Wednesday, May 28, 2008

Mukhriz for Ketua Bahagian Jerlun and Ketua Pemuda



KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN
UMNO BAHAGIAN JERLUN


1. Kami dari ahli akar umbi UMNO bahagian Jerlun memberi kenyataan akhbar seperti berikut :-

Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami memahami bahawa proses membaikpulih parti akan memakan masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera. Kami diperingkat akar umbi tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sediaada mampu untuk menerajui proses pemulihan ini.



2. Kami juga menyokong dan berada di belakang ahli Parlimen kami YB Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk terus lantang menyuarakan hasrat akar umbi untuk mengkritik pucuk pimpinan demi keutuhan UMNO. Dengan ini kami memohon supaya tiada tindakan dan juga sebarang tekanan dikenakan ke atas ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau mengkritik pucuk pimpinan. Kritikan terhadap pucuk pimpinan tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritikan beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO yang menjadi wadah perjuangan bagi agama, bangsa dan Negara.


3. Kami juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami Dato’ Abd. Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menyarankan agar ahli Parlimen kami YB Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun. Tiada sebarang perbincangan dan mesyuarat diadakan di peringkat akar umbi.


- Sekian –



No comments: