Tuesday, June 24, 2008

Sultan Johor vs DAP kurang ajar

DAP makin hari makin kurang ajar. Bagus Sultan Johor berani buat tindakan terus. Jangan bagi muka langsung! Sultan Selangor juga harus buat begini untuk mengajar Teresa Kok/DAP dan puak2 PAS dan PKR yang amat kurang ajar. Daulat Tuanku! Begitu juga Yang Dipertua Pulau Pinang. Janganlah biarkan kaduk naik junjung.

Dari www.mykmujohor.com





Hari ini Utusan melaporkan , Tuanku Sultan Johor di dalam satu majlis Perasmian Kulai sebagai sebuah DAERAH, telah menegur secara langsung tindakan ADUN DAP Bentayan yang bertindak biadap, tidak mematuhi PROTOKOL dewan undangan negeri JOHOR.

Antara sebab utama Adun DAP Bentayan ini tidak mahu mematuhi protokol pemakaian Dewan Undangan Negeri adalah kerana tidak mahu mengenakan SONGKOK.

JIka DAP mahu orang-orang MELAYU menghormati ADAT -RESAM serta BUDAYA mereka, mengapa mereka tidak mahu menghormati ADAT_RESAM dan BUDAYA Melayu?
Adakah dengan memakai SONGKOK, ADUN DAP Bentayan ini akan menjadi ISLAM? Dangkal sungguh ADUN DAP dari MUAR ini?

Baginda SUltan dipetik sebagai berkata:

"Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju (pakaian rasmi). Kalau nak (jadi jaguh), keluar dari sini (tunjukkan diri) sekarang,"
titah baginda semasa merasmikan pengisytiharan Daerah Kulai yang kini dikenali sebagai Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Tuanku Sultan menyifatkan tindakan Adun DAP itu hanya mahu menunjuk-nunjuk, UNTUK menjadi JAGUH!

Daulat Tuanku!

Utusan
Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan (DAP), Gwee Tong Hiang diarah meninggalkan dewan kerana tidak memakai pakaian seragam rasmi pada majlis perasmian pembukaan DUN Johor hari ini.





Arahan dikeluarkan oleh Speaker DUN, Datuk Mohamad Ali Hassan pada pukul 9.45 pagi sebelum acara perasmian disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail. -

Penulis merasakan Adun DAP (Gwee Tong Hiang) ini mungkin merasakan dengan kemenangan merebut kerusi DUN Bentayan maka beliau berasa boleh melakukan sesuka hati tampa memahami tatasusila dan peradapan ketika menghadiri majlis rasmi, kemungkinan juga wakil rakyat ini cuba untuk mencabar ketetapan peradapan ketika menghadiri majlis rasmi yang dirasmikan oleh Sultan Johor. Adakah ini pendekatan yang akan di ambil dan dilaksanakan oleh kebanyakan wakil-wakil rakyat dari pembangkang, nilai-nilai ketimuran dan sifat-sifat menghormati majlis rasmi telah di abaikan dan di cemari.

1 comment:

Awang Kata said...

Dia orang ingat ini negara apa...tak ada peraturan dan undang-undang.Kalau dah songkok pun nak dinafikan sebagai pakaian kebangsaan bermakna raja pun nak dinafikan. Kerana raja itu Melayu dan berbudaya Melayu.Walau kamu bukan Melayu tetapi kamu tertakluk dengan peraturan Melayu dan di bawah naungan raja Melayu dan rakyat Melayu.