Monday, March 10, 2008
Khairy mahu cetus rusuhan?
Monday, 10 March 2008
(Harakah) Walaupun tidak dapat disahkan kesahihannya, pesanan-pesanan mesej ringkas telah bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Walaupun sumber dalaman Umno tidak percaya Khairy berani berbuat demikian, tetapi telah bertebaran pesanan-pesanan SMS kononnya menantu Abdullah itu sedang merancang menggunakan sebuah pertubuhan bernama Pekida untuk "mengamuk" dengan menggunakan isu "Hak keistimewaan Melayu".
Sumber dalaman Umno itu menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai "khabar angin jahat".
"Khairy memang sedang berusaha untuk menyelamatkan kepimpinan bapa mertuanya di dalam Umno. Tekanan semakin hari semakin kuat supaya Pak Lah berundur. Tetapi, saya tidak fikir beliau akan guna Pekida untuk buat rusuhan," kata beliau yang juga salah seorang pemimpin Umno bahagian Titiwangsa ketika dihubungi.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai Pekida, beliau enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, beliau yang tidak menafikan keanggotaannya dalam pertubuhan itu menyatakan: "You jangan salah faham. Bukan orang Umno sahaja dalam Pekida".
Ketika diminta menyatakan adakah Khairy mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan itu dan diberikan gelaran "kekanda", beliau hanya berkata "ok, ok, banyak sangat engkau ni..." lalu terus mematikan talian.
Apakah usaha yang akan dilakukan oleh Khairy untuk menyelamatkan kedudukan bapa mertuanya tidak diketahui umum setakat ini.
Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, Khairy mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sabtu lalu.
Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:
"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi".
Mereka, kata Dr Mahathir, terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar sumber-sumber yang lain.
"Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar," katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment