Tuesday, April 8, 2008
Going once, going twice.. sold for RM1 million!
Dari http://msomelayu.blogspot.com/2008/04/di-bawah-bayu-4.html
Pertemuan Pertama:
"Pak Lah saya akan bersama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!," begitulah antara kata semangat yang terluah Zaharin.
Pertemuan Kedua:
"Pak Lah saya minta maaf, Pak Lah saya minta maaf. Pak Lah maafkan! Pak Lah maaf ya!?' kata Zahari tulus dan dengan nada sikit menyesal.
Sang Kelembai mencipta sejarah dgn menjadi blogger pertama dipecat dari UMNO dan beliau juga telah mencipta sejarah dgn menjadi blogger pertama dibeli oleh UMNO.
Nampaknya perjuangan mu sudah selesai dengan penggadaian harga diri dgn RM1 juta.. pandai sungguh Dollah membeli orang! Dalam sungguh poket si Dollah.
Nampaknya Sang Kelembai akan menjadi mercenary soldier utk mengkritik Tun dan Ku Li seteruk2 mungkin.. iras2nya telah beliau bayangkan..making a FULL U-TURN!!!! boleh kesian dgn Dollah! Walaupun dia sedia maklum Dollah lah yg menjadi barah dan nanah di dalam UMNO, perosak dan penjahanam UMNO.
Seperti dilaporkan AgendaDaily:
Menurut Zaharin beliau tidak setuju dengan tindak tanduk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah terus menerus membelasah Abdullah.
“Yang sudah tu sudahlah…Dalam keadaan sekarang mereka sepatutnya tampil sama-sama membetulkan keadaan dari dalam dan bukannya tumpu perhatian nak singkir Perdana Menteri,”katanya.
“Tun dan Ku Li adalah pemimpin besar.Saya tidak akan kata apa-apa pada mereka.Saya akui dulu saya selalu bersama mereka. Sebaliknya sekarang saya sendiri akan berusaha untuk menarik mereka yang sokong tindak tanduk Tun dan Ku Li agar kembali membantu Pak Lah mengukuhkan balik UMNO,”katanya.
Menurut Zaharin sekalipun UMNO ada sedikit sebanyak kekurangan tetapi ia satu-satunya wadah yang paling selamat bagi orang Melayu berpayung.
Saya tidaklah hentam Pak Lah macam dulu-dulu tetapi tetap menegur apa yang saya nampak hal-hal tidak betul dalam parti dan kerajaan,”katanya.- 8/4/2008
I respected you before, especially when you did your stint in Rembau.. going for the SIL's jugular.. but now I wl take your link from my blog.
May your RIH Sang Kelembai for selling your soul to the devils.
Blog anti-khairy juga susah dibuka di kala ni. Mungkin yg ini juga telah terjual?
Tapi bukankah kickdefella juga telah dibeli Husam of PAS? hmmm.. mungkin tak sampai sejuta la kot.
Dari http://kickdefella.wordpress.com/
Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.
Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.
Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.
Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai.
Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.
Kickdefella, mendoakan Zaharin akan berjaya di dalam usahanya menyatukan orang Melayu bersama Pak Lah. Saya percaya, Zaharin telah memikir semasak-masaknya hal ini dan Zaharin yakin ini adalah pilihan terbaik buatnya.
Terima Kasih Zahrin. Adios Bro!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
he is a bustard.
from day one i don't like him or trust him.
So sad .. I really thot his perjuangan was HONEST AND REAL! oh well.. ppl are cheap!
Post a Comment