Tuesday, March 11, 2008

How Rembau and Kepala Batas were won

Pada malam 8 Mac 2008, sewaktu khusyuk mengadap TV melihat keputusan PRU 12, saya mendapat panggilan talipon dari konti berita yg mengatakan Khairy telah kalah undi di Rembau sebanyak 114 undi, manakala Pak Lah hanya mendahului sebanyak 1,000 undi sahaja tetapi TV3 dan RTM 1, 2 masih tidak mahu mengumumkannya. Saya serta keluarga dan rakan2 satu Malaysia bermain sms telah bersorak sakan dan bersyukur alhamdulillah. Malangnya tak lama selepas itu, panggilan dari konti berita sekali lagi mengatakan Khairy dan Pak Lah dok suruh undi balik.

Selepas beberapa JAM kemudian, dapat pula berita dan disiarkan di TV3 dan RTM 1 Khairy Jamaluddin menang dgn 5,000, manakala Abdullah Ahmad Badawi menang dgn 11,000 undi. Diberitakan mereka menang dgn undi pos.

Dikhabarkan bahawa pusat pengiraan undi di Rembau telah mengalami electrical black out untuk beberapa ketika sewaktu pengiraan undi semula yg menyaksikan Khairy tiba2 mendapat undi entah dari mana dan seterusnya boleh menang dgn kelebihan 5,000 undi.

Begitu juga Pak Lah setelah hanya mendahului dgn 1,000 undi boleh menang setelah pengiraan semula dgn 11,000 undi.

Malang sekali Shahrizat dan Koh Tsu Koon terpaksa disiarkan segera berita kekalahan mereka tanpa menunggu beberapa jam utk pengiraan semula undi.

MP P131 dgn ini dinobatkan sebagai Postal Boy dan MP P041 pula sebagai Postal Father-In-Law of PRU 12.

No comments: