Saturday, October 18, 2008

Kuasa Yang di-Pertuan Agong pelihara hak Melayu

BERITA UTAMA


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

ARKIB : 18/10/2008

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara keistimewaan orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak sentiasa terpelihara di bawah peruntukan undang-undang negeri dan negara.

Pengamal undang-undang berpengalaman, peguam Salehuddin Saidin berkata, teras utama konsep raja berperlembagaan adalah raja-raja Melayu mempunyai fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara khususnya peranan dalam memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan dengan jelas dan meletakkan tanggungjawab serta kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.

"Peruntukan itu memberi perlindungan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu tanpa mengenepikan kepentingan sah kaum-kaum lain,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi negeri tidak beraja pula, ujar Salehuddin, undang-undang tubuh setiap negeri juga memberikan kuasa yang sama kepada raja-raja Melayu dalam melindungi hak istimewa orang Melayu.

Justeru, Salehuddin menegaskan, keistimewaan orang Melayu dan kuasa raja-raja Melayu perlu dipertahankan habis-habisan selagi orang Melayu wujud dan bertapak di negara ini.

"Perjuangan dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu ini tidak boleh dilihat sebagai perjuangan berbentuk perkauman 'racist' kerana undang-undang negara telah sedia memperuntukkan keistimewaan dan hak tersebut. Jadi kita hanya perlu mempertahankan hak tersebut.

"Orang Melayu perlu bangun mempertahankan hak yang sedia ada. Malaysia mengamalkan konsep raja berperlembagaan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Konsep ini telah dipersetujui dan diserapkan yang diguna pakai di negara ini oleh pemerintahan British ketika negara mencapai kemerdekaan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Salehuddin menyifatkan, suara-suara lantang sesetengah golongan tertentu bahkan segelintir orang Melayu yang turut sama mempersoalkan kedudukan istimewa Melayu itu sebenarnya untuk menjayakan cita-cita dan kepentingan peribadi masing-masing.

Teja:

Hak "keistimewaan" orang2 Melayu bukanlah sebenarnya satu "keistimewaan" tetapi hak ASASI pribumi di mana2 jua bila ada pertembungan pribumi vs pendatang. Hak ini haruslah dipelihara kerana menidakkannya adalah satu unsur diskriminasi terhadap pribumi itu sendiri.

2 comments:

Unknown said...

melayu penderhaka harus di pulaukan

terutama yang mendengar nasihat orang asing

untuk kepentingan politik sempit diri sendiri

azlishukri said...

melayu yang jelas merosakkan bangsanya sendiri harus disisih dan diperbetulkan.