Wednesday, September 17, 2008

Selamat Menyambut Nuzul Qur'an

Ramadhan Al-Mubarak serta selamat menyambut Nuzul Qur'an yang penuh rahmat.

Hari ini Pak Lah dan menantunya menghilangkan seri pada rakyat yang sedang cuba menyambut hari yg penuh rahmah Nuzul Qur'an di mana umat manusia mendapat petunjuk dengan diturunkan kitab suci panduan Al-Qur'an Nur Kareem. Pak Lah nampaknya degil tegar ya amat masih cuba menegakkan kuasanya dengan reshuffling cabinet dengan mengambil portfolio Menteri Pertahanan dari Dato' Najib "with immediate effect". Apa takutkah Pak Lah Dato' Najib akan melakukan coup de etat? Portfolio Menteri Kewangan pula diberikan pada Najib dgn kata2 sindiran jawatan Dato' Najib depends on his performance. Kita tahu ekonomi sekarang tengah kucar kacir dan inilah cara Pak Lah akan tendang Dato' Najib dari jawatan No. 2.

Pada hari ini juga menantunya Beruk Hitam mengisythiharkan ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda. Double jeopardy untuk akar umbi UMNO, BN dan Malaysia.

Masih tidak fahamkah kedua beranak ini betapa mereka menjahanamkan UMNO dan BN?
Bagaimana mereka masih bermuka tembok sedang sekelian rakyat mahu mereka dinyahkan dari tampuk negara. Malaysia berada di dalam ketidak-tentuan dan kekucar-kaciran ini kerana dua beranak ini dan mereka masih degil mahu melekat pada tampuk pemerinthan UMNO.

Di malam dan hari yang penuh rahmah ini bersama kita berdoakan semoga Allah bukakan hati Pak Lah dan diberi panduan kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib Tun Razak sebelum Disember 2008.

Semoga akar umbi UMNO tidak mencalonkan Pak Lah dan Beruk Hitam di peringkat bahagian yang akan bersidang dari Oktober ke November ini.

AMIN.




NUZUL al- Quran Dan Lailatul Qadar


Sirah
Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

No comments: