Thursday, October 9, 2008

PAS tolak Hudud




KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) - Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak menggantungkan 'banner' di sekitar Kampung Pandan Kuala Lumpur dibimbangi boleh mencetuskan kemarahan di antara kaum.

'Banner' yang tertera 'Kami Mahu Hudud Bukan Kuil' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Desa Pandan sejak semalam.

Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur hari ini kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.

Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Dr Lo'Lo' percaya perbuatan pihak berkenaan merupakan satu fitnah jahat yang berbau hasutan dan berniat untuk memburukkan nama baiknya dan juga PAS.

"Saya percaya perbuatan ini satu kesalahan jenayah di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan, seterusnya meminta pihak polis membuat siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Beliau juga difahamkan banner tersebut banyak digantung di sekitar kawasan berkenaan dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

"Kami menghubungi DBKL dan mereka juga mengesahkan banner tersebut tidak ada permit. DBKL telah menurunkan empat banner," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya. - mks. _

2 comments:

Unknown said...

"memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya"

ditujukan pada HINDRAF juga ke???

Kembara Politik said...

Hindraf dia fight untuk hak asasi...tapi Melayu mana ada hak asasi...PAS pun dah longkangkan semua hak asasi tu before pru12 lagi...