Tuesday, April 15, 2008

13/13/2013

13/13/2013. Inilah rupanya penghalang antara cita-cita rakyat dan cita-cita Abdullah. Abdullah Ahmad Badawi nampaknya mahu terus memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga tarikh keramat yg dirasakan bertuah untuknya mengikut Feng Shui yang menjadi budaya masyarakat Cina asal usul beliau.

Rupanya Pak Imam Hadhari kuat mempercayai perkara karut marut dan "superstitious" sehingga tarikh untuk mengumumkan PRU 12 pun dibuat pada 13 Februari, 2008. Beliau mungkin mahu PRU 12 dijalankan pada 2008 kerana no. 8 yang juga dikatakan bertuah dalam budaya Cina. Beliau rupanya meminta rakyat Malaysia, Majlis Tertinggi UMNO serta Dato' Seri Najib Timbalannya memberi beliau masa talian hayat sehingga beliau dapat bertanding di PRU 13 dan seterusnya dapat memerintah sehingga 13/13/2013. Kerana tiada bulan ke 13, maka berputih matalah Najib timbalannya.

Kemungkinan beliau juga berura-ura dan menjangkakan dapat mengalihkan sebanyak kuasa kepada menantu kesayangan beliau Khairy Jamaluddin, tentunya sebagai Perdana Menteri sebelum beliau berundur dari tampuk Perdana Menteri ke Malaysia.

Seorang Perdana Menteri yang sewenang-wenangnya tidak malu kepada parti dan rakyat serta parti komponen dengan memberi amaran kepada ahli2 UMNO supaya jangan bertanding bagi memberi laluan mudah kepada menantunya menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, kemudian tiada segan silu langsung menamakan pula anak menantu itu sebagai calon ahli parlimen di Rembau serta diberita dimenangkan pula dengan berpuluh ribu undi2 pos, serta memberikan kontrak berbillion2 kepada anaknya serta syarikat keluarga beliau sendiri, serta membawa anaknya Kamaluddin dan SCOMI ke mana2kerajaan Malaysia ingin melobi negara2 asing untuk projek2 Petronas di luar negara, sudah tentunya tidak akan berasa malu atau bersalah untuk menamakan menantu beliau sebagai penggantinya sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia. Bukankah senang juga membasuh minda rakyat kerana segala saluran elektronik serta media seperti TV3, Berita Harian dan NSTP telah dilacurkan seolah2 media persendirian keluarga beliau, sehingga setiap gambar dan berita harus mendapat kelulusan dari menantu dan kawan2 menantu beliau di Tingkat 4. Setiap mukasurat akhbar dari mukasurat depan ada muka dan berita pasal Abdullah, cerita pasal cucu dan keluarga beliau sehingga di mukasurat terakhir sukan yang mengisikan berita2 pasukan MyTeam anak menantu beliau.

Najib tentunya hanya dijadikan sandaran sebagai "tongkat" untuk Abdullah terus memerintah sahaja, kerana mengetahui rakyat cukup benci akan beliau dan menantunya dan rakyat berharap Najib menjadi PM penggantinya secepat mungkin. Bolehlah diibaratkan Najib seperti perisai sahaja, akan digunakan sewaktu diperlukan dan untuk membuat segala pengumuman yang tidak popular yang membangkit kemarahan rakyat, seperti kenaikan harga minyak, harga tol, harga barangan domestik, isu-isu dasar negara yang hendak dirombak bagi kepentingan Singapura, apa2 lagi rich-cash cow GLCs yang masih belum dilanunkan oleh beliau dan keluarga dan sebagainya. Mana2 yang dirasakan akan menjadikan diri beliau popular seperti mengistiharkan projek berbillion2 dan bertrillion2 maka kita sedia maklum itulah kesukaan Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri ke 5 ini.

Seorang pemimpin yg telah dirasakan amat munafik seperti Abdullah yg tidak segan untuk terus memerintah negara walaupun telah didesak berhenti oleh ahli2 akar umbi UMNO, segala lapisan bangsa dan rakyat, sehingga penggundi terpaksa menggadaikan 5 negeri dan 1 WP di PRU 12 dan amat percaya kepada perkara karut marut seperti nombor bertuah, sudah tentu tidak segan untuk berpegang terus menerus pada kuasa yang ada, serta sanggup berbuat apa saja untuk dapat memerintah ke tarikh itu. Juga disamping itu bekerja keras untuk memastikan menantunya pulak dapat dinobatkan ke tahta pemerintahan seterusnya. Sudah puas ditunjukkan rakyat, sudah puas didesak ahli2 parti sendiri, diperli parti2 komponen, dibadutkan oleh parti2 lawan, ditarbiahkan alim ulamak sehingga Raja2 Melayu dan Agong juga terpaksa memecah duli memerli, masih berdegil juga untuk terus memerintah. Bak sindiran Raja Faris Petra di Perhimpunan Bangsa Melayu pada 12 April baru2 ini, "Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa hinggakan membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa yang menjadi matlamat terakhir, sehingga sanggup menang sorak, kampung tergadai," titah baginda.

Abdullah umum tanding jawatan Presiden 14/04/2008 5:05pm


KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini.

Mengenai pelan peralihan kuasa, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan bila ia akan dilaksanakan. -Utusan

No comments: