Wednesday, March 12, 2008

YB Ada Telur

Wednesday, March 11, 08

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya. Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu kalah kepada DAP di semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang. Dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parlimen serta 76 kerusi negeri.

"Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihanraya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab." Bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat mendesak berikutan perkembangan terbaru dalam politik ini, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri bagi memegang sebarang jawatan Kabinet atau menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ong berkata, usaha membina dan memperkasakan semula MCA merupakan tugas yang perlu dilakukan "walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran".

Rakyat Malaysia, tegas Ong, telah menghantar mesej yang jelas dalam menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelbagai isu."

Semua ini telah menyumbang kepada kekalahan banyak calon BN dalam pilihanraya berkenaan," katanya. MCA, kata Ong lagi, akan peka terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat Malaysia.


BRAVO! YB Ong Ka Ting
(I rarely use the title YB to address anyone, so if I do use it.. it truly means something! hehehe)

We truly salute a leader like you and for bravely leading the way for the HP6-cabinet to find their redemptions. We now wait for breaking news from the UMNO and BN President, as well for the MIC President to take full accountabilities and full responsibilities for the terrible lost to the Oppositions at the recent GE.

This is the first ray of hope the rakyat has seen since the recent GE results, with most ppl especially UMNO members and BN supporters couldn't have a good nite sleep with Pak Lah's unwillingness to resign. With Ong Ka Ting showing them the honorable way..

So will Pak Lah and Sammy please stand up! And will the real culprit, Khairy Jamaluddin stand trial?

No comments: