Monday, October 13, 2008

Penyelewengan Sejarah oleh Bukan-Melayu Part 1

Ni kes sengaja nak cari pasal, tarik balik gelaran Datuk tu. Nak test tahap kesabaran Melayu, inilah cara kaum2 pendatang ni. Melayu harus berani bersuara supaya tidak dipijak kepala.

Penyelewengan sejarah sedang dilakukan oleh orang2 bukan Melayu.



Ketua Wanita Gerakan tidak sensitif asal usul Melayu

BATU PAHAT: Gerakan perlu bertanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita parti itu, Datuk Tan Lian Hoe, kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan komponen Barisan Nasional (BN) dan mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun kenyataan itu mungkin bukan suara keseluruhan ahli Gerakan, pucuk pimpinan parti itu perlu sedar tindakan Tan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, Tan patut mengambil iktibar daripada kejadian lalu apabila kenyataan yang menyinggung perasaan sesuatu kaum akan mencetuskan masalah besar dalam negara.

“Sebelum ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN, semua parti komponen sudah dinasihatkan supaya mengelakkan kenyataan polemik yang boleh menjejaskan keharmonian BN atau yang menyentuh sensitiviti kaum, tetapi nampaknya ada yang tidak mahu mendengar nasihat itu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis hari raya di kediaman Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Zulkarnain Kamisan, di sini, malam kelmarin.

Tan yang juga Timbalan Menteri Penerangan ketika berucap pada satu majlis secara terbuka mengajak ahli parti itu keluar daripada bayangan Umno sambil mendakwa selama ini mereka hanya mengikut telunjuk Umno, diherdik serta dipijak pucuk pimpinan parti tunjang pemerintahan BN itu.

Tan juga mempertikaikan status penduduk asal negara ini dengan mendakwa kaum Melayu juga pendatang seperti Cina dan India, manakala penduduk asal negara ini hanya Orang Asli.

Muhyiddin berkata, pucuk pimpinan Gerakan perlu mengambil tindakan supaya isu yang ditimbulkan Tan itu tidak terus diperdebatkan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, mencabar Tan mengadakan perbahasan terbuka bagi membuktikan kebenaran bahawa orang Melayu adalah pendatang dari Sumatera, manakala penduduk asal negara ini hanya Orang Asli.

Katanya, mengikut fakta sejarah, penduduk asal negara ini memang masyarakat Melayu dan beliau meminta pihak yang membuat dakwaan itu mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka serta Sejarah Melayu.

“Gerakan cuba bermain api mempersoalkan kedudukan Melayu dan PPPIM sedia berbahas bersama mereka. Bukti yang paling nyata dapat dilihat dari segi gelaran asal negara kita iaitu Semenanjung Tanah Melayu sejak sebelum merdeka,” katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Muafakatan Melayu Kebangsaan (MMKMM) Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata penyelewengan sejarah sedang ditanam oleh orang bukan Melayu.

Beliau berkata, sejak beribu tahun lalu, Semenanjung Tanah Melayu, Selatan Siam, Sumatera, sebahagian Kemboja, Vietnam Selatan, sebahagian Pulau Kalimantan dan Jawa barat digelar Kepulauan Melayu atau gagasan alam Melayu.

“Kita tidak boleh menyamakan sejarah moden dengan sejarah Melayu lama kerana penjajah Belanda dan British membahagikan empayar serta Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya.

4 comments:

Awang Kata said...

Orang Cina di Malaysia hanya anak pungut dan bukan anak kandung. Sebab itu hak pun tidak sama. Faham kesamarataan itu faham komunis. Adalah baik mereka ini berkemas untuk balik ke negara asal mereka.Sengaja membutakan sejarah.

Unknown said...

orang melayu harus sedar akan unsur-unsur yang akan merugikan

Sutera Timur said...

Salam saudara Teja,

Kadgkala silap kerajaan juga. Bila org melayu ulas pasal hal-hal kenegaraan cepat sangat nak tuduh perkauaman atau racist tapi kalau China dan India cakap macam tak pe pula.ITULAH yg menyebabkan mereka naik muka.Cuba ambil tindakan dgn segera,jangan dah basi nanti baru nak ambil tindakan ...dah terlambat..dan rakyat pun memperlekehkan tindakan kerajaan...org Melayu sepatutnya ada kumpulan pendesak yg sentiasa peka dan bertindak segera dlm isu-isu spt ini agar apa yg ada dlm perlembagaan yg telah dipersetujui dulu tidak dijadikan bahan untuk tawar menawar.dan dipermudah ...dlm membina ..negara.........
Kepada yg buta sejarah disarankan tarik semula kewarganegaraannya mereka.....dan di suruh hantar balik kenegara asal mereka..itupun kalau negara itu hendak terima......

teja said...

Salaam,

Terimakasih kerana melayari blog saya yg tidak seadanyanya kerana kesibukan masa hehehe

Saya cuma ingin memberi iktibar dan alert signal utk isu2 yg orang Melayu harus prihatin dan berhati2 supaya tidaklah satu hari kita merempat di negara sendiri.. Sekarang pun sudah nyaris2 sehingga isu azan pun sudah berani dipertikaikan oleh bukan Islam.

Saya insaf juga dgn banyaknya blog2 bukan Melayu yg amat racists pada penduduk pribumi, malang sekali tidak banyak blog yg dibangunkan oleh orang2 Melayu mempertahankan maruah dan hak2 kita.

Ya kita tidak boleh terlalu berlembut sehingga bangsa2 pendatang pijak kepala kita.
Kita berlembut kerana berhemah, tetapi bukan Melayu suka menafsirkannya sebagai lemah.

Buku2 sejarah harus dibaca oleh generasi2 kita dan generasi2 akan datang. Ianya juga harus dipastikan dibaca oleh kaum2 bangsa pendatang.

Saya berkira sudah sampai masa sekolah2 Cina dan Tamil diserap ke dalam Sekolah Kebangsaan. Satu sekolah utk semua rakyat berbilang kaum.

Juga ahli2 politik dan mereka yg seharusnya peka utk menjaga hak2 orang Melayu tidak boleh berdiam diri dan pondan bersuara. Kita harus berani bersuara dan tiada perlu terlalu tawar menawar, serta harus ada kumpulan2 Melayu (melalui NGOs) menjadi kumpulan pendesak utk mendesak isu2 yg kita wajib perjuangkan sekiranya ahli2 politik tidak berfungsi, hilang gigi dan diikat hidung mereka.

Saya setuju, kerajaan harus berani lucutkan kerakyatan mereka2 yg belot pada negara seperti di dalam kes Hindraf et al.

Juga, sekiranya kita sanggup hukum gantung ahli2 Al Maunah, sekiranya bangsa dan agama lain buat perkara yg sama, haruslah adil memberi hukuman yg sama.