Saturday, April 5, 2008
Memperbaiki Kesilapan Cara Abdullah Badawi
A well written piece by Sutradari posted at www.mykmu.net.
Setelah begitu banyak kali mendengarnya, sedikit sebanyak kita sudah boleh memahami bahasa anjing anjing jadian. Berikut ialah terjemahan salakkan Zainuddin Maidin, Mat Taib, Nazri dan Shabery:
“WOFF! WOFF! Kalau Tun M tak tegur salah kami, WOFF! Tentu rakyat tak tahu apa kami buat dan tentu BN tak kalah 5 negeri WOFF! WOFF!. Sebab tu lah saya kata semua ini salah Tun M.”
Dan
“Buat apa bagitahu rakyat yang Pak Lah korup, WOFF! lemah, WOFF! Dan sebagainya. Diam-diam jer lah. Biarlah Pak Lah nak jual negara pun pun, rakyat bukan tahu.
WOFF! WOFF! Dan kalau rakyat tak tahu, BN tak kalahlah 5 negeri dan sempatlah Pak Lah gadai negara sampai habis dan bagi komisen kat kami!!! WOFF!! Sebab tu lah kami kata semua ini salah Tun M!!
Mungkin itulah maksud salakan marah Zam, Nazri, Shabery dan seangkatan dengan mereka. Kalau salah, harap anjing-anjing jadian sekalian tolong perbetulkan.
Mereka terlalu marah kerana tak sempat merembat duit Negara sehingga tidak dapat berfikir dengan baik. Jika mereka berfikir, mereka tentu tahu perbuatan yang dilakukan berulang-ulang akan membuahkan hasil yang sama berulang-ulang kali juga.
Apabila kita melakukan sesuatu dan hasilnya tidak memuaskan atau salah, maka kita harus mengubah cara kita melakukannya. Jika kita membuat matematik dan mendapat jawapan yang salah, tentulah ada yang tak kena dengan jalan kira kita. Maka secara logiknya, tentulah kita akan membetulkan atau mengubah jalan kira kita agar mendapat jawapan yang betul.
Tetapi logik manusia berakal tidak boleh digunapakai terhadap manusia dalam kabinet dapur Abdullah Badawi. Seperti juga logik mengenai orang yang bermaruah sudah pasti akan meletak jawatan pada malam keputusan pilihanraya ke 12 diumumkan lagi.
Abdullah Badawi kononnya telah memahami di mana silap kerajaannya (bukan dirinya) dan akan mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya. Ayuh kita lihat bagaimana Abdullah Badawi membetulkan kesilapannya setakat ini:
MASALAH / ISU KESILAPAN TINDAKAN ABDULLAH SEBELUM PILIHANRAYA TINDAKAN ABDULLAH UNTUK MEMPERBAIKI KESILAPAN SELEPAS PILIHANRAYA
1. EKONOMI
Pengembangan ekonomi yang didakwa oleh kerajaan tidak dirasai oleh rakyat bawah.
Ramai peniaga tidak berpuas hati denagn dakwaan kerajaan bahawa ekonomi negara sangat baik.
Pentadbiran Abdullah membentangkan statistik dan angka mengenai ekonomi negara bagi menutup rungutan-rungutan ini. Abdullah menafikan realiti perasaan rakyat. Perdebatan, perbahasan dan pertelingkahan tamat setakat menuduh rakyat tidak cukup intelektual untuk memahami kesan ekonomi global.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bongkak dan tidak prihatin.
Abdullah mengulangi kesilapannya dan terus menafikan kelemahan serta menuduh rakyat sebagai tidak cukup intelektual untuk tidak memahami kesan ekonomi global.
2. KHAIRY JAMALUDDIN
Rakyat berpendapat BN hanya dikuasai oleh Khairy dan Abdullah.
Pencalonan Khairy Jamaluddin sebagai ahli Parlimen Rembau turut menimbulkan kemarahan semua kaum. Usaha Perdana Menteri mencalonkan menantunya dilihat sebagai satu lagi usaha pengukuhan dasar-dasar yang merugikan rakyat. Abdullah menafikan pengaruh Khairy dan terus membela Khairy dan keluarganya.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai tidak peka dan mempunyai agenda tersembunyi.
Abdullah tidak melantik Khairy di dalam kabinet tetapi ini tidak cukup bagi rakyat kerana pengaruh Khairy masih terdapat dari kuncu-kuncunya yang dilantik ke jawatan yang strategik untuk melindungi kroni Abdullah. Lagipun pengaruh Khairy masih wujud di rumah Abdullah sendiri.
3. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Pertelingkahan pentadbiran Abdullah dengan Tun Mahathir Mohamad turut memberi kesan kepada para pengundi.
Rakyat rata-ratanya mempunyai pandangan yang sama dengna Dr. Mahathir terhadap kerajaan Barisan Nasional dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir yang telah berusaha meluahkan pandangan ini bagi pihak mereka memandangkan luahan rakyat mengenai Abdullah di laman web, blog dan kedai kopi telah tidak diendahkan malah diperkecilkan Abdullah.
Tindakan akhbar-akhbar yang rapat dengan Abdullah dan beberapa menteri menyerang Tun Mahathir mewujudkan kemarahan rakyat dari semua kaum dan golongan terhadap Abdullah.
Abdullah tidak menangani mahupun menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir sebaliknya bertindak mengutuk Tun Dr. Mahathir.
Tidak cukup dengan itu, Abdullah memperkecilkan jasa Tun Dr Mahathir dan cuba mencari kesalahan beliau.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang tidak mengenang jasa, kurang ajar serta penuh dengan hasad dengki.
Sehingga kini Abdullah masih lagi tidak menangani atau menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Abdullah mengulangi kesilapannya memburukkan Tun Dr. Mahathir melalui Zam, Nazri, Shabery, Zaid dll ahli kabinet dapurnya.
Usaha untuk mencari salah Tun Dr. Mahathir juga diteruskan sehingga mengabaikan tugas untuk memperbaiki kelemahan sendiri.
4. ISLAM HADHARI
Promosi keterlaluan Islam Hadhari dilihat sebagai ancaman oleh kaum lain.
Orang Islam (termasuk para petugas promosi Islam Hadhari sendiri) tidak setuju dengan Hadhari kerana konsep Hadhari itu sememangnya telah wujud dalam Islam dan tidak perlu diberi nama baru seolah-olah ia baru diajar oleh Nabi baru bernama Abdulah Badawi.
Abdullah meneruskan promosi Islam Hadhari walau telah ditegur oleh rakyat melalui blog dan laman web.
Abdullah memperkatakan ttg Islam Hadhari di dalam majlis yang tidak ada kena mengena dari peringkat antarabangsa sehinggalah ke kempen pilihanraya di tempat majority bukan Islam.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai cuba mencari publisiti murah serta takbur.
Abdullah mengulangi kesilapan dengan meneruskan niatnya untuk memperomosi Hadhari sebagai Islam dalam konsep baru yang diperkenalkan olehnya.
5. DASAR PRO-SINGAPURA
Dasar inilah yang dikritik hebat oleh rakyat yang juga merupakan kebimbangan utama Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah.
- Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
- Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
- Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
Abdullah menangani isu ini seolah-olah ia masalah peribadi antara dia dengan Tun Dr. Mahathir dan bukannya masalah nasional dan pentadbiran.
Abdullah mengutuk dan memburukkan Tun Dr. Mahathir sebagai caranya membela diri.
Rakyat marahkan Abdullah kerana tidak menangani isu ini, tidak menjawab soalan Tun Dr. Mahathir dan juga kerana memburukkan Tun Dr. Mahathir.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang pengkhianat Negara yang penuh dengan dendam kesumat terhadap Tun Dr. Mahathir.
Abdullah mengulangi kesilapannya dan masih menganggap isu ini sebagai masalah peribadi dengan Tun Dr. Mahathir dan meneruskan usaha memburukkan Tun Dr. Mahathir atas isu-isu lain setiap kali mendengar rakyat menyuarakan isu-isu ini.
5. ISU KORUPSI DAN KRONISME YANG MELAMPAU
Kes ECM Libra, Pantai Holdings, MV Agusta, Scomi dan Myteam menyebabkan Negara kerugian tetapi menguntungkan keluarga serta kroni Abdullah.
Abdullah menafikan di TV tetapi kemudian terbukti telah berbohong kepada rakyat apabila butir-butir mengenai ECM Libra, Pantai, MV Agusta dan Scomi dibentangkan oleh laman web dan bloggers malah ada yang terlepas di akhbar perdana juga.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sekeluarga sebagai tamak.
Rakyat hilang terus kepercayaan dan rasa hormat terhadap Abdullah dan seluruh kabinetnya. Rakyat mula membenci Abdullah sekeluarga.
Abdullah meneruskan kesilapannya dan masih menafikan dan mempertahankan pembohongannya dalam semua isu ini.
6. KELEMAHAN ABDULLAH SEBAGAI PEMIMPIN
- Isu Hindraf
- Isu ketuk ketampi bogel dalam lokap.
- Pertelingkahan antara menteri
- OIC
Abdullah sering mengelak menjawab isu-isu ini sendiri dan menyuruh Menteri-menteri menjawab bagi pihaknya.
Abdullah mengakui tidak tahu dan tidak terlibat dalam banyak isu yang membabitkan kementeriannya.
Abdullah tidak pernah menangani isu dengan segera dan bijak.
Dalam banyak perkara dia langsung tidak cuba menyelesaikannya.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang lemah dan tidak intelektual.
Mengulangi kesilapannya dengan tidak menangani semua isu dengan segera dan bijak.
Ini terbukti dengan kegagalannya mengambil tindakan segera untuk menangani isu kekalahanan BN di 5 negeri serta isu perlantikan MB Perlis dan Terengganu.
Perlu diingatkan pada 1999, Tun Dr. Mahathir terus memanggil mesyuarat membincangkan masalah kemerosotan undi BN selepas sahaja pilihanraya berakhir. Tindakan segera diambil dan penubuhan Puteri UMNO adalah hasil dari perbincangan tersebut.
7. MEMECAHBELAHKAN UMNO-
Bermain kotor untuk menghalang Tun Dr. M menjadi wakil Kbg Pasu.
- Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.
- Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO.
- Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.
- Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008. Abdullah memekakkan telinga dan berpura-pura tidak tahu bahawa rakyat telah tahu segala-gala permainan kotornya.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai pengamal korupsi yang paling hina.
Abdullah menambahkan lagi kesilapannya dengan memberi tempat kepada mereka-mereka yang ditolak oleh rakyat, samada yang kalah atau kurang majority ke dalam UMNO dan kerajaan.
Abdullah juga telah mengambil kembali mereka yang terbukti korup ke dalam kabinetnya.
8. SIKAP TERHADAP MEDIA ALTERNATIF
Abdullah memandang ringan atau sepi suara rakyat melalui internet.
Abdullah memusuhi bloggers dan webmasters. Menghina dan memperkecilkan mereka tanpa menyedari merekalah rakyat yang akan mengundi.
Teguran bloggers, forumers dan webmasters ditongsampahkan dengan sombong sekali. Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bodoh sombong yang tidak boleh diajar lagi.
Mat Taib dengan dangkalnya menyatakan bahawa BN telah kalah kerana bermain dalam gelanggang yang tidak adil di alam maya. Padahal BN punya peluang yang sama untuk menggunakan media alternatif kerana ia bebas tanpa perlu melalui apa-apa protocol untuk sesiapa terutama kerajaan UMNO menggunakannya.
Jika dilihat dari sini, sehingga hari ini, Abdullah bukan sahaja tidak memperbaiki apa-apa kesilapannya tetapi mengulangi dan menambahkan lagi kesilapannya dalam banyak perkara.
Berbalik kepada anjing-anjing yang menyalak tadi, sesungguhnya Abdullah dan kabinetnya telah ketinggalan jauh dari segi maklumat berbanding rakyat yang sepatutnya mereka pimpin. Mereka tidak tahu bahawa KMU telah lama menegur mereka sejak tahun 2004 lagi iaitu lama sebelum Tun Dr. Mahathir bersuara lagi. Tun Dr. Mahathir hanya bersuara setelah Abdullah tidak mengendahkan suara rakyat marhain seperti KMU dan para bloggers lain.
Tetapi yang kita hairankan cuma satu iaitu entah kenapa mereka begitu obsess dengan Tun Dr. Mahathir dan masih belum puas cuba mengenakan beliau dari pelbagai sudut. Bila tidak berjumpa satu apapun, dikatakan pula Tun Dr. Mahathir ini kebal? Benarlah mereka telah dibutakan oleh kebencian dan hasad dengki.
Apabila KMU bersuara, dikatakan Tun Dr. Mahathir yang bersuara hanya kerana kami menjemput Tun Dr. Mahathir untuk memberi ucaptama.
Apabila rakyat bersuara dalam pilihanraya, dikatakan Tun Dr. Mahathir yang bersuara hanya kerana suara rakyat sama dengan suara Tun Dr. Mahathir.
Apabila Ku Li bersuara juga mungkin dikatakan mereka sebagai ‘echo’ Tun Dr. Mahathir kerana Ku Li juga senada dengan Tun Dr. Mahathir.
Fobia sungguh mereka ini dengan Tun Dr. Mahathir. Pendek kata mereka ini makan, tidur dan mandi Tun Dr. Mahathir setiap hari. Dalam obsessi mereka terhadap Tun Dr. Mahathir mereka menuduh siapa saja yang bersuara senada dengan Tun Dr. Mahathir sebagai penyokong fanatik yang buta pula. 22 tahun memimpin Malaysia sehingga berjaya bukanlah satu jasa, tidak ada yang betul dan retorik semuanya, bagi mereka. Jelaslah siapa yang buta di sini.
Kalaupun benar Tun Dr. Mahathir pernah bersalah, bukankah Negara dan UMNO dalam keadaan baik semasa beliau melepaskannya pada Abdullah pada penghujung 2003?
Kenapakah Abdullah tidak dapat mengekalkan keadaan itu pada 2004 dan 2005?
Kenapa Abdullah mengabaikan teguran rakyat seperti KMU mengenai Khairy pada 2004?
Jika Abdullah berjaya menangani isu semasa yang berbangkit, tentu Tun Dr. M tidak perlu menegur dan mengkritik keras pada 2006 dan 2007.
Dan kalau apa yang Tun Dr. Mahathir tegur itu tidak benar, kenapa Abdullah tidak dapat memberi penerangan sehingga meyakinkan rakyat? Adakah mereka mengaku bahawa Abdullah begitu lemah?
Dan kalau benar pengaruh Tun Dr. Mahathir terlalu kuat untuk diatasi oleh Abdullah dalam percubaan meyakinkan rakyat, kenapa Abdullah tidak membuktikan kebenaran di pihaknya dengan cara membuat rakyat rasa selesa dengan ekonomi, keselamatan dan perpaduan dalam Negara?
Dan paling hampas Abdullah ini ialah bukankah kabinetnya sendiri yang berkata bahawa Tun Dr. Mahathir sudah tidak punya pengaruh lagi, tua, nyanyuk dan sebagainya?
Siapa yang nyanyuk sebenarnya? Atau adakah mereka telah mengaku kalah dalam pertandingan dengan situa nyanyuk?
Apabila kita menyuruh Abdullah menoleh ke belakang, kita menyuruh dia melihat sejarah Tanah Melayu, kewujudan Singapura, perjuangan UMNO dsbnya agar dia dapat mengatur langkah ke hadapan dengan segak dan bergaya.
Tetapi Abdullah dan anjing-anjing jadiannya hanya menoleh ke belakang melihat Tun Dr. Mahathir dan menyuruh kita semua agar mengorak langkah ke belakang melihat Tun Dr. Mahathir juga. Apahal?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment