Friday, April 18, 2008

Teresa Kok and her Three Little Pigs - Part Trois



Lagi-lagi DAP, PKR, PAS dan Pakatan BAbi mereka.

Nampaknya agenda BAbi menjadi perkara paling utama dalam Pakatan BA ini. Maka bolehlah kita jenamakan semula pakatan mereka dengan Pakatan BAbi. Langsung tidak hormat pada penduduk-penduduk Islam dan Melayu di Selangor.




Dari beritakmu dan Malaysiakini,

Menurut EXCO Selangor yang menjaga hal-ehwal penternakan babi di Selangor, YB Yaakop Sapari, kerajaan negeri (Pakatan BAbi) telah meluluskan pelaburan baru ke atas penternakan babi secara moden sebanyak RM 485 juta berbanding kos sebelum ini RM 100 juta.

Menurut Malaysiakini, Yaakob berkata,

Contrary to previous reports, Yaakob said the state government would not be financing the project as it is being handled by a private entity jointly owned by Kuala Langat Pig Farmers Association and a yet-to-be named company.

Yaakob said the company - which would be investing RM360 million into the project - would be named at a later date. Under the project, pig-farmers would be investing RM125 million.

Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana kos boleh meningkat berkali ganda jika ia untuk keperluan domestik. Nampaknya makin besarlah projek babi kerajaan Selangor ini. Jikalah yang mengumumkan projek ini EXCO BN beragama Islam, tentulah Pas sudah melalak serata dunia. Sekarang apa kata Pas?

Lebih menimbulkan tanda tanya, jika kerajaan dulu telah meluluskan projek mengapa belum ada syarikat untuk melaksanakannya?

Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Babi
Posted on Tuesday, April 15 @ 01:19:48 MYT
Topic: KOMENTAR

ADUN Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terbabit dengan sebarang syarikat yang membawa cadangan pemodenan penternakan babi di dalam DUN Tanjung Sepat kepada kerajaan negeri sejak dua tahun lalu.

"Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi ini. Semasa BN dulu, ini semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan."

Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini. Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.

Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahama luar.

"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam."

Menurut Dr. Karim, orang yang paling sesuai menerangkan isu ini ialah Datuk Tang See Hang kerana beliau merupakan EXCO yang menguruskan semua cadangan yang dikemukakan untuk pemodenan penternakan babi di Selangor.

"Memang saya dan pemimpin tempatan termasuk Ketua Kampung Ladang Tumbuk di bawa melawat ladang penternakan babi di Jerman. Bukan itu sahaja, kami juga pernah ke thailand untuk meninjau satu lagi kaedah penternakan babi yang moden. Tujuannya ialah memudahkan penerangan kepada orang ramai jika mana-mana kaedah diguna pakai oleh kerajaan negeri bagi menyusun semula penternakan babi ini.

Dalam wawancara yang sama, Dr. Karim turut menyatakan bahawa beliau memang menyokong pelaksanaan ladang babi moden bagi memenuhi keperluan domsetik dengan syarat ladang-ladang babi sedia ada ditutup terus.

"Sebab itu kita telah adakan kajian dan rundingan dengan penternakan babi sejak tiga tahun lalu."

Menurut beliau, ini merupakan usahanya sejak mengambil alih tanggungjawab sebagai ADUN Tanjong Sepat sejak 2004. Selain khuatir masalah penyakit, penternakan babi di kawasan tersebut juga turut mencemari sungai dan laut secara teruk. Selain itu, penduduk juga terpaksa menghidu bau yang amat busuk pada waktu pagi dan petang.

Bagaimanapun, beliau dan penduduk membantah kerana pengumuman kerajaan kerajaan negeri untuk terus melaksanakan projek tersebut berdekatan kampung orang Melayu tanpa mengambil kira pandangan penduduk terbabit dan kajian kesan alam sekitar terlebih dahulu.

Selain itu cara pengumuman oleh EXCO Kanan Selangor, YB Teressa Kok juga amat mengguris hati penduduk yang berhampiran kawasan yang dicadangkan.

"Kerajaan sepatutnya berjumpa dengan penduduk dan berbincang dahulu. Bukannya terus membuat pengumuman tersebut seolah-olah satu berita gembira dan untuk dimegahkan oleh penduduk terbabit."



UMNO tentang, Pas sokong

IPOH 15 April (UM) - Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming mendakwa orang Melayu secara keseluruhannya tidak marah jika orang Cina membela babi tetapi aktiviti itu hanya ditentang oleh orang UMNO.

Menurutnya, masyarakat Melayu Pas sentiasa menghormati hak orang Cina yang memakan daging babi seperti masyarakat India menghormati hak orang Islam memakan daging lembu.

''Apabila kerajaan negeri Melaka hendak menghapuskan babi di Melaka pada tahun lalu, orang Islam Melayu Pas yang mempertahankan hak penternak babi di negeri itu.

''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi.

Kor Ming mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis Perhimpunan Rakyat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Turut hadir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Husam Musa mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping meminta semua yang hadir pada majlis itu menghentikan amalan politik berasaskan perkauman seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, parti politik berasaskan perkauman sudah tidak relevan dan UMNO, MCA dan MIC hanya layak diletakkan di muzium untuk tatapan.

''UMNO dan BN boleh masuk kubur. Negara Malaysia untuk semua, ini negara Cina, negara Melayu dan juga negara India.

''Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat," katanya.[

Projek penternakan ba-bi yang diuruskan secara lebih moden seperti di Selangor, kini bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, dianggap satu usaha popular pembangkang memenangi hati pengundi bukan Melayu.

Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mengajak orang Melayu berhati-hati dengan langkah seumpama Pakatan Rakyat ini kerana ia boleh menghakis hak dan keistimewaan mereka.

"Kita bimbang yang menjadi tawaran dalam usaha meraih sokongan politik orang-orang bukan Melayu itu, ialah hak-hak orang Melayu. Bahkan sensitiviti orang-orang Melayu, dirasakan, tidak perlu lagi dipelihara. Tidak mengapa ladang ternak ba-bi dibangunkan berdekatan kampung Melayu," kata Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

"Apakah ini suatu tindakan halus untuk mengusir orang-orang Melayu dari kampung halaman mereka sebagaimana Israel mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka?"

Beliau berucap sedemikian di awal forum 'Memperkasakan Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Nasional' sempena Perhimpunan Perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau sebelum itu mengajak peserta program berwaspada dengan perkembangan baru politik susulan keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang menolak BN dan menguntungkan pembangkang, termasuk parti Melayu seperti PAS dan PKR.

"Waspadalah wahai bangsaku terhadap trend politik orang-orang Melayu kini, akibat situasi politik pasca pilihanraya umum ke-12. Parti politik Melayu yang mendapat sokongan orang bukan Melayu, sedang dan akan mengambil langkah-langkah popular demi mengekalkan sokongan itu untuk mereka," katanya, juga mantan setiausaha agung PAS yang menyertai UMNO pada 1988.

Beliau juga bimbang dengan kemerosotan pengaruh BN dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

"Yang kehilangan sokongan orang-orang bukan Melayu pula, berusaha menarik semula sokongan itu. Kita bimbang yang menjadi tawaran dalam usaha meraih sokongan politik orang-orang bukan Melayu itu, ialah hak-hak orang Melayu," tambah cendekiawan Melayu itu.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "perpecahan yang diinstitusikan", Mohd Nakhaie menganggap kerajaan Pakatan di Perak sebagai "kuda tunggangan dan boneka orang bukan Islam" demi memuaskan kehendak politik pembangkang "menumbangkan kerajaan yang dipimpin orang Melayu."

"Inilah antara akibat perpecahan yang diinstitusikan. Bagi saya, ini adalah satu tragedi yang tidak boleh dilupakan," katanya.

Menurutnya lagi, perpecahan orang Melayu dalam dua kumpulan besar - BN dan Pakatan - melemahkan kuasa politik mereka walaupun jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat cukup untuk membentuk kerajaan sendiri.

"Di Perak, orang-orang Melayu dalam UMNO dan PAS adalah majoriti di DUN. Jika bersatu mereka boleh membentuk kerajaan yang mampu mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu. Tetapi kerana perpecahan antara kedua-dua parti politik ini telah diinstitusikan, perkara yang sepatutnya berlaku untuk mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu, tidak berlaku," katanya.

"Di parlimen sekarang kerusi di tangan orang-orang Melayu berjumlah 129 kerusi.

"Walaupun kerusi yang disandang orang-orang Melayu adalah majoriti, namun perpecahan di kalangan mereka yang telah diinstitusikan atas garis akidah yang dipolitikkan dan politik yang diakidahkan, dimangkinkan pula oleh politik kebencian, tidak akan memberi apa-apa jaminan bahawa majoriti itu akan dapat mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu," katanya.

"Ini kerana jumlah kerusi (ahli parlimen Melayu) berkenaan berpecah dua kepada 86 kerusi BN dan 43 kerusi dalam Pakatan Rakyat."

Pada bahagian awal ucapannya, Mohd Nakhaie berkata generasi tua bukan Melayu menjelang kemerdekaan menerima hakikat bahawa negara ini milik Melayu yang memberi jaminan hak dan keistimewaan kepada penduduk peribumi itu.

"Penyerahan kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu adalah bersyarat. Mereka mestilah menghormati hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Semua persetujuan itu diabadikan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak boleh dibangkitkan lagi dan telah diaktakan sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak."

Namun begitu, tambahnya, generasi muda bukan Melayu tidak menghormati persetujuan ini dan orang Melayu turut terikut-ikut dengan rentak perjuangan bukan Melayu.

"Alasan mereka (bukan Melayu) bahawa, sebagai rakyat, mereka berhak menikmati persamaan mutlak. Hak istimewa orang-orang Melayu dianggap diskriminasi. Semua agama mesti dilayan sama rata bagi menghormati hak dan kebebasan beragama.

"Hakikatnya, persamaan yang dituntut itu tidak adil, kerana ia dibuat tanpa menghargai sejarah dan syarat mereka (bukan Melayu) diterima sebagai rakyat negara ini," katanya.

"Malangnya, terdapat di kalangan sebahagian kecil orang-orang Melayu terikut-ikut dengan rentak perjuangan orang-orang bukan Melayu yang tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami sejarah negara ini.

"Berlandaskan perjuangan hak asasi manusia dan kebebasan beragama konon, mereka (generasi muda Melayu) melihat bahawa hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama negara, tidak relevan lagi.

"Hak kita yang sah, tetap hak dan sebarang usaha merampas hak itu atau mengeluarkannya daripada garis kesinambungan sejarahnya, mestilah ditentang.

"Suara meremehkan hak kita kian lantang. Usaha jahat itu mesti ditentang dengan tegas dan berkesan. Jika dibiarkan, dayuslah kita. Bangsa yang dayus, tidak berhak hidup. Putaran sejarahnya, lambat laun akan berhenti."

"Sebagai bangsa bermaruah di bumi sendiri, kita tidak akan membiarkan kata-kata 'tak kan Melayu hilang di dunia' menjadi sepi, sesepi tanah perkuburan."

Menjawab sebab perhimpunan itu memberikan tumpuan pada perpaduan bangsa, bukannya perpaduan umat Islam, Mohd Nakhaie berkata perpaduan Melayu lebih mampu diusahakan di negara ini berbanding perpaduan umat yang bersifat sejagat.

"Yang mampu disuarakan kini, hanya perpaduan orang-orang Melayu, yang beragama Islam. Mereka adalah sebahagian daripada umat Islam seluruhnya. Pun begitu, suara perpaduan Melayu itu sendiri berhadapan dengan cabaran yang tidak mudah dihadapi," katanya.

"Kami cuba berpijak di tanah rata, tidak tersesat dalam impian idealisme penyatuan umat di seluruh dunia, tidak mahu terkandas di persimpangan, jalan seribu liku.

"Kami cuba melihat hanya yang nampak, yang nampak dengan mata kasar dan dengan hati nurani. Kami sedar, jika orang Melayu di negara ini tersungkur, kedaulatan Islam juga turut tersungkur, justeru orang-orang Melayu adalah pendukung agama suci ini," katanya.

Tambahnya lagi, orang Melayu selalu berpecah kecuali sewaktu menentang Malayan Union pada 1946 dan menghadapi senario rusuhan antara kaum pada 1969.

"Perpecahan kali ini (pilihanraya 2008) lebih parah. Justeru perpecahan telah diinstitusikan, berlandaskan perbezaan politik dan akidah.

"Apabila politik diakidahkan dan akidah dipolitikkan, ditambah pula politik kebencian, akibatnya perpecahan (Melayu) membentuk institusinya."

Sementara DAP, PKR dan PAS sibuk memakmurkan projek-projek penternakan babi secara besar-besaran, negara yg terkenal dengan "SWINE country" seperti Jerman pula sibuk untuk menghapuskan projek-projek babi kerana mengundang masaalah kesihatan seperti JE dan sebagainya. Bukankah teknologi Jerman yang hendak digunakan? Baca sini..

German pig imports banned

Austria and the Czech Republic have banned the import of live pigs and pork from Germany following an outbreak of swine fever in two northern German states Mecklenburg-West Pomerania and Lower Saxony.

Belgium has already imposed a ban on German pigs and pork products, and Denmark has said it is ready to break EU free trade rules in order to stop swine fever spreading to Danish pig-farms.

The Danes are the world leaders in pork production, and exported pork worth 23.5 bn corona($3.42 bn) in 1997. No case of the disease, which is highly contagious and usually fatal to pigs, has been recorded in Denmark since the 1930s.

European Union officials imposed a partial ban on live German pig exports on Wednesday, and may ask individual states to drop unilateral action in favour of the Union-wide rulings.

Swine fewer has spread from the German state of Mecklenburg-Western Pommerania to Lower Saxony, state officials said.

Breeders are tackling one of their worst outbreaks of the fever and the local agricultural ministry ordered owners in the region to slaughter more than 77,000 pigs.

The disease was first detected on one of the country's largest pig farms in Losten in the northeast where all 62,000 have been slaughtered.

German farm minister Jochen Borchert said Germany would combat the renewed outbreak of swine fever vigorously and chances of bringing it under control quickly were high.

"We have to prevent the spreading of the disease from wild boars to pigs," Borchert told journalists during the Green Week farm fair.

The EU is to monitor German measures such as tightening hygiene regulations and limiting the number of boar herds.

No comments: