Monday, October 13, 2008

Khairy Jamaluddin calon Ketua Pemuda Pakatan Rakyat



Berita yg kita nantikan. Khairy nyah terus dari UMNO.

hehehe Mungkin Khairy merasakan PAS adalah parti kampungan. Apa kelas utk graduan Oxford macam Khairy jadi Ketua Pemuda PAS. Circle dia kebanyakan bukan2 Melayu macam Vincent Lim, Shebby, Jason Lo et al. Jadi kita tunggu offer lebih baik utk Khairy.. jawatan dari pemimpin idola beliau Anwar Ibrahim utk menjawat Ketua Pemuda PKR tanpa bertanding. Cikgu di Rembau tu kenalah bagi laluan ya.


KUALA LUMPUR-Selepas menjemput Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, Pemuda PAS semalam secara rasmi menghulurkan tawaran yang sama kepada Ahli Parlimen Rembau yang juga calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata tawaran tersebut dilakukan ekoran situasi yg dihadapi Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Saya melihat antara potensi yg tercicir ialah Khairy yang sukar melepasi (kouta pencalonan) apatah lagi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO."katanya ketika ditemui di lobi parlimen semalam.

Jelas Salahuddin, tawaran yang dilakukannya adalah ikhlas lebih-lebih lagi melihat potensi dan bakat Khairy dalam perjuangan khususnya bagi golongan muda.

Ujarnya PAS dan PKR sedia melupakan apa yang pernah dilakukan selama ini oleh Ahli Parlimen Rembau tersebut.

"Apa yang penting bagi saya, beliau mahukan perjuangan yang lebih besar ertinya khusus dalam konteks kesaksamaan dan masa depan negara.

"Dia boleh memberi sumbangan (kepada PR) daripada hanyut atau diketepikan oleh UMNO. Saya takut beliau menjadi mangsa kepada percaturan yang hebat dan "brutal" yang berlaku dalam UMNO,"katanya...

No comments: