Monday, March 17, 2008

SYABAS & TAHNIAH buat PEMUDA Johor

Akhirnya setelah empat tahun telur2 mereka dipegang oleh anak menantu Abdullah Ahmad Badawi si Khairy Jamaluddin sejak dinaikkan ke tahta oleh Ayahanda Mentuanya, PEMUDA sudah berani bersuara.

Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Johor dan Ketuanya Razali Ibrahim di atas keberanian beliau bersuara dgn lantangnya tentang kes Datuk Mukhriz dan tentang pentingnya diadakan satu Persidangan Khas UMNO sebelum PAU 2008 bagi membuat post mortem tentang keputusan teruk BN di PRU 12 baru2 ini.

Kita tunggu Pemuda2 dan sayap2 lain bersuara, samaada mereka masih ada tulang belakang atau tidak.

Kita tahu kenyataan2 yg dibuat oleh Ketua Pemuda sejak sehari dua ini dan Datuk Hishamuddin memihak kpd siapa. Apalah nak jadi dgn Datuk Hisham, dia Ketua Pemuda ka? Atau si Khairy ketua dia?

Kita maklum Datuk Noraini Ketua Puteri telah mengibas siapa. Belum apa2 sudah buat press conference di TV mengatakan "kami sokong". Wakil rakyat apakah beliau? Sudahlah baru dilantik oleh rakyat di kawasan yg selamat, kenyataan pertama yg beliau buat adalah menyebelahi Presiden UMNO dan bukan rakyat yg memberi undi?

Mereka ini Wakil Rakyat kah atau Wakil Presiden?

Heran, bila pemimpin2 tidak faham makna wakil rakyat dan mengapa mereka di atas sana.

Elok sajalah jangan jadi Wakil Rakyat kalau buat2 tidak faham dan tidak mengambil kesah luahan akar umbi ahli2 UMNO, orang2 Melayu dan rakyat jelata. Perjuangan yg tidak ikhlas tidak akan kekal lama. Menjadi ahli politik semata2 utk mendapat gelaran Datuk, projek2 dan jawatan2 hanyalah melacurkan dan menggadaikan agama, bangsa dan tanahair.

Pemimpin2 yg mewakili rakyat haruslah berani kerana benar, bukan pandai mengampu dan mengibas semata2 utk menjaga kedudukan dan kepentingan masing2.

Seorang Wakil Rakyat haruslah bekerja keras utk rakyat dan pengundi2 mereka serta menjaga amanah mandat yg diberikan di pilihanraya, ianya bukan utk kedudukan dan kepentingan sendiri atau mahu glamor dan popular.


Henti tekan Mukhriz - Pemuda Johor
Oleh: SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa semua pihak menghentikan desakan agar Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada parti kerana ia akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, ini kerana sebarang keputusan mengenai kedudukan beliau akan diputuskan pada Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang akan bersidang selepas pembentukan Kabinet.

Katanya, Pemuda UMNO Johor yakin perkara itu akan diputuskan secara bijaksana oleh barisan Exco Pemuda yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pemuda Johor mengharapkan agar tidak ada kenyataan sama ada untuk memecat, mengambil tindakan apa saja, kerana ia tidak membantu kepada perkara yang saya nyatakan tadi.

"Kalau saya buat kenyataan menyebelahi mana-mana pihak, saya juga tidak bertanggungjawab," katanya.

Rabu lalu, Mukhriz selaku Ahli Parlimen Jerlun menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kekalahan luar jangka banyak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kontroversi berhubung Mukhriz bukan pertama kali timbul, sebaliknya pada Perhimpunan Agung UMNO 2006, Exco Pemuda UMNO itu ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden, mendakwa tiada perkara baru yang disampaikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali berpendapat, Mukhriz tidak perlu meminta maaf dalam masa terdekat kerana ia akan menghilangkan rasa hormat banyak pihak kepadanya.

Katanya, sebagai seorang pemimpin, beliau perlu mempertahankan prinsipnya dan bersedia menghadapi apa jua akibat tindakannya.

"Saya tidak fikir Mukhriz kena minta maaf sekarang sebab saluran yang telah ditetapkan ialah pada mesyuarat Exco, orang akan hilang hormat kalau dia minta maaf sekarang.

"Sebagai seorang pemimpin, beliau kena berpegang pada prinsip dan bersedia menghadapi akibatnya," katanya.

Razali turut mengakui Pemuda UMNO Johor menyayangi Mukhriz dan dalam perbincangan sebelum ini pihaknya telah dapat melihat siapa yang menjadi aset kepada Pemuda UMNO.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membezakan seorang pemimpin itu dengan pemimpin lain ialah bagaimana mereka mengawal sesuatu keadaan.

Pemuda UMNO Johor Cadang Perhimpunan Khas UMNO


KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pemuda UMNO Johor hari ini mencadangkan supaya perhimpunan khas UMNO diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda UMNO Johor Suhaimi Khalid berkata perhimpunan khas itu hendaklah diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang dijangkakan pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.

"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO," katanya ketika menghubungi Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.

Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan anggota UMNO sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemubual Bernama di Putrajaya berkata tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum ke-12 merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau juga meminta pemimpin akar umbi agar turun ke bawah menerangkan kepada akar umbi mengenai situasi politik semasa agar mereka tidak menjadi seperti "anak ayam kehilangan ibu".

Muhyiddin menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN), ditunjangi UMNO, MCA, MIC dan Gerakan, mengekalkan majoriti dua per tiga dalam pilihan raya sebagai genting dan perlu diterima dengan (fikiran) terbuka oleh semua pihak.

Episod politik tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perlis; kedudukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu; dan tindakan Ahli Parlimen Jerlun yang juga anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir meminta Abdullah meletak jawatan, kini menjadi bualan hangat akar umbi.

-- BERNAMA

No comments: