Hari ini 10 Mac, walaupun setelah diberikan amanat yg JELAS oleh rakyat di PRU 12 untuk MENOLAK Abdullah Ahmad Badawi dari terus mempersendakan kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan BN setelah kekalahan besar yg amat memalukan di PRU 12, amat malang sekali masih ada kumpulan dari kalangan ahli2 UMNO "kami sokong Pak Lah" pergi ke Seri Perdana untuk mempertahankan pemimpin kayu reput dan anai2 ini.
Pak Lah masih tidak malu pada rakyat walaupun telah menjahanamkan UMNO dan BN serta mengadaikan Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kepada Pembangkang, masih mahu terus membuat pengumuman yg beliau akan terus menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Di sini disiarkan satu artikel pada zaman UMNO dahulu di mana ia menunjukkan memang ahli2 Majlis Tertinggi UMNO tidak boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat. Mereka semata2 menjadi Mangkuk Hayun sahaja, lebih kepada menjaga dan membodek Presiden daripada menjaga kepentingan rakyat dah ahli2 UMNO akar umbi. Yang menjaga kepentingan ahli2 UMNO, hak2 orang Melayu hanyalah pejuang2 bangsa seperti Dr. Mahathir, Tun Razak dan Datuk Harun Idris.
Yang kita masih ada dan boleh diharapkan sekarang hanyalah Dr. Mahathir. Sudah sampai waktunya kita mempergiatkan usaha mencari tokoh2 pejuang pelapis yg benar2 ikhlas dan tulus memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanahair dan menyelamatkan kita dari anai2 perosak seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin.
Buat Renungan Bersama
[Di petik dan diolah dari tulisan spy Leman]
Sejarah Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamed
Sebelum Merdeka
Pre 1957 - Dr. Mahathir menjadi anggota beberapa gerakan rakyat seperti SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Erti Redha Korban Apa Sahaja), Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya UMNO. Merupakan Pelajar Universiti Malaya Singapura dan menjadi terkenal melalui tulisan-tulisan di akhbar yang anti-British. Selepas 1957 Menentang tindakan Tunku Abdul Rahman mengadakan kerjasama Pertahanan dengan British.
1959 - Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Umno Negeri Kedah telah mencadang supaya pemilihan wakil rakyat Umno diasaskan kepada kelayakan tertentu terutama taraf pendidikan. Cadangan ini menimbulkan perbalahan dengan pucuk tertinggi UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman. Tunku merasakan Mahathir mula memberi masalah kepadanya. Dr.Mahathir yang menyedari hakikat itu dan tersinggung dengan kenyataan Tunku telah mengundur diri dari memegang jawatan parti dan enggan bertanding dalampilihanraya 1959.
Langkah ini menurut Zainuddin Maidin, telah menyebabkan beliau terlepas peluang menikmati hasil perjuangan kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan seperjuangannya yang telah menjadi wakilrakyat atau ahli Dewan Negara. (Inikah wajah orangyang gila kuasa? Orang yang meninggalkan jawatan dan peluang menikmati kehidupan yang lebih selesa kerana prinsip boleh dikatakan sebagai orang yang gila kuasa? Apakah Anwar Ibrahim berani berbuat begitu?)
Beliau juga merupakan Doktor Melayu pertama membuka klinik sendiri di Alor Setar. Lebih daripada itu tanyalah berapa ramai orang Melayu zaman tersebut yangmendapat rawatan percuma atau dengan bayaran seberapa mampu sahaja. Inikah orang yang kita panggil Firaun?
Pandangan Mahathir ketika Zaman Tunku
Dr. Mahathir amat tidak setuju dengan falsafah Tunku"Biar Cina berniaga dan biar melayu berpolitik" dan"biar mati anak, jangan mati adat."
Beliau menampakkan kegelisahan dan penentangan terhadap sikap tolak ansur Tunku secara berlebihan yang membahayakan masa depan orang Melayu. Pandangan Dr. Mahathir ialah : "... jika anak sudah mati, adat tidak mungkin hidup lagi."
Walaupun beliau menyepi daripada jawatan politik, namun kritikan anti-establishment, kritikan terhadap pegawai kerajaan yang lembab, suka bersukaria dan tidak menepati masa telah menjadikan beliau mendapat sokongan rakyat dan ramai yang berharap beliau kembali ke dalam kancah politik UMNO.
Jawapan beliau:"Jangan harap saya akan pergi ke Kuala Lumpur mengikut Tunku main golf untuk kembali ke politik."
Zaman Baru Mahathir Bersama UMNO
Oleh kerana desakan Umno Kedah, maka beliau kembali menyertai pilihanraya 1964 dengan bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Setar Selatan bagi parti Perikatan. Beliau menang.
Tahun 1964-1969, krisis politik negara bermula. Berpunca daripada Konfrontasi dengan Indonesia dan kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kwan Yew. Dr. Mahathir benar-benar memperjuangkan bangsa Melayu hinggakan Lee Kwan Yew menggelar Dr. Mahathir sebagai Malay Ultra. (malangnya Hari ini, orang yang menghabiskan segala sisa mudanya berjuang untuk orang Melayu telah dituduh mengkhianati bangsanya. Apakah Anwar telah berjuang sejauh ini?) Apabila Tunku terlalu banyak berkompromi dengan MCA, Dr. Mahathir terus menjadi harapan orang Umno peringkat bawahan dan juga orang Melayu lain.
Dr. Mahathir di Tipu oleh Pas
Dalam pilihan raya 1969, tersebar berita bahawa Dr.Mahathir, yang begitu kecewa dengan MCA, telah berkata bahawa ia tidak perlukan undi Cina untuk menang pilihanraya. Ini kerana khabarnya beliau mendapat janji oleh PAS bahawa mereka akan menyokongnya. Akhirnya, Dr Mahathir kalah bila Cina enggan memberi undi pada Ultra Malay ini, sebaliknya mengundi PAS. Menurut Datuk Syed Nahar Shahabuddin, "Dr. Mahathir terperangkap dengan strategi PAS yang meyakinkan bahawa orang Pas akan menyokongnya."
Suara Dr. Mahathir terus menjadi azimat orang Melayupada masa selepas 13 Mei 1969. Surat peribadi yang mengkritik Tunku entah bagai mana telah tersebar luas kepada orang Melayu pada masa itu. Surat itu melahirkan kekecewaan Dr. Mahathir terhadap kerajaan yang gagal membela nasib orang Melayu.
Dr. Mahathir amat marah kerana Tunku bermain poker ketika peristiwa13 Mei 1969.
Jawapan Tunku: "Apa salahnya saya ajak kawan-kawan saya main poker. Sudah dua tiga hari saya dok tengok api menjulang di Chow Kit. Saya dah jemu dan sunyi, saya panggillah kawan-kawan ke rumah, salahkah, salahkah saya nak bersuka-suka dengan kawan-kawan, saya bukan ambil duit orang, saya bukan ambil bini orang."
Demikianlah Dr. Mahathir sentiasa menjadi kritikal kepada nasib orang Melayu. Sanggup bertelingkah denganTunku; yang sekaligus bermakna menutup kariernya menjadi ahli politik yang lebih cemerlang. Perjuangan beliau juga menyebabkan beliau dipecat olehUMNO kerana Tunku memberi kata dua antara Mahathir dan dia. Kerana itu, Majlis Tertinggi Umno terpaksa memecatMahathir.
SEDIHNYA, HARI INI GOLONGAN REFORMIST MENERBITKAN SURAT TUNKU MENGENAI KEKECEWAANNYA TERHADAP MAHATHIR TANPA MENJELASKAN SEBAB AKIBAT PENULISAN ARTIKELTERSEBUT OLEH TUNKU! TUNKU BERHAK MARAH KEPADA MAHATHIR TAPI KITA JUGA WAJAR MEMAHAMI BAHAWA MAHATHIR MELAKUKANNYA DEMI BANGSA MELAYU).
Zainuddin Maidin menulis:"Sekalipun sentimen jutaan orang Melayu kepada Dr. Mahathir pada masa itu begitu hangat tetapi inilah masanya beliau merasakan keseorangan. Rumahnya telah digeledah oleh pegawai-pegawai dari Jabatan hasil Dalam Negeri, kawan-kawan menjauhkan diri." Malangnya, tidak ada bukti untuk mendakwa Mahathir dimahkamah awam. Timbul khabar angin bahawa Mahathirakan ditangkap di bawah ISA tetapi dihalang oleh Tun Abd. Razak.
Subky Latiff menulis: "Selama dalam pembuangan kurangtiga bulan tiga tahun, Dr. Mahathir menjadi punca krisis fikiran orang politik dan orang yang tertarik dengan politik negara ini."
Kembalinya SuperM
Dr. Mahathir menggunakan pelbagai platform termasuk PAS untuk menyatakan pendirian politiknya, tapi beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. Jiwa dan keazamannya tetap bersama UMNO. Akhirnya bilaTunku mengundur diri, usaha membawa masuk Mahathirbermula dan ini dilakukan oleh Datuk Harun Idris.
Dr. Mahathir dipujuk menyertai UMNO. Beliau memohon menyertai UMNO melalui Bahagian Rawang. Ditolak oleh MT UMNO kerana tidak meminta maaf. Mahathir enggan meminta maaf tetapi akhirnya menandatangani suratpermohonan maaf setelah didesak hebat oleh Datuk Harun dan beberap pemimpin UMNO Kedah. Akhirnya setelah beberapa lama pimpinan tertentu dalam UMNO berusaha maka Mahathir diterima masuk kembali.
Subky Latiff menulis,"Dr. Mahathir diterima masuk UMNO laksana superman pulang dari kayangan, dua singabergurau, gajah pun takut ketawa; yang nyata kemasukanDr. Mahathir ini disambut oleh orang UMNO di segalaceruk rantau, macam menyambut orang dari kayangan.", ketika mengulas kemasukan Dr. Mahathir ke dalam UMNO dan pelawaan Syed Jaafar Albar yang menawar semua jawatan parti milik beliau kepada Mahathir.
Apabila Datuk harun dihadapkan ke Mahkamah Tengah Kuala Lumpur pada 24 November 1975, atas 16 tuduhan dibawah Akta Mencegah Rasuah 1961 dan Ordinan Darurat, Dr. Mahathir merasakan "bukan Harun yang didakwa, sebenarnya UMNO dan orang Melayu yang menghadapi perbicaraan." (Surat beliau kepada seorang Wartawan Utusan, 4 hari selepas Harun didakwa.)
Dr. Mahathir dimarahi oleh Tun Hussien Onn ketika beliau berjumpa Tun Hussien Onn secara peribadi untukmenghalang Datuk Harun dipecat daripada UMNO. Harun didapati bersalah. Pada & Februari 1981 Dr.Mahathir yang ketika itu menjawat pemangku PM (Tun Hussien Onn ke London untuk pembedahan) telahmenyembahkan rayuan pegampunan bagi Harun kepada SriPaduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Harun telahdiampunkan pada 1 Ogos 1981.
Perdana Menteri Malaysia Keempat
Langkah pertama selepas menjadi Perdana Menteri ialah membebaskan seramai 21 orang tahanan ISA. Langkah pertama ke arah demokrasi yang lebih luas. Meminta maaf secara terbuka kepada Tunku Abdul Rahman. Kali pertama dalam sejarah pentadbiran negara: Dr.Mahathir telah mencatatkan dalam kad jemputan perkahwinan anak perempuannya pada tahun 1982 supaya tetamu "jangan membawa sebarang hadiah."(Inikahpemimpin yang gila harta?)
Mahathir's List
Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah
Dasar Pandang ke Timur
Punch Card
Penerapan Nilai-nilai Islam
Kepimpinan Melalui Teladan
Buy British Last
Dasar Pandang ke Timur
Membawa masuk Saudara Anwar Ibrahim seorang yg dikatakan “pejuangIslam” masa itu ke dalam UMNO. (Apakah Mahathir akan membawa masuk beliau sekiranya Mahathir anti-Islam? Apakah Mahathir akan meletakkanbegitu ramai calon pilihanraya daripada ABIM sekiranya beliau tidak mahu Islam?)
Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British
Menghapuskan imuniti raja-raja
Menyamakan waktu Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
(Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea iniadalah dikemukakan oleh Dr. Mahathir di PersidanganPendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketikaAnwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIAtelah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkahdalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan TunHussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan AhmadShah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi PresidenKe Tiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar mengembangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil Mahafiraun oleh pembangkang.)
Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun1970-an.
Proton Saga*
Lebuh raya Timur-Barat*
Jambatan Pulau Pinang*
Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam
Jabatan Kehakiman Syriah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Penerapan kesenian Islam pada bangunan2 dan lambang2
Wawasan 2020
Putrajaya
Cyberjaya
Formula One
Sukan Komanwel
KLCC
KLIA
Menggalakkan budaya masyarakat membaca
dan banyak lagi
Inikah seorang pemimpin yang kita panggil pengkhianat bangsa?
Pemimpin yang telah menghabiskan seluruh kehidupannya untuk bangsa Melayu akhirnya dipanggil mamak bangsat, mahafiraun dan mahazalim. Siapakah yang lebih zalim?
[*Projek ini sekarang diakui telah menjana ekonomi dan industri negara ini juga telah dikutuk suatu ketika dahulu oleh pembangkang yang sama, oleh ahli ekonomi yang sama dengan tuduhan yang lebih kurang sama iaitu membazir dan akan gagal. Tuduhan dan hentaman terhadap kerajaan adalah sama seperti apa yang dibuat oleh pembangkang pada hari ini. Apakah mereka ini tidak malu melihat kritikan mereka dahulu tidak tepat?
Nota khas
Dr. Mahathir mewarisi satu masyarakat bumiputera yang malas, malu, sentimental, rendah diri, tidak terbuka,dan menjadikan tradisi serta agama sebagai pantang larang kepada penerokaan untuk maju dalam masyarakat Melayu. Lama sebelum itu beliau telah menjadi kritikal kepada sifat orang Melayu tersebut.
Tapi pemimpin-pemimpin sebelumnya tidak pernah mengambil inisiatif untuk merawat kerana enggan terlibat dengan masalah sensitif orang Melayu iaitu agama. Dr.Mahathir tidak ada pilihan kecuali memperbaikinya dengan menyerang sikap taksub, kolot dan jumud orang Melayu dengan menggunakan Hadis dan Al-Quran. Beliau tidak senang dengan sikap orang Melayu yang berserah kepada takdir dan tidak mahu mengumpul harta kerana kepercayaan harta tidak akan membawa mati. Beliau berpendapat ini tidak akan membantu survival orang Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Pada pendapatnya, "orang Islam yang hanya menyalahkan takdir sedangkan ia boleh memperbaiki nasib nasibnya ialah orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah S.W.T.. Katanya, Allah tidak memberi akal fikiran, tenaga dan pacaindera kepada manusia jika mereka hanya dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja." "Segala anggota tenaga dan akal fikiran diberi kepada mahkluk Allah untuk digunakan menyelamat dan menjayakan diri mereka. Manusia yang bermulut tetapi tidak makan dan minum akan mati. Kematiannya apabilaberlaku memang ditakdirkan tetapi jika ia makan dan minum serta hidup bertenaga, itu juga takdir.
Dr. Mahathir menjadi marah kepada guru agama dan ulama yang menegurnya kerana memberikan tafsiran agama sedangkan beliau tidak mempunyai kelayakan sekolah atau universiti agama dan tidak fasih dalam bahasa Arab. Beliau menyifatkan mereka itu sebagai angkuh dan sombong dan berkata "Allah tidak suka kepada orang yang sombong". Beliau juga mengecam guru-guru agama yang mengajar orang Islam supaya tidak bersungguh-sungguh sebagai jahil walaupun memiliki ijazah berjela-jela. Katanya"Agama Islam sepatutnya membawa kejayaan kepada umatnya tetapi ajaran yang kerap disampaikan kepada umat Islam tertumpu semata-mata kepada kebahagian akhirat dan pentafsir-pentafsir agama inilah yang telah menyebabkan masyarakat Islam mundur dan jahil."
Beliau juga mengecam doktor wanita Melayu yang merawat pesakit lelaki menggunakan pen kerana tidak mahu memegang atas alasan agama.
Komen Teja:
Dejavu zaman Pak Lah sekarang bilamana kita melihat Pak Lah seperti Tunku Abdul Rahman seronok berfoya-foya dan tidur, sementara Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya memastikan beliau menyerap masuk wawasan Malaysian Malaysia Lee Kuan Yew serta bebas melanunkan harta dan melacurkan negara kepada Singapura.
PAS terus menerus hilang tujuan dan semata ber-rethorik tentang ugama tetapi tidak pernah memperjuangkan dan memperkasakan umat Islam itu sendiri. Mereka semata2 mempergunakan label AGAMA utk politik dan parti.
Manakala PKR satu pertubuhan yg semata2 dipergunakan utk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri tanpa ada agenda Melayu atau Islam. PKR hanya sekadar melacurkan segala macam isu utk kepentingan Anwar atau gagasan Malaysian Malaysia ahli2 bukan Melayunya, termasuk menghapuskan DEB.
Ahli2 Majlis Tertinggi UMNO dari dulu sehingga sekarang memang sah mangkuk hayun. Mujur di zaman Dr Mahathir masih ada pemimpin2 Melayu seperti Tun Abdul Razak dan Datuk Harun Idris yg sayang pada bangsa. Sekarang kita ada siapa?
Orang Melayu dari dulu sampai sekarang mempunyai sifat ego, tidak boleh ditegur, malas serta tidak mahu berusaha. Jika ada masaalah langsung tidak mahu berusaha menyelesaikannya.
Inilah yg terjadi di Zaman Pak Lah Hadhari yg banyak membuat onar tetapi tiada siapa mahu membetulkannya kecuali Dr Mahathir juga. Malangnya kita orang Melayu yg suka menyerah kepada takdir dan malas berusaha bagi mengubah nasib bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment