Tuesday, April 15, 2008

Khir: Umno faham kehendak rakyat???

BETUL KA? Kalau betul apasal ramai betul anjing2 Majlis Tertinggi UMNO seperti Mat Taib, Shaberry Cheek, Ghani Othman dan sewaktu dengannya terus menerus membuat statement menyokong Dollah yg amat menyakitkan hati akar umbi??? INGAT SEMUA PEMIMPIN2 YANG MEMBUAT STATEMENT BODOH PIANG MENYOKONG DOLLAH AKAN MERASAKAN PENANGAN AKAR UMBI MENOLAK MEREKA BERSAMA2 DOLLAH DI PAU2008!


Posted on Monday, April 14 @ www.mykmu.net

Pemimpin-pemimpin Umno faham kehendak rakyat seperti ditunjukkan dalam pilihanraya 8 Mac, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun mereka menghadapi kepayahan untuk mendesak perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan tersebut, tambahnya.

"Tidak benar untuk mengatakan pemimpin Umno tidak faham dengan mood orang ramai, lebih-lebih lagi berdasarkan isyarat jelas keputusan pilihanraya umum ke-12.

"Ini terbukti apabila (makin) ramai pemimpin Umno telah mula bersuara secara terbuka mahu pun hadir dalam program Tun Dr. Mahathir (Mohamad)," kata Dr Mohamad Khir di blognya, www.drkhir.com.

"Bagi pemimpin Umno, seperti saya dan rakan-rakan ketua bahagian, yang telah dilatih untuk menghormati pemimpin, untuk meminta Pak Lah meletakkan jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

"Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung dengan harapan hasrat itu difahami," tambah bekas ketua badan perhubungan Umno Selangor itu.

Beliau juga bersetuju dengan Umno Johor yang mencadangkan Abdullah menyediakan pelan peralihan untuk berundur dan mencari penggantinya.

"Datuk Seri Abdullah mesti berani menerima kenyataan dan membuat rancangan keluar (exit plan) atau persaraan yang melibatkan peralihan kepimpinan parti dan negara kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Umno masih menghormati Pak Lah. Namun rakyat dan ahli Umno ada pandangan sendiri yang telah diterjemahkan dalam pilihanraya serta perjumpaan-perjumpaan bersama akar umbi Umno.

"Justeru cara terbaik ialah Pak Lah dan Datuk Seri Najib dapat mengemukakan satu rancangan peralihan kuasa yang licin dan dalam suasana mesra," katanya.

"Peralihan ini boleh dilakukan dalam waktu terdekat atau jangka masa yang lebih panjang. Namun ia tidak seharus terlalu lama yang boleh menjejaskan pentadbiran negara mahu pun persiapan parti menjelang pilihanraya umum akan datang."

Selain itu, Dr Mohamad Khir juga mencadangkan proses reformasi dalam kerajaan dan parti.

"Peralihan ini perlu diikuti oleh tindakan kerajaan untuk melakukan pembaharuan dalam struktur pentadbiran bagi tujuan mengurangkan birokrasi.

"Usaha juga perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti, mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang perkhidmatan melalui usaha memperbanyakan program penyumberan luar dalam jabatan.

"Program penswastaan juga perlu dinilai semula bagi mencari satu kaedah baru yang lebih baik agar ia menjadi satu bentuk kerjasama pintar antara swasta dan kerajaan.

Beliau turut bersetuju dengan penilaian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tidak lagi meyakinkan orang Melayu sendiri.

"Polisi ekonomi juga perlu dinilai semula. Semangat DEB perlu diterapkan dalam bentuk baru. Ini kerana dasar atau polisi hari ini sudah tidak diyakini oleh sebahagian orang Melayu. Manakala bukan Melayu pula merasa terpinggir waima kuasa ekonomi masih dalam tangan mereka," katanya.

Tentang reformasi dalam Umno pula, Dr Mohamad Khir berkata "pemusatan kuasa presiden dan sistem kuota perlu dilihat semula. Ahli perlu diberi kebebasan memilih pemimpin tanpa sekatan kuota atau dengan jumlah kuota yang minimum."

Beliau menyarankan kemasukan ahli Umno dan yuran keahlian dilakukan secara terus atau melalui internet bagi mengelak kekangan.

Bekas menteri besar Selangor itu juga mencadangkan agar Umno mendengar "pandangan akar umbi daripada pemotong rumput sehinggalah kepada ketua pegawai eksekutif syarikat gergasi."

"Umno tiada pilihan lain kecuali berani berubah mengikut kehendak orang Melayu dan rakyat Malaysia," tambahnya.

malaysiakini.com

No comments: