Tuesday, June 10, 2008

Pak Lah dan kitchen kabinet bila nak letak jawatan?

Cukup hebat cara orang Korea ni menjaga rakyat dan maruah mereka. Malang sungguh rakyat Malaysia amat penakut dan kabinet Dollah tak ada maruah.


Kabinet Korea Selatan letak jawatan
10/06/2008 4:45pm

SEOUL 10 Jun – Seluruh Kabinet Korea Selatan menawarkan peletakan jawatan hari ini berikutan protes sejak beberapa minggu lalu terhadap rancangan untuk membuka semula pasaran kepada import daging lembu Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Han Seung-soo dan menteri lain menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Presiden Lee Myung-bak, menurut kenyataan istana Presiden, Blue House dan pejabat Perdana Menteri.

Para menteri menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan kepada Seung-soo semasa mesyuarat mingguan awal hari ini, kata jurucakap Blue House, Lee Dong-kwan.

Beliau enggan menyatakan sama ada Presiden akan menerima peletakan jawatan mereka itu.

Lapan setiausaha kanan Presiden telah pun menyerahkan surat peletakan jawatan minggu lalu sebagai mengambil tanggungjawab terhadap isu daging lembu itu tetapi Myung-bak belum memutuskan sama ada hendak menerimanya.

Seoul pada April lalu bersetuju menarik balik hampir semua sekatan kuarantin yang dikenakan ke atas daging import AS kerana kebimbangan mengenai penyakit lembu gila.

Keputusan itu mencetuskan protes berminggu-minggu daripada rakyat yang menganggap kerajaan kurang prihatin dalam menjaga keselamatan mereka.

Puluhan ribu penduduk melancarkan protes hampir setiap hari sejak sebulan lalu untuk menuntut kerajaan membatalkan atau merundingkan semula perjanjian import daging lembu dengan AS. – AP

No comments: