Wednesday, May 21, 2008

Ubat Doktor Bangsa untuk merawat dan memulihkan UMNO

All photos courtesy of Jinggo at http://minaq-jinggo.fotopages.com/ and www.mykmu.net

Apa yang disampaikan Tun pada 19 Mei di Alor Star (Hotel Star City, Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kedah) - UBAT(remedy) bagi merawat UMNO dari luar, kerana pesakit tidak dibenarkan dirawat dan dihalang dari menerima rawatan dari dalam UMNO oleh pucuk pimpinan yang seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Hanya seorang doktor yang benar-benar sayang akan pesakit serta ikhlas dan prihatin akan sentiasa berusaha mengubat pesakit tersebut dengan apa jua cara sekali pun.

To be kind sometimes we need to be cruel. Ubat yang mujarab mungkin tersangat pahit tetapi untuk memulihkan UMNO dan menyembuhkan BN kita harus berani menerimanya dan bertindak melakukannya.


Selamat menghayati ucapan Tun.



"Kalau pun kita ini adalah satu kumpulan yang kecil dan minoriti, tetapi dengan mengisytiharkan kita keluar daripada UMNO sehinggalah Dato' Abdullah letak jawatan, dan kita akan kembali menyertai UMNO dan menyokong UMNO dalam Pilihanraya setelah dianya meletak jawatan."

"Saya yakin akan didengar. TETAPI JANGAN KELUAR UMNO UNTUK MASUK PARTI LAWAN. Kita tak nak masuk parti lawan kita. Kita mau UMNO menang. Kita cuma tak setuju dengan pemimpin, bukan dengan UMNO."

"Kita bersetuju dengan UMNO tetapi pemimpin (Abdullah Badawi) bukan pemimpin UMNO yang sebenar."

"KITA KELUAR UNTUK MENENTUKAN PEMIMPIN DITUKAR."

Tun Dr Mahathir




"Kalau lah rata-rata seluruh negara kita ini ahli-ahli biasa mengambil tindakan ini (KELUAR PARTI) akan terjatuhlah pemimpin yang ada dan apabila ianya jatuh, maka boleh lah kita pulih semula UMNO ini balik."

"Kita kembali semula kepada UMNO dan pulih semula UMNO, pulih semula BN dan pulih semula pemerintahan BN di peringkat pusat supaya dlm pilihanraya akan datang mereka yang telah meninggalkan parti-parti komponen BN akan kembali menyokong BN."

"Ini saya percaya akan berlaku. Jadi tuan-tuan dan puan-puan saya harap KITA BERANI LAH SIKIT. JANGANLAH TAKUT SANGAT."

Tun Dr Mahathir



"Apabila kita keluar dari UMNO tetapi TIDAK MENYERTAI PARTI LAWAN, KITA LEBIH BERKUASA. KITA AKAN JADI ANAK DARA SEMULA."

"Parti kerajaan pun nak kita, parti lawan pun nak kita, dan KITA TARIK HARGA LA SIKIT."

"Inilah kesan daripada tindakan yang radikal dan berani yang saya kemukakan. Terpulanglah kepada kita semua YANG BERANI MENGAMBIL TINDAKAN."

Tun Dr Mahathir



"Kami menang! Rupa-rupanya bila kita kalah di Kedah ini pun kita menang."

"Kita yakinkan diri kita, kita menang dan kita main seronok apa semua. Perdulikan apa yang jadi pada kita."

"Kalau mesej yang semacam itu tidak difahami oleh pucuk pimpinan, saya berpendapat bahawa kita perlu hantar mesej yang lebih keras lagi!"

Tun Dr Mahathir



Q: By doing this, are you putting pressure on Pak Lah to resign?
A: I DON'T KNOW ABOUT PRESSURE. THIS MAN CANNOT UNDERSTAND ANYTHING.

No comments: