Thursday, March 13, 2008

Menghitung Hari

Nampaknya, semua2 pemimpin2 parti2 komponen Bukan Melayu BN ada telur dan tabik hormat kita utk mereka, kerana memilih maruah dan parti melebihi kuasa dan kepentingan sendiri.

Kita masih menunggu pemimpin2 UMNO utk bertaubat dari terus2an menjadi mangkuk hayun. Malangnya org2 Melayu mendapat pemimpin2 mangkuk hayun macam ni, bukan nak beri tekanan suruh Presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dgn meletak jawatan, sebaliknya masih membodek dan terus2an memberi sokongan lagi tanpa memikirkan perasaan rakyat yg telah menolak kepimpinan Pak Lah yg ternyata lemah dan merosakkan.

Adakah pemimpin2 UMNO ini walaupun sesetengahnya telah kalah, masih mengharapkan sebarang jawatan, maka sanggup meletakkan kepentingan sendiri mengatasi kepentingan anak bangsa?

Pak Lah dan Khairy wajib keluar dari parti, BN dan Kerajaan. Ahli2 UMNO dan rakyat sedang menghitung hari anda berdua letak jawatan.

Pemimpin MCA, MIC dan Gerakan telah bersedia melepaskan jawatan mereka, Presiden UMNO bila lagi?

[PS/ Kita amat berharap dia akan membuat kenyataan pada tarikh 13hb yg beliau anggap keramat.]


3 Ketua Parti komponen BN Tolak Jawatan

MAHATHIR MINTA PM LETAK JAWATAN Mar 9, 08 3:38pm
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah "memusnahkan" BN selepas keputusan teruk dalam pilihanraya umum semalam.Mahathir mengecam parti pemerintah itu selepas keputusan terburuknya dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan."Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," kata Mahathir kepada wartawan.Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri."Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya."Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."

SEDIA LETAK JAWATAN PEMANGKU PRESIDEN GERAKAN GEORGETOWN:
Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sedia melepaskan jawatannya itu berikutan kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin. Bekas Ketua Menteri berkata, beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya berikutan keputusan paling buruk dalam sejarah Gerakan Pulau Pinang apabila kalah semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya. Ini juga bermakna pilihan saya sendiri ialah menawarkan diri untuk meletak jawatan," katanya pada sedia media terakhir di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

KA TING TOLAK JAWATAN MENTERI Mar 11, 08 8:09pm
Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya.Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu kalah kepada DAP di semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang. Dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parlimen serta 76 kerusi negeri."Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihanraya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab.

SAMY VELLU TOLAK JAWATAN SENATOR 12/03/2008 1:34pm
KUALA LUMPUR 12 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau tidak akan menerima jawatan Senator yang akan membolehkannya dilantik semula sebagai menteri Kabinet. Katanya, beliau menerima dengan terbuka kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.

No comments: