Monday, May 19, 2008

Sokongan Buat Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum wm wth,

Buat Ayahanda Tun Dr. Mahathir yang bijak bistari, negarawan ulung pejuang agama, bangsa dan tanahair yang amat kami kasehi serta hormati:

Kami MENYOKONG tindakan Ayahanda untuk meninggalkan UMNO selagi Abdullah Ahmad Badawi masih menerajui UMNO yg kita sayangi. UMNO telah dijadikan harta dan parti keluarga Abdullah Ahmad Badawi dan tidak lagi memperjuangkan agenda Ketuanan Melayu dan hak2 agama, bangsa dan tanahair, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi telah TANPA MALU DAN SEGAN melacurkannya bagi menjalankan agenda asing serta mempergunakan UMNO utk mencapai cita-cita politik, membina Dinasti Badawi dan alat bagi pengumpulan harta berbillion-billion bagi keluarga Badawi semata-mata.

Walaupun ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO BERPURA-PURA seolah2 tidak memahami kenapa Ayahanda bertindak keluar dari UMNO dgn bersyarat (yakni sehingga Abdullah Ahmad meletakkan jawatan Presiden atau dikeluarkan dari kerusi itu), kami di akar umbi dan rata2 umat Islam Melayu dan rakyat Malaysia AMAT MEMAHAMI maksud tersirat dan tersurat Ayahanda itu. Nyata ahli2 akar umbi dan org2 Melayu dan rakyat Malaysia BIJAK MENAFSIR dan FAHAM maksud Ayahanda, tidak seperti para barisan menteri-menteri Melayu dari kalangan ahli2 politik UMNO yang telah menunjukkan reaksi BODOH mereka melalui kenyataan-kenyataan BODOH mereka, seperti Syed Hamid Albar, Rafidah Aziz, Hishamuddin Hussein, Noraini Ahmad serta ramai lagi. Sedangkan menteri-menteri parti komponen dan parti-parti pembangkang pun "faham" kenapa Ayahanda berbuat demikian, tak kan menteri-menteri Melayu UMNO tidak faham?

Tidak mungkin mereka tidak faham kenapa Ayahanda berbuat demikian.
Tetapi mereka BERPURA-PURA tidak memahaminya supaya dapat menggunakannya untuk "menghentam" Ayahanda di mata ahli-ahli akar umbi atau "menaikkan" taraf diri mereka di mata Abdullah Ahmad. Nescaya akar umbi UMNO dan orang-orang Melayu yang sayangkan UMNO tidak sebodoh yang disangkakan mereka.

Kita tahu lanun-lanun pengkhianat bangsa seperti Abdullah Ahmad Badawi, Musa Hitam, Shahrir Samad, Khalid Nordin serta Khairy Jamaluddin akan menari dan bersorak gembira MEMUTAR-BELITKAN isu ini untuk menghentam Ayahanda dan akan mengambil kesempatan menikam Datuk Mukhriz di waktu ini. Kita telah jangkakan apa yg Musa Hitam, Shahrir Samad dan Muhammad Taib akan salakkan di media-media perdana sebagai suara mewakili Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin serta Dinasti Badawi.

Kita juga dapat menjangkakan reaksi lalang-lalang haprak seperti Zahid Hamidi serta Nazri Aziz dengan SALAKAN-SALAKAN mereka.

Orang-orang Melayu dan ahli-ahli akar umbi SUDAH MASAK dengan perangai ahli-ahli politik UMNO setelah Ayahanda meninggalkan teraju kepimpinan negara. Kita telah lebih mendalami dan memahami maksud peribahasa "seperti melepas anjing tersepit", "harapkan pagar, pagar makan padi", "tiada rotan akar pun berguna", serta mula mengenal secara mendalam spesis-spesis binatang yang diharamkan oleh Islam seperti ba.bi dan anjing serta varieti mereka, yakni antara ba.bi hutan dan ba.bi moden, antara anjing gila dan bermacam-macam jenis anjing.

Diharapkan Datuk Mukhriz tenang berdiri teguh di dalam UMNO untuk menjalankan tanggungjawab beliau yang diperlukan di dalam PAU 2008 untuk menidakkan pengkhianat agama, bangsa dan tanahair serta agen Singapura, merangkap menantu Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin. Kami akan berdiri teguh bersama-sama Datuk Mukhriz dan tidak akan membiarkan beliau keseorangan.

Ahli2 Majlis Tertinggi serta barisan pemimpin UMNO SAH DAN NYATA ibarat pagar makan padi, mereka yg diharapkan, tidak langsung menjaga UMNO dan membawa suara akar umbi, sebaliknya sibuk melobi Abdullah Ahmad dan berlumba-lumba menjadi anjing-anjing belaan Abdullah Ahmad serta keluarganya. Kita lihat siapa yang akan menjadi korban akhirnya, ahli-ahli politik dan ketua-ketua bahagian pengkhianat dan pelacur bangsa yang senang dibeli dan digula-gulakan? atau ahli-ahli akar umbi yang mereka tindas ini?

Kita tunggu dan lihat.

Ini telah dibuktikan di PRU 12, di mana suara dan kehendak akar umbi tidak boleh dipermainkan dan diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Kami akan sentiasa bersama-sama Ayahanda di dalam perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Kami boleh menilai di antara berlian dgn kaca dan antara pemimpin yang ikhlas berjuang dgn mereka yg taksub untuk popular tanpa "susbstance".

Kami bersama-sama MENOLAK Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin yang telah MEMBINASAKAN UMNO, MENGHANCURKAN BN dan MELACURKAN Malaysia serta MENGHURU-HARAKAN keamanan dan MENGUSUTKAN persefahaman antara kaum berbilang bangsa dan agama di negara tercinta. Mereka juga telah gagal dengan jayanya mentadbir negara, serta tidak tahu langsung menangani masaalah ekonomi.

Kami juga akan menidakkan mana-mana ahli-ahli politik (istilah
"pemimpin" tidak lagi boleh digunakan ke atas mereka kerana tidak layak) yang telah bersama-sama membiarkan dan bersengkongkol bersama Abdullah Ahmad Badawi dengan menjadikan parti UMNO yang kita sayangi sebagai parti Abdullah Ahmad Badawi Sdn Bhd dan mengelincir perjuangan parti jauh dari landasan perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Hanya Ayahanda yang BERANI berdiri kerana BENAR.

Hanya Ayahanda yang layak digelar pemimpin Agama, Bangsa dan Tanahair samaada di dalam atau di luar UMNO kerana perjuangan Ayahanda adalah untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Perjuangan Ayahanda IKHLAS dan rakyat di akar umbi tidak kira bangsa dan agama mengetahui dan memahaminya.

Apa jua tindakan Ayahanda adalah semata-mata sebagai UBAT bagi merawati UMNO dan orang-orang Melayu.

Surah 103 Al-Asr, verse 1-3

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

Berani kerana Benar dan Allah menyebelahi orang-orang yang Sabar.

Salam hormat dari,
Anakanda Teja

No comments: