Thursday, May 29, 2008

Scomi dan RapidKL

Dengar cerita Scomi akan bekalkan bas2 baru kepada RapidKL.
Adakah Abdullah menghalalkan keborosan RM500 duit cukai rakyat semata-mata bagi memberi bisnes untuk Scomi???

1,000 bas tersadai bukan milik RapidKL


KUALA LUMPUR 28 Mei - Kira-kira 1,000 buah bas yang tersadai di Sungai Choh, Rawang bukan milik Rangkaian Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) sebaliknya dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat RapidKL, Ebi Azly Abdullah menjelaskan, RapidKL hanya bertanggungjawab dalam mengendalikan pengoperasian bas harian sahaja.

Beliau menjelaskan, RapidKL dan Prasarana merupakan dua buah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan tetapi masing-masing mengambil alih tanggungjawab yang berlainan dalam aspek mengendalikan bas tersebut.

''Bas-bas tersebut sebenarnya bukan milik RapidKL. Selama ini kami hanya bertanggungjawab atas mengendalikan pengoperasian bas harian sahaja.

''Kesemua bas RapidKL yang beroperasi atas jalan raya dan juga bas-bas yang dikatakan tersadai itu sebenarnya adalah harta yang dimiliki Prasarana," ujarnya.

Ambil alih
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai lebih 1,000 buah bas Intrakota dan Parkmay yang perkhidmatannya kini diambil alih oleh RapidKL, tersadai dan menjadi besi buruk hingga menjejaskan keselesaan orang ramai.

Semalam, Datuk Bung Moktar Radin (BN- Kinabatangan) membangkitkan persoalan tersebut pada sidang Dewan Rakyat dengan [b]mempersoalkan kira-kira 1,000 bas yang masih boleh diguna pakai tetapi tidak digunakan hingga tersadai[/b] dan mencetuskan pencemaran di kawasan tersebut.

Hampir 1,000 buah bas dianggarkan bernilai lebih RM500 juta tersebut dikatakan terbiar di sebuah kawasan lapang di Sungai Choh, dekat sini sejak lebih dua tahun lalu.

Bung Moktar turut menyifatkan perkara itu telah menjadi bahan cerita di kalangan rakyat [b]yang hairan bas tersebut dibiarkan tersadai tetapi pada masa sama RapidKL membeli bas baru.[/b]


Bung Moktar persoal kenapa 1,000 bas dibiar tersadai


KUALA LUMPUR 27 Mei – Kira-kira 1,000 bas milik syarikat Intrakota dan Parkmay yang kini telah digabungkan menjadi RapidKL, tersadai dan menjadi besi buruk hingga menjejaskan keselesaan orang ramai.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, perkara itu juga menjadi bahan cerita rakyat yang hairan kenapa bas tersebut dibiarkan tersadai tetapi pada masa sama RapidKL membeli bas baru.

"Kenapa gabungkan dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas tersebut dan beli bas baru. Sedangkan bas-bas lama dibiar tersadai dan sengsarakan rakyat," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu menjelaskan kenapa perkara itu berlaku.
"Saya ingin tanya kerajaan adakah ada apa-apa yang tidak kena dalam penjelmaan RapidKL ini? Kalau tidak ada apa-apa, kenapa bas yang masih boleh diguna pakai tetapi tidak digunakan hingga tersadai dan cetus pencemaran," katanya.

Menurut Bung Moktar, dianggarkan kos bas yang dibiarkan tersadai itu ialah RM500 juta.

"Jumlah kerugian ini jika digunakan di kawasan saya (Kinabatangan) boleh keluarkan rakyat daripada kemiskinan. Saya mahukan penjelasan dan tidak mahu teka-teki," katanya.

No comments: