Monday, October 13, 2008
Penyelewengan Sejarah oleh Bukan-Melayu - Lian Hoe part 2
Insaflah kita dari apa yang berlaku pada orang2 Melayu Singapura sehingga buku sejarah pun telah diubah mengikut kesesuaian mereka. Angkuh sungguh Gerakan dan DAP menyambung agenda PAP di Tanah Melayu.
Penyelewengan sejarah sedang dilakukan oleh orang2 bukan Melayu. Harap berwaspada!
Lian Hoe terus dibidas
Oleh ARSHAD KHAN (Utusan)
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mencerminkan tahap 'kebijaksanaan' yang agak rendah apabila meletakkan orang Melayu di negara ini sebagai pendatang dari Nusantara.
Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana Malaysia adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara itu sendiri.
"Bagaimana boleh orang Melayu dikatakan pendatang jika asal mereka adalah dalam lingkungan kawasan yang sama?
"Apa yang disebutkan adalah satu konsep yang tidak tepat daripada segi kerangka budaya ilmu dan antropologi malah termasuk juga arkeologi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."
Zainal menjelaskan, kawasan Nusantara boleh dikatakan sebagai wilayah kebudayaan Melayu yang berbeza dengan wilayah kebudayaan Cina atau India.
Justeru katanya, kenyataan Lian Hoe itu hanya menafikan fakta dan merupakan pandangan yang dangkal.
Beliau menambah, kenyataan itu juga seolah-olah mencerminkan seorang pemilik rumah itu adalah pendatang dalam rumahnya sendiri.
Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia, Professor Emeritus Abdullah Hassan pula berkata, Nusantara adalah satu daerah yang besar untuk orang Melayu.
Sempadan yang wujud dalam Nusantara katanya, adalah kesan penjajahan yang membawa kepada kelahiran negara yang memiliki sempadan.
Namun katanya, walaupun kewujudan negara itu menampakkan pengasingan, tetapi ia tetap satu daerah untuk masyarakat Melayu.
"Kita memanglah datang dari pulau-pulau berlainan tetapi kita berpindah-pindah dalam alam kita sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam turut menyelar tindakan Lian Hoe itu sebagai boleh mewujudkan suasana tegang antara kaum.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini jelas tidak boleh diterima.
"Beliau jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan individu seperti ini patut dikenakan hukuman yang lebih tegas.
"Ini kerana dengan kedudukan Timbalan Menteri Penerangan, beliau menabur api perkauman di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Gerakan perlu bertanggung jawab dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lian Hoe. Tindakan perlu diambil ke atas Lian Hoe seperti mana Ahmad Said. No double standard. Lagi elok Gerakan keluar sahaja dari BN. Suara Gerakan pun sudah tidak senada dengan rakan BN yang lain.
ada buku ditulis oleh anak saudara Yusof Ishak yg ada kena mengena dengan perihal melayu
SAUDARA TEJA,
Saya setuju dgn pandgn psytroopers.Sebenarnya itulah tujuan Parti Gerakan.Apa nak malu-malu luahkan terus terg seng,rakyat Malaysia boleh menilainya. Janganlah main silap mata.Bukan ada pengaruh pun duduk dlm BN kerana dah kalah teruk ,tapi masih nak tunjuk sombong dan bongkak.Cubalah keluar BN tengok boleh meng tak pilihanraya akan datg.Suarapun dah mengngugut macam org kena senggugut....... UMNO KENA SENTIASA IKHLAS, kalau kita ikhlas rasanya tuhan akan tetap membantu kita dgn syarat Melayu kena BERSATU .........
Ya betul psytroopers!
Kalau betul ikhlas SILA AMBIL TINDAKAN sekarang! bukan main depa bising masa
Salam Omong,
Boleh bagi tajuk buku tersebut? Saya berminat baca buku pasal sejarah melayu dan lain2 berkenaan Melayu kita generasi muda harus tahu. Sejarah adalah penting utk kita ada peta ke depan.
Sutera Timur,
Saya setuju UMNO lepas ni kena jangan berlembut sangat dgn parti2 komponen. Bukan UMNO yg tak perform tapi MCA, MIC dan Gerakan tak deliver. Patutnya kita harus boleh tekan dan naik harga lagi. Dgn nyahnya Gerakan, semua kerusi2 yg diberikan kpd parti komponen di mana majoriti adalah Melayu umpamanya di Sg Siput (MIC), Grik dan Simpang Renggam harus dipulangkan semula kpd calon UMNO.
Juga kerusi2 parlimen di kawasan majoriti Melayu harus dipulangkan kembali kepada UMNO.
UMNO kena asah taring dan kuku utk PRU 13.
Post a Comment