiman Ninam Shah, yang turut sama, dalam pertemuan dengan Tengku Adnan pagi tadi.

"Tengku Adnan memberitahu rombongan AJK bahagian Muar, bahawa bahagian mematuhi peraturan untuk mengadakan EGM.

"Tengku Adnan akan memberi penjelasan kepada timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai perkara tersebut," kata Hassan ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas itu, katanya, Tengku Adnan akan memaklumkan tarikh EGM bahagian Muar akan diadakan.

Hassan bersama lima AJK Muar itu menemui Tengku Adnan selama kira-kira dua jam mulai 11.30 pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Hassan membangkitkan isu kegagalan UMNO bahagian Muar mengadakan EGM sebagaimana yang diminta oleh AJK bahagian tersebut.

"Tetapi Tengku Adnan berkata, bahagian Muar telah menepati peraturan dan perlembagaan parti dalam proses mengadakan EGM,"

1 comment:

tun teja said...

salam
tak sangka lak blog politik.
saja google cari nama yg sama.
sbb sy pun tunteja gak