Showing posts with label Pak Lah pengkhianat negara. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah pengkhianat negara. Show all posts

Friday, May 23, 2008

Dollah GADAIKAN Pulau Batu Putih pada Singapura

Pulau Batu Putih milik Singapura

23/05/2008 6:01pm



THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan

Thursday, May 22, 2008

Dollah GADAI Pulau Batu Putih dan Maruah Malaysia pada Singapura

Dollah dengan tiada malunya telah kowtim menggadaikan aset negara yakni Pulau Batu Putih dan yg lebih penting lagi maruah negara kepada Singapura. Dollah telah memberi hint dengan kenyataan beliau seperti telah memberi some territories kepada Singapura...kerana telah mengumumkan akan "menubuhkan jawatankuasa bersama" .. dan Rais pula implied kita mungkin tidak menang kesemua 3 pulau... Dollah macam dah lama kowtim dgn Singpork..

Sejak bila pula kebodohan tahap cipan membawa agenda perkongsian daerah?? Sekiranya Singapura dulupun hak Malaysia dan rumah api hanya diselenggarakan oleh British dan diturunkan pula kepada Singapura, bagaimana kes boleh menjadi sehingga Singapura ada kuasa "claim" ke atas pulau-pulau tersebut?

Sekiranya ini ditangani oleh Tun Dr Mahathir, Sultan Johor dan rakyat Malaysia tidak mungkin risau. Kerana kita tahu kebodohan Dollah dan keseronokan beliau berdamba dengan Singapura dan ditepuk-tepuk belakangnya, ditambah dengan penasihat-penasihat pro Singapura seperti Khairy Jamaluddin, Vincent Lim dan sebagainya, Dollah mungkin tidak tahu menahu apa yang telah digadaikannya kecuali seronok nak tunjuk baik dengan Singapura. Badut sarkas betul manusia bernama Dollah ini.

Rasanya dah lama Dollah gadaikan WPI Johor dan Pulau Batu Putih KEPADA SINGAPORK! Berapa billion agaknya dah masuk poket keluarga Dollah? Tak dapat jual pasir Johor, buat WPI, dan kemudian gadaikan pulau-pulau di Johor kepada Singapura pula.


Batu Putih: Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa bersama

KUALA LUMPUR 21 Mei – Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama bagi menangani apa sahaja isu yang berbangkit ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa itu akan memastikan kepentingan bersama Malaysia dan Singapura seperti rumah api dan kawasan penangkapan ikan akan dirumus, diurus dan ditadbir mengikut lunas-lunas pentadbiran antarabangsa tanpa mengira pihak mana yang menang.

‘‘Sebagai contoh, sekiranya Malaysia menang, rumah api di pulau itu perlu ditentukan statusnya tentang siapa yang berhak menjaganya atau apakah kita akan benarkan Singapura uruskannya.

‘‘Begitu juga dengan kawasan penangkapan di pulau-pulau itu, siapa yang akan mengawasinya. Ini adalah antara yang kita lihat penting untuk ditangani.

‘‘Jadi jawatankuasa ini mustahak peranannya dan Perdana Menteri bersetuju supaya Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Rais menyampaikan taklimat mengenai kes Pulau Batu Putih yang akan diumumkan keputusannya Jumaat ini kepada anggota-anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang di bangunan Parlimen sewaktu sesi rehat tengah hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut hadir.

Jumaat ini, ICJ akan menentukan keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, Rais berkata, Perdana Menteri sendiri merasakan bahawa moral untuk mendapat keputusan yang baik ada di sisi Malaysia.

Menurut Rais, ada kemungkinan ketiga-tiga pulau berkenaan diputuskan oleh ICJ bukan secara mutlak milik mana-mana negara.

‘‘Maksudnya, boleh jadi juga daripada tiga pulau yang dituntut itu dua milik Malaysia, satu milik Singapura atau sebaliknya dengan ketiga-tiganya bukan milik kita atau Singapura,” katanya.