Monday, July 7, 2008

Dollah- Khairy- Anwar's game plan utk kuburkan Najib

Mungkinkah Pak Lah, Khairy dan Anwar menjadi dalang2 tersebut? Kerana sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri, berkuburlah karier politik Khairy dan Anwar.


Dr. M: Ada usaha bersepadu jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 7 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelbagai tuduhan liar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan terdapat usaha bersepadu untuk menjatuhkannya dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui punca di sebalik komplot terhadap Timbalan Perdana Menteri itu tetapi percaya terdapat beberapa pihak terlibat.

''Bukan sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi dan lain- lain.

''Tentu ada dalang di sebalik keadaan sebegini yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib. Terdapat usaha bersepadu menentang Najib. Saya tidak tahu kenapa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.

Ditanya mengapa Anwar membuat 'serangan' terhadap Najib, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau tidak mengetahui puncanya.

''Saya tidak tahu kenapa beliau (Anwar) menentang Najib. Setahu saya, Najib tidak melaporkan tingkah lakunya (Anwar), tetapi beliau telah menyerang Najib.

''Mungkin dia berasa Najib menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri," kata Dr. Mahathir.

Mengenai kemungkinan Anwar menyertai UMNO, Dr. Mahathir menolaknya sambil menyatakan Anwar tidak mungkin berbuat demikian.

Ditanya sama ada Najib patut membersihkan namanya yang dicemari pelbagai persepsi negatif, Dr. Mahathir berkata: ''Tuduhan terhadap beliau adalah desas-desus semata-mata. Tiada bukti. Dia hanya bercakap dia membuat ini dan itu. Orang lain kata ini dan itu. Tetapi anda perlu memberikan bukti. Bukan hanya kata saya dengar orang lain cerita dan anggapnya sebagai bukti. Itu bukan bukti," katanya.

No comments: