Showing posts with label Pak Lah UndurLAH. Show all posts

Saturday, April 5, 2008
Bedah Buang Anggota Yang Diabetic
The best suggestion coming from ahli-ahli UMNO bahagian so far.
Doktor juga pasti menasihati sekiranya kaki seorang diabetic tidak dapat diselamatkan, haruslah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke anggota lain badan yg sihat, serta yg lebih penting pesakit tidak mati bila ianya merebak ke organ dalaman. Inilah yang berlaku kepada dua orang yg saya kenali di mana jari2 kaki mereka terpaksa dipotong utk menggelakkan dari kerosakan diabetic merebak ke seluruh bahagian anggota. Mereka redha dan pembedahan dilakukan dgn kadar segera di dalam beberapa jam setelah dimasukkan ke hospital dan sekarang mereka sedang di dalam tempoh penyembuhan diri. Nampaknya UMNO hari ini amat lemah kerana anggota2 Majlis Tertinggi terus menerus mempunyai penyakit menyokong Presiden yg lemah dan salah walaupun Presiden UMNO dan BN ini telah ditolak oleh akar umbi sehingga UMNO dan BN kalah di 5 negeri dan 1 wilayah di PRU 12. Kekalahan yg maha teruk sejak 50 tahun sejarah UMNO dan BN.
Parti2 komponen sudah tentu mengharapkan UMNO membetulkan rumahtangga sendiri, malangnya anggota2 Majlis Tertinggi UMNO selesa sungguh menjadi mangkuk hayun yg membinasakan parti, mengulangi menyanyikan lagu "Kami Sokong Pak Lah" walaupun Pak Lah amat bersalah dan harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan UMNO dan BN. Walau ditegur oleh rakyat di PRU12, disindir oleh Sultan2 dan dikhutbahkan oleh alim2 ulamak, Abdullah Ahmad Badawi masih bebal dan tidak mahu menerima nasihat sementara ahli2 Majlis tertinggi terus memperbodohkan diri di mata rakyat masih terus menerus menegakkan benang basah mereka.
Maka sudah sampai masanya ahli2 Majlis Tertinggi juga harus dibedah keluar.
Umno Paya Besar Mahu Semua Anggota MT Letak Jawatan
KUANTAN, 4 April (Bernama) -- Ketua Bahagian Umno Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman meminta semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno meletak jawatan berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Saya bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Umno bahagian, bukannya sebagai Setiausaha Umno Negeri Pahang, Umno bahagian Paya Besar mahu semua ahli Majlis Tertinggi meletakkan jawatan," katanya malam ini.
Beliau berkata langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno bahawa jika semua ahli MT meletakkan jawatan, maka Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT perlu diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
Beliau berkata semua ahli MT perlu berbuat demikian bagi membolehkan perhimpunan Agung Khas itu diadakan.
Ahmad Tajuddin sebelum ini merupakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lepar. Beliau bagaimanapun tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, calon BN Mohd Shohaimi Jusoh menewaskan calon PKR Khazizi Ahmad dengan majoriti 4,163 undi.
-- BERNAMA

Sunday, March 9, 2008
Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas
Pada hari2 sebelum menjelangnya 8 Mac, rakyat berkeluh kesah apakah mereka perlu lakukan pada kuasa undi mereka. Ramai yg tidak mahu memangkah UMNO dan BN lagi kerana faktor Pak Lah dan Khairy. Ini kerana mereka melihat UMNO dan BN tidak mahu berbuat apa2 sebaliknya semakin membodek mereka anak beranak, sementara kerajaan menjadi tunggang langgang dgn dasar-dasarnya.
Mereka juga tidak rela memangkah Pembangkang.
Ramai benar yg ingin menunjukkan bakat melukis dgn menconteng “Boleh Blah Pak Lah!” dan “Berambuslah KJ!” di kertas-kertas undi mereka.
Ramai sungguh mencari laman2 web bagi menyatakan luahan hati mereka tentang kelemahan kepimpinan Pak Lah dan kerosakan yg beliau telah mulakan dalam UMNO dgn anak menantu bernama Khairy Jamaluddin.
Di ofis2 di serata Malaysia, pekerja2 riuh rendah sebelum balik pulang ke kampung halaman mengundi dgn menurunkan gambar Pak Lah dan menconteng mukanya dgn menulis "Kami Sayang Pak Lah" secara penuh sinis, sambil berdekah2 mengetawakan beliau. Kita maklum undi mereka akan pergi ke mana, pastinya asal bukan memenangkan Pak Lah. Bila ditanya kenapa benci? Mereka menjawab sebab jual negara. Malang sekali UMNO dan BN mendapat liabiliti sebegini. Mereka benci Pak Lah dan Khairy, pasti parti dan calon2 Barisanlah yg akan mendapat bahananya.
Malang sungguh utk rakyat Malaysia di PRU kali ini menghadapi dilema “Ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Maka pada akhirnya ramai yg:
1. Tidak keluar mengundi.
2. Merosakkan undi dgn bakat2 melukis mereka.
3. Memangkah pembangkang bagi mengurangkan undi calon2 BN kerana mahu MENOLAK Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau Khairy Jamaluddin.
Di hari mengundi 8hb Mac, keadaan tenteram, sementara cuaca cerah dan sendu.
Rakyat dari segala lapisan bersama2 menjalankan tanggungjawab keluar mengundi di kawasan2 mereka. Yg menariknya, melihat warga emas dan orang2 kurang upaya serta anak2 muda antara yg keluar mengundi. Rakyat Malaysia nampak seperti biasa, baik dan naif, sentiasa mengikut peraturan. Rupanya ternyata mereka telah berubah, semakin matang dan pandai berfikir apa yg mahu mereka tolak bila kita melihat keputusan PRU 12.
Mereka ternyata telah memberontak di kertas undi.
Pada malamnya, kita semua bertumpu di depan TV utk mendengar keputusan.
Yang rakyat mahu tahu adalah keputusan di Rembau dan di Kepala Batas. Yang rakyat mahu dengar Khairy TERJUNAM di Parlimen Rembau dan Abdullah Ahmad Badawi KALAH di Parlimen Kepala Batas.
Di konti2 akhbar, Khairy sebelumnya diberitakan kalah dgn 114 undi, tetapi beliau protes dan minta dikira balik. Nampak sangat beliau sungguh konfiden akan menang di Rembau. Bagaimana setelah dikira semula setelah BEBERAPA JAM kemudian, boleh menang dengan 5,000 undi? Ini satu jarak yg amat jauh sekali. Diberitakan para2 pemberita telah terjadi satu blackout sewaktu pengiraan semula undi. Heran bin Ajaib. Akhirnya, beliau diistiharkan menang di Rembau walaupun undi majoriti turun amat mendadak sebanyak 13,000. Sewaktu diberitakan beliau pada mulanya kalah, rakyat bersorak gembira dan sesiapa yg membuat nazar, ingin segera membayar nazar mereka dgn kadar segera.
Begitu juga keputusan utk Pak Mentuanya, rakyat sudah mula tersenyum apabila beliau dikatakan hanya mendahului dgn 1,000 undi sahaja, rakyat tentu bersorak gembira sekiranya beliau kalah di Kepala Batas. Di gerai2 minum sekitar KL di malam 8 Mac bila keputusan dibacakan, dan bilamana ada calon2 HP6 BN kalah di tempat tertentu terutama di Baling misalnya, ramai anak2 muda di luar menjerit "Padan muka Pak Lah!".
Ternyata PRU 12 kali ni merupakan satu exercise UNDI PROTEST KEBENCIAN RAKYAT KEPADA PAK LAH DAN KHAIRY JAMALUDDIN. Maka Kerajaan BN yg memerintah walaupun telah banyak berjasa, yg dilihat TIDAK MENDENGAR dan prihatin kepada rakyat untuk MENOLAK Pak Lah dan Khairy Jamaluddin terpaksa dikenakan tindakan melalui PRU 12. Calon2 BN terpaksa mendapat tsunami mereka. Ianya tiada kena mengena utk memilih parti pembangkang atau merasakan parti pembangkang lebih elok. Parti pembangkang pun satu tidak boleh pakai, nak jadi pembangkang yg efektif pun tidak boleh, inikan utk mentadbir negara. Yg jelas, undi terpaksa diberi kpd pembangkang semata2 kerana geram dan benci kpd Pak Lah dan Khairy penyebab Kerajaan Barisan menjadi HP6.
Mereka tidak pasti UMNO boleh bangun utk membetulkan diri sendiri di PAU 2008, makanya ubat dan hukuman harus diberikan di PRU 12.
Di rata2 pejabat di Malaysia, sebalik pekerja dari hujung minggu mengundi, rata2 pekerja menyatakan ketidakpuashatian mereka tentang keputusan Khairy masih menang di Rembau dan 5,000 undi majoriti yg menurun secara drastik dari 18,000 sebelum ini juga dipertikaikan. Rakyat lebih seronok dan bersyukur sekiranya undi kekalahan dengan 114 undi itu dikekalkan supaya Khairy mati pucuk di PRU 12.
Pengurangan undi sebanyak 13,000 utk BN kali ini menunjukkan rakyat tidak mahu Khairy Jamaluddin dicalonkan sebagai Wakil Rayat dan beliau tidak disukai malah dibenci oleh orang2 Melayu dan ahli2 UMNO, juga oleh penduduk Rembau.
Rakyat juga tidak berpuas hati setelah sakan bersorak mendengar Pak Lah hanya leading dgn 1,000 undi majoriti amat kecewa bila keputusan pula mengatakan beliau menang dgn undi 11,000 pula. Mereka masih bertanya2 betulkah pengiraan undi di Rembau dan di Kepala Batas ini??
Yg jelas tidak pernah dalam sejarah rakyat termasuk ahli2 UMNO keluar mengundi beramai2 termasuk warga emas, terpaksa mengundi pembangkang di DUN2, serta mereka bersorak riang dan bergembira bila mendengar Pak Lah dan Khairy akan kalah, dan bermuram durja mendengarkan Pak Lah dan Khairy masih menang.
Contohnya, sila lihat DUN Cempaka, penduduk mahu Norsimah Hashim calon UMNO seorang ibu tunggal yg telah lama berkhidmat kepada rakyat , dari kalangan mereka sendiri, dan rata2 penduduk adalah ahli2 UMNO. Malangnya ramai pada saat akhirnya terpaksa membuat keputusan mengundi PAS kerana benci Pak Lah dan Khairy Jamaluddin dan ramai juga merasakan UMNO sendiri sudah tidak mendengar luahan orang2 Melayu dgn cara Pak Lah dan menantu yg sentiasa lebih membela kaum2 pendatang. Seorang pengundi di DUN tersebut didengari berkata sewaktu keluar mengundi, bahawa beliau nekad mengundi PAS bagi DUN dan PKR bagi Parlimen buat kali ini kerana kalau tidak dapat cekik Pak Lah dan Khairy, dapat pulas telinga calon2 BN dan UMNO pun jadilah. Makanya, "Tidak dapat tanduk, telinga dipulas" pun jadilah.
Sekiranya rakyat Malaysia dapat semua menjadi pengundi di P041 Kepala Batas dan P131 Rembau, nescaya BUNGKUSlah kedua beranak ini dengan azabnya.
Rakyat telah menyampaikan SUARA mereka kepada Pak Lah dan Khairy melalui PRU 12.
Rakyat amat marah dan tersangat meluat dengan kerajaan anak beranak ini. Sekiranya Pak Lah dan Menantu beliau masih tidak mahu meletakkan jawatan dgn kadar SEGERA dari kerajaan yg memerintah, di PRU 13, neschaya segala pemimpin yg ada di atas sekarang yg tidak mahu mengambil tindakan MENOLAK BELIAU akan menerima nasib mereka.
Kemungkinan BN akan jatuh dengan maha teruk amat besar dan UMNO akan kehilangan majoriti ahli2 di akar umbi, amat besar.
Rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India telah bersama-sama MENOLAK Pak Lah dan Khairy Jamaluddin di PRU 12. Pak Lah dan Khairy harus bertanggungjawab, mendengar suara rakyat dan wajib berundur untuk menyelamatkan UMNO dan BN.
Mesej yg ingin disampaikan oleh orang2 Melayu, ahli2 UMNO dan segala lapisan rakyat amat jelas.
Pak Lah dan Khairy undurlah dari UMNO, BN dan Kerajaan sekarang!

Subscribe to:
Posts (Atom)