Thursday, October 9, 2008

Muhyiddin for Timbalan Presiden UMNO!

Muhyiddin is fast becoming my hero! Hidup Muhyiddin!

Muhyiddin minta semua bahagian UMNO calonkan Najib

BACHOK: Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta bahagian UMNO seluruh negara yang bersidang mulai esok, supaya 100 peratus mencalonkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Presiden, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan parti, Mac depan.

Saranan itu yang disusuli sokongan penuh terhadap Najib untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Malah, beliau turut menggambarkan bahawa beliau hampir pasti menawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, walaupun enggan mengesahkannya secara rasmi kerana hanya akan mengumumkan esok.

"Kita bersyukur kerana Presiden sudah menyebut Najib sebagai bakal penggantinya dan kita akan memberi sokongan kepada beliau sebagai bakal Presiden dan Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan kepemimpinan dan dasar pembangunan yang dirintis Abdullah.

"Sokongan menyeluruh kepada Najib menggambarkan peralihan kuasa yang dirancang itu berjalan dengan licin, sekali gus menunjukkan kepada 3.2 juta ahli UMNO dan 27 juta rakyat Malaysia bahawa peralihan itu akan mewujudkan kekuatan baru kepemimpinan yang diketuai Najib," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Illias Husin, dekat Teratak Pulai, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang disebut-sebut akan bertanding jawatan nombor dua parti pada pemilihan depan berkata, beliau akan hanya mengumumkan secara rasmi jawatan yang ditandinginya esok selepas Najib memberi kenyataan berhubung jawatan yang bakal ditandinginya.

"Agak-agak kat mana (jawatan apa)? Saya akan buat pengumuman rasmi esok (hari ini)... nak ambil berkat Jumaat," katanya

2 comments:

PsyTroopers said...

Najib + Muhyidin + Mukhriz = Trio Mantap!

Sutera Timur said...

Bukan saja mantap malah TERBELA NASIB Rakyat Malaysia itu pun kalau semuanya peka dgn kehendak akar umbi dan sentiasa mendahulukan urusan rakyat drp urusan pribadi....jangan ulangi cerita yg sama spt sekarg ..bukalah cerita baru....ingat rakyat adalah raja atau vvip jadi tiada mereka siapalah kamu...wahai pemimpin.....