Monday, May 26, 2008
Selangor haramkan Islam Hadhari dan Tidak Tutup Pusat Hiburan dan Kilang Arak
Saya setuju dengan Dr Hassan Mohamed Ali dalam hal ini, Islam tidak perlu dijenamakan semula kerana Islam itu sudah sempurna sejak azali lagi. Abdullah Ahmad Badawi hanya mengelirukan orang-orang Islam dan orang-orang kampung bila cuba re-branding Islam sebagai Islam Hadhari.
Walau bagaimanapun ada twist terbaru parti PAS bilamana membuat kenyataan ini,
Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.
Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.
Baik Islam Hadhari atau Islam PAS semua tak menjadi! Baik cucu ulamak mahupun ahli-ahli politik berserban mengaku ulamak semua hanya menggunakan label Islam untuk politik murahan mereka. Kita heran kenapa pula PAS takut tutup kilang-kilang arak dan pusat-pusat hiburan di Selangor? Adakah selepas ini akan ada kenyataan pemimpin-pemimpin PAS bahawa babi adalah suci kalau diternak di ladang-ladang moden?
Adakah pemimpin-pemimpin PAS takut pada Allah atau takut pada DAP?
Oink-Oink Babi Suci?
Dari Utusan:
26/05/2008 5:43pm
SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.
Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.
Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.
"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.
"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir di sini hari ini. -- Utusan
Kerajaan Selangor haram program berkaitan Islam Hadhari
Dari Berita Harian:
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras dengan arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.
"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ini kerana, ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahahah teja...ko pegi la tanye apsal..jangan tanye sendiri jawab...100 hari pun belum dia(hassan ali) duduk kat atas tu....takkan ko dah nak terus menerus tutup...semua ada perjanjian..dulu masa che det pun hangpa senyap ja...UMNO pun duk bela ISLAM katanya...tak kira la hadhari ka apa ka....sabar la cheq...kita hidup ada peraturan ada perjanjian...pelan pelan la...ingat hang bila dah dapat kereta..hang tak suka...boleh lepas macam tu ja ka? still kena check agrement ngan bank..still kena tengok cacat cela macam mana...pikiaq la weh
eh.. tak payah check check la.. masa kempen semua boleh, dah dapat semua tak boleh la pulak! ..temberang lebih jugak.. apasal puak2 PAS takut sangat pada DAP??? itu pasar babi di Kedah takde perjanjian la.. PAS sendiri mahu bagi open policy jual babi terang-terangan.. cakap tarak serupa bikin!
kaji la islam hadhari kau itu wahai teja.... hak orang bukan islam...bukan PAS or KEADILAN paksa teja makan babi..kalau itu ia ternyata salah...Pakatan RAKYAT juga tak suruh Teja beli babi...tapi kami tak suruh makan rasuah pun...semua duit peruntukan untuk rakyat teja sebat...atas nama bahagian atau cawangan...sedar la teja...umur mu dah senja
Teja, kami (Blogger BPN) menyokong anda... Teruskan mendedahkan lebih byk kepincangan PR...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Post a Comment