Monday, April 7, 2008

Bila Najib Dipaksa jadi Pelampung Dollah

Dollah cuba nak selamatkan imej beliau dgn cuba menarik Najib bersamanya. Kalau tenggelam Dollah dalam fikirannya.. Najib pun sama2 boleh ditenggelamkan, kot2 masih ada peluang utk anak menantu hantunya naik tahta. Bodohlah Najib sekiranya membiarkan imej beliau dinodai oleh imej Dollah yg sudah teramat busuk di mata rakyat. Sambil2 tu Dollah cuba busukkan Tun jugak.

Pemimpin haprak apa seperti Dollah yg tidak tahu menari, mengatakan lantai jongkang jongkit.. bila dihalau pergi.. masih cuba sedaya upaya mengambing-hitamkan org lain.. semua orang salah, kecuali beliau dan menantu beliau yg tidak salah. Bila hendak tenggelam cuba ditarik orang lain supaya tenggelam bersama2nya.

Persoalannya kalau Dollah masih tidak faham, bukan samaada Najib akan jadi pengganti PM, memang Najib yg ikut hieraki akan menjadi pengganti PM. Persoalan rakyat adalah BILA DOLLAH akan letak jawatan? Rakyat TIDAK MAHU Dollah jadi PM sekarang, rakyat mahu Najib menggantikan beliau dan akan menyokong beliau utk menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia.

Sekiranya Najib sayangkan sokongan akar umbi, jauhilah diri dari Dollah Badawi dan Khairy Jamaluddin, dua manusia PALING DIBENCI di akar umbi.

Dollah o' Dollah ntah bila nak BLAH???

Najib melihat dirinya pengganti saya – PM

KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sekali lagi menjelaskan beliau tidak ada masalah dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut Perdana Menteri, timbalannya itu melihat dirinya sebagai pengganti beliau.

''Bukan macam Anwar yang melihat dirinya sebagai pemimpin alternatif kepada Tun Dr. Mahathir (Mohamad).

''Sekarang (Anwar) anggap dirinya bakal Perdana Menteri (leader in waiting), dia boleh kata begitu tetapi pada masa ini sayalah Perdana Menteri,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Lebih 1,000 ahli UMNO daripada jentera penerangan parti memenuhi Dewan Tun Hussein Onn bagi mendengar amanat Presiden parti itu yang disampaikan selama kira-kira dua jam.

Hadir sama Najib, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Abdullah menjelaskan perbezaan hubungan baik beliau dengan timbalannya, berbanding 'hubungan bermasalah' di antara Dr. Tun Dr. Mahathir dan bekas timbalannya, Anwar.

Perdana Menteri terpanggil membuat kenyataan mengenainya ekoran pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau dan Najib.

No comments: