Saturday, May 24, 2008

Dr. M selar Barat tidak jujur bantu Myanmar

Betul kata Tun, Myanmar mempunyai harga dan maruah diri. Sebab itu mereka lebih suka menerima bantuan rakan ASEAN yang lebih ikhlas dari Barat yang ada udang sebalik mee.

TOKYO 23 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyelar Barat kerana tidak jujur dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa Taufan Nargis di Myanmar.

Menurut beliau, negara-negara Barat menggunakan bantuan kepada mangsa taufan sebagai propaganda sambil mengutuk junta tentera negara itu.

"Semasa memberikan bantuan, ada kecenderungan untuk menggunakannya sebagai kesempatan mengutuk dan mengecam kerajaan Myanmar," kata Tun Dr. Mahathir.

Beliau yang terkenal kerana kelantangannya membidas Barat membuat kenyataan itu semasa lawatan ke sini.

"Apabila mereka menghantar bantuan, mereka menghebahkan dari mana datangnya bantuan itu. Seolah-olah mereka bukan berminat untuk membantu mangsa tetapi mahu menunjukkan mereka adalah penderma besar," ujar beliau.

Junta tentera Myanmar telah mendapat kritikan antarabangsa kerana enggan membenarkan operasi bantuan antarabangsa dilancarkan secara besar-besaran selepas Taufan Nargis melanda negara itu tiga minggu lepas.

Hari ini Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengumumkan persetujuan junta untuk membenarkan kemasukan semua pekerja bantuan asing bagi membantu operasi bantuan.

Sebelum itu, Myanmar membenarkan ASEAN menyelaraskan operasi bantuan asing secara terhad.

"ASEAN tidak cuba melakukan propaganda bagi mengutuk kerajaan.

"Tujuan kami semata-mata untuk membantu penduduk yang menderita akibat dilanda angin kencang itu," kata Tun Dr. Mahathir.

- AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

No comments: