Thursday, March 13, 2008

Warkah Buat PM

Khamis, 13hb Mac, 2008

Salaam Pak Lah,

Dua hari sebelum PRU 12, Pak Lah telah cuba memenangi hati rakyat Malaysia dengan mewawarkan laman "Warkah Buat PM". Kita tidak tahu adakah Pak Lah ikhlas atau semata2 gimik murahan utk memancing hati rakyat sehari dua sebelum mengundi. Yang pasti, pintu ini akan digunakan sepenuhnya oleh kaum2 pendatang dan bukan Melayu utk meminta bermacam2 yg akan meminggirkan lagi hak2 orang2 Melayu dan pribumi. Yg pasti Pak Lah berharap utk jadi PM paling popular tanpa memikirkan kerosakan yg mungkin terjadi.

Dua hari sebelum PRU 12, Pak Lah juga membuat kenyataan di akhbar2 yg "orang Melayu tidak perlu takut akan kehilangan hak2 mereka, mereka tidak perlu berasa tidak selamat" sedangkan selama 4 tahun pemerintahan Pak Lah hak2 Melayu makin terhakis dan Tanah Melayu makin tergadai. Di negeri kelahiran Pak Lah sendiri, pada saat ini hak2 orang2 Melayu DEB telah dihapuskan oleh DAP.

Saya ingin mewakili ahli2 UMNO dan pengundi2 Melayu mengirimkan warkah ini walaupun kami semua arif Pak Lah tidak gemar membaca dan sudah tentu tidak ada sesiapa pun antara mereka2 yg mengelilingi Pak Lah akan membacakannya kpd Pak Lah, terutama sekiranya ada perkataan2 yg akan mengguris hati dan perasaaan Pak Lah. Penasihat2 Pak Lah sudah tentu mendodoikan Pak Lah dgn surat2 yg memuji muja Pak Lah sahaja supaya Pak Lah terus dibuai mimpi, malah Pak Lah berterusan pula membuat kenyataan media mengatakan tiada sesiapa mempengaruhi Pak Lah.

Masih tidur lenakah Pak Lah setelah keputusan PRU 12 diumumkan?

Masihkah merasakan rakyat sayang Pak Lah?

Masihkah merasakan Malaysia ini keluarga Badawi yg punya?

Masihkah memperkudakan UMNO sebagai Pak Lah & Khairy Sdn Bhd?

Di PRU 2004, Pak Lah sungguh angkuh mengatakan keputusan yg dicapai dgn undi popular 91% adalah kerana rakyat suka Pak Lah, dan bukannya undi rakyat kepada parti. Pak Lah amat bongkak sehingga menidakkan pandangan kebanyakan rakyat yg mengatakan mereka mengundi kerana kecermelangan Kerajaan BN yg diterajui oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun dgn arif dan bijaksana. Pak Lah kata hanya perlu berterimakasih kepada Tuhan sahaja.

Kami rakyat Malaysia amat terkilan, walaupun Pak Lah telah berkali2 mewawarkan bersedia mendengar pandangan rakyat, setelah berkali2 kami ingatkan, malang Pak Lah masih meneruskan agenda Pak Lah sendiri, yakni agenda memakmurkan keluarga sendiri dan memindahkan harta2 negara kepada Dinasti Badawi, termasuk parti UMNO dan kerusi Perdana Menteri. Pak Lah hanya mendengar apa yg Khairy hendak, apa yg Kamaluddin hendak, apa yg Nori hendak dan sekarang apa yg Jeanne dan anak2 beliau dan adik-beradiknya pula hendak.

Di PRU 12, kami telah menunjukkan apa kami rakyat tidak hendak, dan yg jelas tiada esok lagi kami perlukan dari Pak Lah dan tidak perlu Pak Lah terus mencuba lagi.

Kami tidak hendak Pak Lah dan Khairy di dalam UMNO, BN dan pentadbiran Kerajaan.

Kami mahu Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Presiden Barisan Nasional. Kami mahu Khairy meletakkan jawatan Naib Pemuda, kerusi Wakil Rakyat Rembau yg tidak patut ditandingi dan dimenangi beliau, serta dibuang terus keahlian di dalam UMNO.

Bila kami luahkan perasaan kami melalui laman2 web, Pak Lah dan anak menantu mengatakan kami adalah pembangkang, sedangkan kami ahli2 UMNO, ibubapa kami ahli2 UMNO, malah datuk nenek kamilah yg bersama2 membina UMNO, serta sentiasa menyokong dan memangkah Barisan Nasional. Bila kami terang2an memberontak di PRU 12, Pak Lah masih enggan letak jawatan.

Mungkin Pak Lah tidak lulus statistik semasa di universiti, maka marilah kita sama2 membimbing tangan Pak Lah utk mengkaji statistik pengundi2 dan apa yg mereka ingin sampaikan pada Pak Lah di PRU 12:

Di Pulau Pinang, pengundi2 Melayu telah memangkah pembangkang atau enggan keluar mengundi. Di tempat Pak Lah sendiri di Kepala Batas, peratusan undi telah berkurangan sebanyak 7,000 (diberitakan sewaktu pengiraan undi oleh para2 pemberita di konti2 akhbar bahawa Pak Lah cuma mendahului sebanyak 1,000 undi sahaja, mungkin yg selebihnya iaitu 10,000 lagi adalah undi pos?) Keputusan di Pulau Pinang jelas untuk menemplak Pak Lah sendiri. Masihkah Pak Lah tidak faham atau bermuka tembok buat2 tidak faham? Di manakah undi2 dari kaum bukan Melayu yg Pak Lah dok tatang selama 4 tahun pemerintahan Pak Lah sedang hak2 orang2 Melayu bukan sahaja Pak Lah abaikan, malah gadaikan pula. Tidak malukah Pak Lah menjadi Pembangkang di negeri kelahiran sendiri serta bertanggungjawab sepenuhnya menggadaikan DEB dari orang2 Melayu Pulau Pinang?

Di Perak, pengundi2 Melayu rata2 tidak rela memangkah calon2 BN lagi, ini menyebabkan Sammy Vellu tersungkur di Sg Siput. Pengundi2 Melayu juga telah nekad memangkah pembangkang kerana protes mereka terhadap UMNO dan BN menggadaikan kerusi2 DUN dan Parlimen kawasan majoriti Melayu kepada calon2 bukan Melayu, dan rata2 lebih rela memangkah pembangkang dari memberi undi kepada calon2 pilihan Pak Lah dan Khairy. Pengundi2 India puak Hindraf yg teramat dijaga perasaannya walaupun telah sengaja membusukkan imej UMNO, pribumi Melayu dan Kerajaan sendiri di merata2 dunia dgn agenda tersembunyi mereka, dihadiahkan Pak Lah dgn cuti Thaipusam dan bermacam2 janji lagi, sebaliknya menunjukkan taring mereka dgn menyokong pembangkang. Ini meminggirkan lagi undi2 orang Melayu dan menyakitkan lagi hati mereka.

Di Kedah, ahli2 UMNO dan orang2 Melayu lebih rela memangkah PAS tetapi tetap memenangkan Mukhriz anak Tun di Jerlun. Di Kedah penyokong2 UMNO yg tidak rela memangkah PAS dan tidak mahu lagi memangkah UMNO atau BN telah boikot tidak mahu keluar mengundi.

Bukan saja di Kedah, tetapi rata2 org2 Melayu, ahli2 UMNO dan rakyat berbilang bangsa amat marah dgn cara Pak Lah dan Khairy, kawan2 Pak Lah dan Khairy yg dilantik menguasai akhbar2 seperti Kalimullah dsbnya serta barisan menteri2 kabinet melayan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir seperti anjing kurap, sedangkan manusia itulah satu2 pejuang Melayu sejati yg telah memakmurkan Malaysia di seluruh dunia.

Manusia jenis apakah Pak Lah dan Khairy yg bukan saja tidak reti berterimakasih kepada seorang pemimpin dan negarawan yg telah banyak berjasa, malah tidak reti malu ingin mengambil kesempatan mencuri idea2 dan wawasan projek2 dgn menjenamakan semula segalanya atas nama Pak Lah sendiri? Manusia apakah yg sudahlah tidak ada idea dan tidak mahu bekerja keras, malah memburukkan usaha org yg telah memajukan negara dan memakmurkan rakyatnya? Rakyat bukan bodoh dan boleh menilai sendiri mana berlian dan mana kaca. Rakyat juga tidak perlu disuapkan dgn segala berita di media prima yg nyata hanya semata2 jentera utk menjaga kepentingan Pak Lah dan Khairy, sehinggakan setiap muka suratkhabar di isi dgn berita2 keluarga Pak Lah dari kelab MyTeam menantu sehingga berita menimang cucu. Rakyat amat bosan dan jelak dgn berita2 mengenai Pak Lah, Khairy dan keluarga Badawi.

Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, rata2 penduduk Melayu di kawasan2 bandar, nekad memangkah pembangkang kerana ingin mengajar Pak Lah dan menantu kesayangan Khairy Jamaluddin. Ini termasuk di kubu2 kuat UMNO di bandar2. Mereka kata "tidak dapat tanduk, telinga dipulas" pun jadilah. Rata2 merasakan hak dan kepentingan orang2 Melayu dipertaruhkan. Rata2 merasakan Malaysia sedang dijual kepada Singapura oleh Khairy dan Pak Lah. Rata2 amat benci kpd Pak Lah dan Khairy.

Di Kelantan, pengundi2 Melayu atas pagar juga telah nekad buat kali ini "all out" MENOLONG PAS kerana meluat dengan slogan dan kebongkakan Pak Lah, terutama Khairy Pade Doh kononnya sudah dapat menakluk Kelantan. Rata2 mereka yg saya jumpa termasuk pegawai2 kerajaan amat prihatin utk pulang mengundi di kampung bagi menggunakan kuasa undi mereka. Pengundi2 Melayu di Kelantan amat bijak dan mempunyai maruah Melayu yg tinggi, taburlah berapa banyak baja pun, kalau mereka merasakan penaklukan Kelantan kepada BN hanya utk memberi visa merogol pristine Kelantan, the last bastion of the Malay Kingdom oleh Patrick Badawi dan Khairy, jumpa lagi di PRU 13.

Kesimpulannya:
Pengundi2 Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO kerana faktor Pak Lah dan Khairy sendiri yg melanunkan negara dan mengikut telunjuk Singapura, memanipulasikan ahli2 Majlis Tertinggi dan ketua2 bahagian dengan kuasa memberi dan menarik jawatan2 mereka, kuasa menggagihkan duit UMNO dan projek2 kerajaan dan mengabaikan kepentingan orang2 Melayu. Bila orang2 Melayu telah mula hilang kepercayaan kepada UMNO, BN akan mendapat tempiasnya. Ini tidak termasuk kesan jangkapanjang, bilamana sekiranya UMNO sendiri tidak boleh dirawati, maka kemungkinan org2 Melayu terpaksa keluar dari parti yg tidak lagi dapat memperjuangkan hak2 mereka.

Pengundi2 Melayu, Cina dan India sudah jelak dengan keangkuhan, kesombongan orang2 di sekeliling Pak Lah, iaitu menantu Pak Lah dan penasihat2 tidak bertauliah, dasar2 negara yg tunggang langgang serta ekonomi yg tidak pasti serta kadar inflasi yg melambung tinggi, sudah mula berani beralih arah. Kami juga sudah jelak dengan pemberian kontrak berbillion2 kepada Scomi dan syarikat2 keluarga Pak Lah.

Tidak perlu post mortem yg dicanang2kan si Khairy, kerana rakyat dari segala lapisan dan kaum serta pengundi2 Melayu dan ahli2 UMNO telah JELAS MEMBUAT POST MORTEM dan puncanya (root cause) adalah Pak Lah dan Khairy sendiri.

Pak Lah dan Khairy LETAKlah jawatan dengan terhormat dan berilah peluang utk UMNO dan BN merawat diri. Jelas Pak Lah dan Khairy menjadi LIABILITI AMAT BESAR buat UMNO dan BN serta agama, bangsa dan negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Janganlah kerana ingin menjadikan menantu Pak Lah si Khairy jadi Perdana Menteri, Pak Lah sanggup berbuat apa saja termasuk membungkus terus UMNO dan BN.

Berbaloikah mengorbankan seluruh negara untuk merealisasikan cita2 menantu sendiri?

Dan yg paling kami org2 Melayu terkilan, org2 Melayu makin hilang hak2 mereka dan tidak lagi berasa selamat di bumi sendiri. Bagaimana mahu menebus hak2 orang2 Melayu yg sedang dikorbankan DAP dan PKR di Pulau Pinang (negeri Pak Lah sendiri) , di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan?

Berbaloikah Pak Lah korbankan hak2 org2 Melayu di Tanah Melayu hanya utk melihat menantu menjadi Perdana Menteri? Kami tidak rela, jadi Pak Lah dan Khairy harus pergi.

Utk orang2 Melayu kembali kepada UMNO dan rakyat berbilang bangsa bersatu di belakang BN, Pak Lah dan Khairy harus pergi.

Itulah kehendak kami.

Pak Lah dan Khairy undurLAH!

Ikhlas,
Ahli UMNO Wilayah Persekutuan


cc: HP6
Kepada Ahli2 Majlis Tertinggi UMNO dan para parti2 komponen Barisan Nasional, bangunlah dari tidur dan buatlah perkara yg betul, iaitu berdirilah bersama2 rakyat yg melantik anda meminta Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan dari UMNO, BN dan Kerajaan. Sudah cukup kerosakan yg dilakukan mereka. Cukup hanya satu penggal.

No comments: