Wednesday, December 31, 2008

Bila Pak Lah nak kena pecat?

6 pegawai China dipecat kerana tidur

BEIJING 26 Dis - Kerajaan tempatan di selatan China hari ini bertindak memecat enam orang pegawai yang dirakamkan tertidur ketika mesyuarat dijalankan dan gambar mereka disebarkan melalui Internet.

Beijing News melaporkan, mereka yang dipecat terdiri daripada beberapa pengurus syarikat dan ketua Parti Komunis yang menghadiri mesyuarat di bandar Hengyang, Hunan bagi membincangkan pembaharuan ekonomi di wilayah itu.

Pegawai berkenaan bakal dikenakan tindakan tegas bagi membersihkan imej kerajaan," menurut laporan itu yang dipetik daripada keputusan kerajaan tempatan berkenaan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memberitahu siapa yang mengambil gambar berkenaan dan mengedarkannya di Internet sehingga isu itu menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat.

"Sebanyak 99 peratus mesyuarat seperti itu adalah kosong dan stereotaip. Jika mereka tertidur, ini bermakna mesyuarat itu membosankan dan kita tidak boleh menyalahkan mereka," menurut satu poster yang dikenali sebagai Damocangying 2007 kepada satu portal popular Tianya.cn.

Mesyuarat kerajaan di China selalunya memakan masa yang panjang dan penuh dengan ucapan, walaupun pegawai kanan telah cuba memendekkannya supaya lebih efisien.

- Reuters