Tuesday, May 20, 2008

Sambut Tun di Subang Isnin 26 Mei 1600hrs

Isnin lepas, di Alor Star, Mantan Presiden UMNO dan ahli no. siri 00001 UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman mengejut untuk keluar dari UMNO.

Tindakan ini menimbulkan pelbagai kekeliruan dan reaksi, terutama di kalangan ahli UMNO yang setia dan menyokong beliau. Peluang perlu diujudkan untuk menunjukkan sokongan kepada Negarawan unggul yang cuba berusaha untuk memperbaiki keadaan termasuk memulihkan UMNO, yang kini telah kehilangan keyakinan dan sokongan dari orang Melayu sendiri.

Cadangan satu sambutan diadakan untuk menyambut kepulangan Mantan Presiden UMNO dan Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang dijangkakan kembali dari Jepun minggu depan.

Terminal Persendirian Petronas
Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Subang
Isnin 26 Mei 2008
1600hrs

No comments: