Saturday, April 12, 2008
Perhimpunan Perpaduan Melayu
12 April, 2008 15:28 PM
Pertahan Perpaduan Elak Ketuanan Melayu Terhakis, Titah Tengku Mahkota Kelantan
KUALA LUMPUR, 12 (Bernama) -- Perpaduan Melayu wajar diberi keutamaan tinggi, lebih-lebih lagi dengan keputusan pilihan raya umum yang lepas menunjukkan masyarakat Melayu berpecah-belah dan sedang berhadapan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi politik serta ekonomi, titah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra hari ini.
Baginda bertitah tindak-tanduk dan kerenah mereka yang menang dan kalah memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat tercabar, mungkin juga akan terhakis atau hilang terus.
"Rakyat Melayu semakin keliru. Di manakah benteng kekuatan Melayu untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan ketuanan Melayu," titah baginda ketika merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu Sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Baginda menegaskan perkara utama yang harus diketahui dan difahami semua orang ialah peruntukan Perlembagaan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Negeri-Negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.
"Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 3(1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual Kelima, berkaitan hak dan ketuanan Melayu mesti dipertahankan iaitu agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia dan Raja-Raja Melayu adalah Raja Berpelembagaan di Negeri-Negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia.
"Institusi Raja-Raja Melayulah yang menjadi payungnya," titah baginda.
Baginda bertitah perkara-perkara ini bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu.
"Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Melayu memastikan perkara-perkara yang beta sebut tadi dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Jangan ada mana-mana pihak yang menggugatnya.
"Orang Melayu perlulah membulatkan tekad bersatu, jangan berpecah-belah, elakkan berpolemik yang boleh menjarakkan persefahaman sesama sendiri," titah baginda.
Tengku Muhammad Faris bertitah isu-isu ideologi, tafsiran pendapat yang pelbagai tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu.
Titah baginda polemik negara Islam, negara sekular serta negara berkebajikan, menjadikan rakyat menjadi semakin kabur pemikiran mereka.
Akibat daripada kekalutan ini, titah baginda, timbul satu senario di mana orang Melayu semakin terasing, menjarak dan menjauh.
"Beta amat sedih kerana dalam keadaan sekarang, tidak ada yang baik dikaitkan dengan Melayu. Kita membiarkan diri kita didedahkan, diaibkan dan dimalukan malah nampaknya menjadi satu kebanggaan sekiranya kita dapat menunjukkan kelemahan bangsa sendiri.
"Siapa sahaja yang berjaya, mesti dicari cacat celanya, tidak cukup dengan internet, ditambah dengan khidmat pesanan ringkas. Teori propaganda menyebut sepuluh kebohongan akan menjadi kebenaran, teori komunikasi moden pula menyebut bahawa setiap e-mail dianggap benar, setiap SMS dianggap sahih," titah baginda.
Tengku Mahkota juga kesal orang Melayu seolah-olah dianggap menjadi punca segala penyakit masyarakat seperti korupsi, dadah dan sebagainya.
"Orang lain diam menyembunyikan keaiban bangsa mereka, kita yang beragama Islam, menjadikan kerja mengaibkan bangsa sendiri sebagai hobi pertama," titah baginda.
Menurut Tengku Mahkota, baginda membangkitkan perkara itu semata-mata untuk menunjukkan bahawa perpaduan umat Melayu amat rapuh dan semakin hari semakin parah.
"Beta berharap perhimpunan pada pagi ini memikirkan bagaimana hendak menjadikan Melayu sebagai bangsa berjiwa besar. Kita mesti ada jiwa penakluk. Tetapi bolehkah kita menjadi bangsa yang berjiwa penakluk dengan sikap dan pendirian yang kita pegang hari ini," titah baginda.
Baginda bertitah berjiwa penakluk bukan bermaksud menakluk bangsa atau kaum lain tetapi menakluk ketinggian ilmu, menguasai ekonomi dan teknologi, keunggulan tamadun, keluhuran iman dan takwa yang mampu menakluki serta menewaskan nafsu buas, rasa iri hati dan hasad dengki yang membuatkan kita lupa diri apabila berkuasa.
"Beta ingin menyatakan bahawa perpaduan, kesepakatan, patriotisme, sayangkan bangsa, semuanya disatukan dalam satu ikatan perpaduan untuk mengangkasakan martabat bangsa.
"Beta berharap mesej yang beta sampaikan ini akan mengusik conscience atau fikrah kita semua untuk sama-sama menginsafi bahawa imej dan maruah yang tercalar adalah menjadi tanggungjawab semua, tidak kira kedudukan, ideologi politik, bangsawan atau rakyat biasa sama-sama bertanggungjawab memperbaikinya," titah baginda.
Tengku Mahkota bertitah mungkin ramai yang tidak senang dengan kenyataan baginda tetapi itu adalah hakikat kerana demi kuasa, ada pemimpin Melayu yang sanggup mengetepikan kepentingan bangsa sendiri sedangkan pemimpin kaum lain sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.
"Malangnya, beta dapati rakyat Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk, kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.
"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa hinggakan membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa yang menjadi matlamat terakhir, sehingga sanggup menang sorak, kampung tergadai," titah baginda.
Baginda juga bertitah, selagi sikap ini tidak dikikis, selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya menjadi impian semata-mata.
"Beta berpendapat perhimpunan hari ini harus memikirkan dengan semasak-masak sampai bila orang kita, Melayu harus bertelagah dan tidak mahu bersatu serta berfikir secara matang.
"Sebenarnya pada pandangan beta, orang Melayu kini tidak mampu lagi ditiup dengan slogan dan retorik. Peserta-peserta perhimpunan hendaklah mempunyai niat untuk menyatupadukan Melayu secara jujur dan ikhlas tanpa mempunyai apa-apa agenda tersembunyi termasuk untuk menaikkan atau menjatuhkan mana-mana pemimpin," titah baginda.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.
Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;
1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.
Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.
2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.
Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.
Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.
Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.
Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.
3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.
Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.
Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.
Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.
Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.
Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.
anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
noontimesilence@yahoo.com
Baginda bermaksud Musa Hitam dan Anwar Ibrahim jangan cuba-cuba hendak memangsuhkan DEB hanya kerana hendakkan sokongan orang bukan Melayu. Ini tanah Melayu, jangan gadaikan hak Melayu hanya kerana gila kuasa.
Salaam Sdra Anak Bulan,
Saya bersetuju dgn Sdra cakapsiang, sebenarnya yg Putera Mahkota Kelantan maksudkan adalah Anwar, Musa, Pak Lah/KJ. Yg gila kuasa yg dimaksudkan adalah Pak Lah/KJ.
Sebenarnya Putera Mahkota Kelantan itu mewakili Raja-Raja Melayud dari negeri2 Tanah Melayu meminta Pak Lah berundur, bukan saja mewakili Kelantan.
Harap faham Pak Lah tidak lagi dikira mewakili akar umbi atau parti UMNO. Beliau dan KJ hanya mewakili KELUARGA beliau sendiri. Makanya ahli2 UMNO meminta beliau meletak jawatan.
Raja-raja dan Sultan-sultan Melayu semestinya ingin melihat UMNO sihat semula memperjuangkan hak2 dan Ketuanan Melayu selepas faktor Pak Lah dan Khairy Jamaluddin dikeluarkan dari UMNO. Selama inipun UMNO lah yg memperjuangkan hak2 Melayu dan Islam pun. Cuma sekarang ianya tenat kerana mendapat Presiden yg rosak dan anak menantu yg amat merosakkan negara dgn unsur2 PKR dan Anwarismnya.
Bulan mengambang tidak nampak mempertahankan hak2 Melayu, dan sekarang nampak nyata pula memberi laluan mudah kepada DAP dan PKR menjadikan ianya tunggangan bagi mendapat undi Islam/Melayu terutama di Perak, Selangor dan Kedah. Malangnya. Sehingga bulan mengambang boleh menjadi parti pembangkang yg efektif dalam memperjuangkan hak2 Islam dan Melayu, semuanya apa yg dijanjikan hanya tinggal retorik semata2. Yg nampak nyata DAP mempergunakan PAS dan PKR utk menjayakan agenda mereka. Sementara PAP mempergunakan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin sebagai proksi mereka.
Yang kalah tentulah org2 Melayu Islam, masih bergaduh sesama sendiri, masih tidak sedar musuh sudah masuk rumah.
Post a Comment