Sunday, June 8, 2008
Sejarah Perjanjian Pangkor Berulang?
By taminsari Sabtu, June 07 @ www.mykmu.net
Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.
Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.
Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan.
Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama. Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua?
Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.
Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.
Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.
Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).
Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar. Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.
Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :
1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4 ) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP.
Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang.
Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka.
Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat. Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“.
Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?
Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf?
Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.
Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk.
Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?
Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP? Di pulau Pinang banyak status tanah telah ditukarkan kepada " freehold ", di Perak dan Selangor pula bila agaknya?
Selepas ini apa lagi. Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka.
Inilah yg berlaku sekarang. Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tepuk dada tanya selera. Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapannya.

Friday, June 6, 2008
Petition - Vote of No Confidence for Dollah
Petition to get Malaysian Prime Minister to STEP DOWN - Vote of "No Confidence" in Parliament.
To: Malaysian Citizens
This petition is to show and agree that the CURRENT Malaysian Government under the leadership of Yang Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, has failed in providing a satisfactory performance in terms of controlling the PRICE HIKE which includes, FUEL (Petrol & Diesel), Electricity, Rice and other consumer GOODS.
Therefore, this PETITION is to notify that, the current Government is NOT needed and we as the voices of Rakyat is requesting our Yang Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, to step down from the post of Prime Minister of Malaysia effective immediately. This is to allow a more capable and effective leader to take over the position as the Prime Minister.
Date of petition started 5th June 2008.
Sincerely,
http://www.PetitionOnline.com/PakLah/petition.html

Wednesday, June 4, 2008
Jambatan yang dibina Pak Lah
Pak Lah tidak teragak-agak membatalkan jambatan bengkok. Jambatan sebenar yang Pak Lah hendak bina sekarang sudah hampir terlaksana, jambatan emas buat Anwar masuk balik UMNO sudah tersedia. Pak Lah mengharapkan sokongan pengikut-pengikut Anwar dan menyenangkan laluan menantu beliau Khairy Jamaluddin naik tahta di dalam UMNO. Anwar akan digunakan untuk me'neutralize'kan Datuk Najib yang selama ini menjadi halangan buat Dollah dan menantunya.
Inilah dikatakan "win-win situation" atau "We released you, you owe us one".
Anwar diramal masuk UMNO?
KUALA LUMPUR 3 Jun - Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.
Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.
Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.
Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.
Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.
''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.
''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.
Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.
''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

Tuesday, June 3, 2008
Rais Curiga Ezam
Siapakah puak yang satu lagi itu? Adakah Dollah dan Khairy Beruk Hitam? Kerana ingin menggunakan pengaruh PKR masuk ke dalam UMNO bagi membesarkan platform mereka kerana akar umbi sebenar UMNO tidak langsung percaya kepada Dollah dan Menantu anak beranak dan ingin menolak mereka dari teraju pemerintahan? Dollah dan Khairy dalang membawa Ezam bagi membina jambatan untuk Anwar kembali ke UMNO bagi menolong mereka memanjangkan tahta. Akar umbi melihat Dollah dan Khairy adalah dalang PKR di dalam UMNO, selain Zahid Hamidi serta Zaid Ibrahim.
'Curiga alasan Ezam'
PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.
''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT).
''Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Mohamad Ezam.
''Ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli S46 dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Monday, June 2, 2008
Pengakuan Ezam - Pak Lah dan Khairy bina jambatan utk Ezam dan Anwar masuk UMNO semula
Yang kita dapat simpulkan dari pengakuan Ezam ini adalah:
1. Pak Lah dan Khairy yang membebaskan Anwar.
2. Pak Lah dan Khairy yang membina jambatan bagi Anwar masuk semula ke dalam UMNO.
3. Pak Lah dan Khairy akan menggunakan platform Anwar untuk membina dinasti mereka di dalam UMNO cap Dollah.
4. Anwar digunakan bagi menolak Datuk Najib dari jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
4. Cita-cita Khairy hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya:
a. Datuk Najib dan pengaruhnya telah dapat dineutralizekan dengan walaupun membawa semula Anwar dan kuncu-kuncunya ke dalam UMNO.
b. Anwar telah dipegang supaya memberi laluan kepada Khairy untuk menjadi Perdana Menteri.
5. Pak Lah dan Khairy sanggup menjahanamkan UMNO dan BN di PRU 12 dan 13 semata-mata untuk membesarkan dan meneruskan Empayar dan Dinasti Badawi.
6. Pak lah dan Khairy sanggup bersengkongkol dengan Anwar dan PKR semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka.
Inikah Presiden UMNO yang MT mahu kekalkan?? Akar umbi telah menolak beliau, hanya ahli-ahli MT UMNO mangkuk hayun sanggup menjual UMNO bagi kepentingan sendiri dan terus menyokong Dollah!
SEDARlah dan bangunlah dari tidur dan mimpi-mimpi anda.
Pengakuan Ezam Mohd Nor
Jun 1, 08 11:25am
Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan UMNO.
Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.
Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin UMNO sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.
Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke UMNO, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk UMNO.
Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Tun Dr. Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Tun Dr. Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke UMNO.
Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin UMNO. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar UMNO. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.
Dalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.
Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (UMNO) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.
Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (UMNO) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.
Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (UMNO) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.
Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (UMNO) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.
Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk UMNO tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin UMNO yang lain yang dekat dengan perdana menteri.
Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.
Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.
Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.
Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Tun Dr. Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).
Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".
Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.
Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.
Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.
Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk UMNO) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.
Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.
Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam UMNO dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke UMNO dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.
Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.
Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam UMNO untuk saya kembali kepada UMNO. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.
Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan UMNO minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.
Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk UMNO. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk UMNO, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar
Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam UMNO.
Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk UMNO. Itu keseluruhan prosesnya.
Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam UMNO. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.
-Malaysiakini

Sunday, June 1, 2008
Beruk Hitam nak menang Ketua Pemuda secara PONDAN
Anjing-anjing Dollah dan Beruk Hitam sibuk menyalak supaya tuan depa dapat menang secara mudah atau menang tanpa bertanding - kedua-dua jalan pun secara PONDAN, sekiranya Dollah dan gang dapat menyingkirkan Mukhriz dari pertandingan Ketua Pemuda di PAU 2008.
Usaha singkir pengaruh Dr M
Abdul Rahim Sabri | Jun 1, 08 8:11am
Pemuda UMNO bahagian Jerlun tidak puas hati sekiranya exco pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dikenakan tindakan displin kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan UMNO secara terbuka.
"Bila bersuara kena mengadap lembaga displin. Di mana ketelusan dalam UMNO," katanya Setiausahanya, Amran Ali ketika dihubungi Malaysiakini.
Amran berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Panel Rayuan Lembaga Displin UMNO, Tan Sri Zuki Kamaluddin bahawa pemimpin UMNO yang dihadapkan ke lembaga displin dan jika didapati bersalah, menghadapi risiko, termasuk terlepas peluang bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.
Akhbar Utusan Malaysia memetik Zuki sebagai berkata, sekiranya digantung keahlian kira-kira satu tahun atau dua tahun, maka hilanglah hak untuk bertanding.
Menurut laporan akhbar itu, seorang menteri dan dua orang ahli parlimen akan dihadapkan ke Lembaga Displin UMNO.
Selain Mukhriz, yang lainnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Mengulas lanjut mengenainya, Amran berkata, jika setiap komplen dikena tindakan displin, ia menunjukkan seolah-olah tidak ada demokrasi dalam UMNO.
Sebaliknya, kata beliau, Zaid harus menghormati Mukhriz dan Tajuddin kerana mereka dipilih oleh rakyat.
Pilihan rakyat
"(Datuk) Zaid duduk atas ikhsan perdana menteri, jangan pertikaikan kedudukan Datuk Mukhriz dan Datuk Tajuddin yang dipilih oleh rakyat," katanya
Menurutnya lagi, banyak perbezaan antara ahli UMNO yang dipilih oleh rakyat dan ahli UMNO yang dipilih oleh perdana menteri.
Amran berkata, jika lembaga disiplin menggantung Mukhriz, usaha anak mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad merebut jawatan ketua pemuda akan gagal.
Beliau berpendapat sekiranya terjadi pergantungan maka ia adalah strategi untuk menyekat Mukhriz daripada bertanding.
Sementara itu, Amran juga menafikan tuduhan bahawa Mukhriz tidak menggunakan saluran yang betul untuk menegur kepimpinan Abdullah.
"Dia (Mukhriz) guna saluran betul, tetapi tidak ada tindakan susulan. Kritikan dia berpunca daripada surat beliau yang tak diendah, menyebabkan dia mengkritik secara terbuka," katanya.
Bagaimanapun, Amran berkata, lembaga displin UMNO mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz dengan syarat mengambil pandangan daripada akar umbi.
Tindakan pada Mokhzani
Sekalipun Mukriz digantung, kata Amran, rakyat masih lagi yakin bahawa ahli Parlimen Jerlun itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Amran juga tidak menolak kemungkinan terdapat ada usaha untuk menyingkirkan pengaruh Dr Tun Dr. Mahathir dalam kerajaan.
Ini kerana, selain Mukhriz, adiknya Datuk Mokhzani turut diminta melepaskan jawatan sebagai pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Saya difahamkan jawatan sekarang (Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang) dilantik oleh Kementerian Kewangan dan Khazanah," jelasnya.
Oleh itu, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak ada kena mengena dalam soal ini.
Mokhzani dilantik sebagai pengerusi SIC bagi menggantikan Tan Sri Basir Ismail pada tahun 2003.
Semalam, Ismail meminta Mokhzani melepaskan jawatan pengerusi SIC ekoran daripada pengumuman keluar dari UMNO pada 21 Mei lau.
--Malaysiakini

Anjing-anjing Dollah Menyalak Sakan
Menteri Belia dan Sukan tidak wajar membuka mulutnya semata-mata nak menyalak untuk Dollah. Dollah o' Dollah, bila nak blah??? Tak habis-habis lagi dok gila kuasa.. Rakyat dah suruh berundur, berundurlah!
So Ismail Sabri while you are at it, please ask Khairy Jamaluddin to quit FAM too.. coz politicians have no business in the management of Sports in this country.
From http://www.rockybru.blogspot.com/
Saturday, May 31, 2008
The SICk Duo and the real reasons why Mokhzani must quit
The SIC belongs to UMNO now? That's what Azalina Othman and Ismail Sabri Yaakob, our two ministers from UMNO, seem to be saying. They said since Mokhzani has quit UMNO, he should also quit the Sepang International Circuit!
Blogger Apanama disagrees with the "SIC-k Duo". He said the SIC is not a subsidiary of UMNO and belongs to the Rakyat.
Read his full posting h e r e. Rizal Hashim also posted on this subject earlier, here.
RM100 million annual budget, night races, and a new multi-million USD contract.
In reality, Azalina and Ismail's demand that Mokhzani quits SIC has little to do with their loyalty to UMNO.
The SIC is a gold mine that's about to get a lot bigger. Mokhzani has been running the F1 races and the Grand Prixs on a budget of approximately RM100 million a year. Now, under the new contract that will come into effect in 2011 and stretches till 2015 with Bernie Ecclestone, the F1 boss, that budget is about to get a whole lot bigger.
There's more. Under that new contract, the SIC must get the Sepang Circuit ready with night facilities for night races by 2011. Naturally, you need big, big bucks to install those night facilities, ladies and gentlemen.
According to Utusan Malaysia, the contract for lighting the track alone is worth about RM40 million. I have been told it could go up to as much as US$20 million.
And that's lighting for the tracks only, mind you!
For quite a while now, a group of young guns closely linked to some UMNO higher-ups has been eyeing the pie. But Mokhzani is there and he has submitted a proposal some time ago to the Youth and Sports Ministry (minister is Ismail, former minister is Azalina, get the connection?) to install the lightings by next year.
And then Mokhzani decided to quit UMNO. How opportune! So last week, Mokhzani was told (by Khazanah, if I'm not mistaken) that his proposal to install the lighting by next year needs to be revised. Which means, sayonara. Which also means that someone else will be getting the project, thank you very much.
I have a feeling Azalina and Ismail know more than they are telling the reporters when they called for Mokhzani to quit as SIC chairman. But even if they didn't, we come back to Apanama's assertion: these UMNO ministers should stop behaving as if SIC belongs to UMNO!
Mokhzani didesak undur Pengerusi SIC
PUTRAJAYA: Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir yang keluar daripada UMNO baru-baru ini perlu melepaskan semua jawatannya yang sebelum ini diberikan kepadanya oleh kerajaan bagi mengelak mencetuskan masalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
[b]Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata adalah tidak adil untuk Mokhzani terus memegang jawatan yang diberikan kerajaan kerana beliau jelas menyuarakan rasa tidak percaya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.
“Saya mencadangkan beliau menarik diri daripada menjadi Pengerusi SIC (Sepang International Circuit) dan sebagainya, kerana ini adalah jawatan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.
“Secara prinsipnya, kalau beliau tidak yakin dengan Pak Lah selaku Perdana Menteri, jawatan yang dilantik oleh kerajaan pun dia tidak boleh pegang,” katanya selepas mesyuarat pasca Kabinet kemen-teriannya di sini, semalam.[/b]
Mokhzani yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO, bertindak keluar daripada UMNO beberapa hari selepas bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak demikian kerana mendakwa tidak lagi yakin terhadap kepemimpinan Abdullah.
Sebelum itu, timbul rasa kurang senang daripada SIC apabila Ismail Sabri yang dijadualkan menghadiri pelancaran Super GT Malaysia 2008 di aras bawah menara KBS, tidak menghadiri acara itu dan tempat beliau digantikan Pengerusi Suruhanjaya Permotoran Malaysia, Datuk Azman Yahaya.
Ismail Sabri turut menyatakan, atas alasan sama, Tun Dr. Mahathir perlu turut melepaskan semua jawatannya yang diberikan kepadanya oleh kerajaan seperti Penasihat untuk Petronas, Proton dan sebagainya.
“Ini yang dikatakan prinsip. Tidak perlu kita terus memegang jawatan yang diberikan andai kita tidak setuju dengan seseorang itu,” katanya.
Mengulas lanjut tindakannya `memulaukan’ acara yang dihadiri Mokhzani itu, Ismail Sabri berkata, beliau merasakan tidak perlu untuknya mempunyai apa-apa hubungan dengan anak bekas Perdana Menteri itu.
[b]“Saya adalah menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri. Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah selaku Perdana Menteri. Ia juga bermakna dia juga tidak yakin dengan saya yang dilantik oleh Perdana Menteri,” katanya.[/b]
Mengulas gesaan Ismail Sabri itu, Mokhzani, berkata sehingga kini beliau masih menjalankan tugas selaku Pengerusi SIC kerana tidak menerima sebarang arahan daripada Perdana Menteri mengenai kedudukannya.
“Sebaik saja dilantik mengetuai SIC, saya sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatan tetapi ia tidak mempunyai tarikh berkuat kuasa. Ia memang menjadi cara saya dan kini terserah kepada Perdana Menteri menentukan tarikh itu.
“Malah, lembaga MAHB (Malaysian Airport Holding Berhad) dan SIC tidak memberikan sebarang arahan mengenai perkara ini. Namun jika Perdana Menteri mengarahkan saya melepaskan jawatan, saya sedia,” katanya.
Bagaimanapun, beliau agak kecewa apabila isu berkaitan dengan sukan, turut dipolitikkan namun akan akur dengan semua keputusan yang bakal ditentukan Abdullah kelak.

Subscribe to:
Posts (Atom)