Thursday, July 10, 2008

Selamat Hari Lahir utk Negarawan Kita



Buat yg dikasehi Ayahanda Tun Dr. Mahathir dan Tun. Dr. Siti Hasmah berdua, TERIMAKASIH atas semua jasa dan pengorbanan utk anak bangsa, rakyat Malaysia, negara tercinta, juga ummah Islam dan mereka2 yg tertindas di dunia. Hanya Allah yg dapat membalasnya.

Selamat Hari Lahir Tun Dr. Mahathir pada 10 hb Julai (1925) yg ke 83 tahun dan Tun Dr. Siti Hasmah pada 12 Julai (1926)yg ke 82 tahun.

Lagenda
(Sheila Majid) –dgn sedikit revisi

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di persada politik
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar
Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada negara
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang tak mungkin berganti
Kerana kau tersendiri

Kau kebanggaan kita
Kau negarawan bangsa
Engkau lagenda..



Warisan
(Sudirman)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Terimakasih di atas segala2nya dan kerana menjadikan kami rakyat dan negara Malaysia dewasa, bermaruah dan dapat menebarkan sayap di persada dunia.

Hanya Allah dapat membalas jasa Tun berdua.
Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Amin.

3 comments:

Pesanan Keramat said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

Zailan said...

Selamat Hari Lahir Ayahnda Tun,

Semoga ayahnda Tun sihat sejahtera hendaknya.

http://www.suaragenerasimuda.com

teja said...

8hb Oktober bila Pak Lah mengumumkan akan letak jawatan adalah hari yg paling indah dan membahagiakan buat semua rakyat Malaysia terutama akar umbi UMNO.

Sekiranya boleh dipercepatkan lagi dari Mac 2009 ke Disember 2008 adalah lebih baik. Semoga Allah melembutkan hati Pak Lah utk meletakkan jawatan pada bulan Disember ini.

Hadiah paling berharga utk kita semua!

Amin.