Sunday, October 12, 2008

Nasihat buat Najib

Dato' Najib harus belajar dari kesilapan Pak Lah. Dengar pesan orang2 yg lebih berpengalaman dan sayang negara.

Najib perlu pastikan tidak dikelilingi kroni dan keluarga - Tun Dr. Mahathir

MELBOURNE 12 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri, kata Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

"Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas Ahli Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara," kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne.

"Banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan," kata Dr. Tun Dr. Mahathir.

"Tetapi Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian. Beliau perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada mereka yang benar-benar layak.

"Beliau tidak sepatutnya dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga kerana ini tidak baik untuk negara."

Dr. Tun Dr. Mahathir, bagaimanapun, tidak mengenal pasti mereka yang berkenaan.

Beliau berkata Najib, timbalannya, UMNO dan rakan parti komponen perlu bekerja keras sebagai satu pasukan untuk memenangi sokongan rakyat terhadap kerajaan yang mengalami tamparan pada pilihan raya umum lepas.

"Undi yang kita hilang merupakan undi protes. Rakyat Malaysia tidak gembira dan ini diterjemahkan melalui peti undi," katanya.

Dr. Tun Dr. Mahathir berkata sebilangan rakyat berpendapat kerajaan telah menjadi angkuh dan tidak memenuhi keperluan mereka.

"Sesetengah anggota Parlimen berpendapat, sebaik sahaja dipilih dan diberikan jawatan menteri, mereka tidak perlu lagi balik ke kawasan mereka dan bercakap dengan rakyat dan mengetahui apa yang perlu dilakukan dan menjelaskan dasar- dasar kerajaan," katanya.

Dr. Tun Dr. Mahathir berkata, beliau berharap keadaan itu akan berubah di bawah kepimpinan Najib.

- Bernama

2 comments:

Kembara Politik said...

Jika ditelaah lebih mendalam lagi..nasihat Tun adalah sokongan beliau terhadap Najib!

teja said...

Ya betul. Dah lama dah.. hehehe
Najib kena pandai timing nak sahut cepat sangat bahaya.. hehehe

5 bulan pun masih banyak Ranjau Sepanjang Jalan lagi.