Showing posts with label Pak Lah dan Khairy dalang PKR dalam UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah dan Khairy dalang PKR dalam UMNO. Show all posts

Saturday, June 14, 2008

Pak Lah tunggu alih-kuasa kpd Anwar?

Nihaz Mohd Yusoff: ABDULLAH-ANWAR SALING MEMBANTU?
Saturday, June 14 @ www.mykmu.net



Mesyuarat MT UMNO di Shah Alam pada 5-6 Jun lepas membawa keputusan yang sudah pun dijangka oleh rakyat jelata iaitu hanya tiupan harapan kosong dan tergantung. MT tidak mampu menerangkan kegelapan di sepanjang terowong jauh sekali di hujungnya.

Sekadar untuk menyedapkan hati, rakyat dikhabarkan bahawa ada juga keputusan positif yang dicapai dari mesyuarat MT tersebut. Namun, untuk pengetahuan para MT, walaupun sesuatu keputusan itu positif, tetapi tindakan atau perlaksanaannya mengambil masa yang panjang atau tiada tarikh tetap, adalah sebenarnya negatif. Samalah seperti keadilan yang tertangguh ialah sebenarnya ketidak-adilan. (Justice delayed is justice denied).

Lihat sahaja keadaan dalam negara sekarang, saban hari, ada sahaja golongan minority mempertikai itu dan ini dan mencabar itu dan ini. Saban hari juga rejim Abdullah Badawi membuat keputusan tunggang terbalik terhadap isu-isu berbangkit yang membabitkan maruah negara, kebajikan rakyat dan keharmonian kaum di Malaysia. Lalu, kisah lama yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat diungkit oleh rejim Abdullah melalui pihak yang mewakili golongan minority bagi mengalih perhatian rakyat terhadap segala kerosakan yang dilakukan oleh Abdullah. Untuk ini, mantan PM menjadi sasaran, dengan harapan semakin rakyat bencikan mantan PM, semakin rakyat sukakan PM?? Tindakan rejim Abdullah ini hanya menyebabkan rakyat semakin muak dengannya dan negara semakin bergolak.

Segala tunggang terbalik serta ungkit-mengungkit ini nampaknya akan semakin rancak dan terus berlanjutan selagi negara berPerdana Menterikan Abdullah Badawi.

Maruah negara jika digadaikan satu persatu akan menyebabkan negara dijajah semula. Kebajikan rakyat jika diabaikan terlalu lama akan menyebabkan gerak gempa diikuti dengan tsunami maut. Keharmonian kaum jika diperkotak-katikkan dan tidak ditangani dengan baik, akan menghidupkan bom jangka yang mampu memusnahkan segala-galanya.

Semua ini bukannya akan berlaku tetapi sedang berlaku dan tahap kerosakan yang berlaku setiap hari terus meningkat selagi Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri walau seminit juga lagi. Apatah lagi sehingga 2010.

Jika MT benar-benar menyangka apa jua keputusan mereka pada mesyuarat lepas sebagai positif, mereka seharusnya berfikir semula.

Melihat dari keengganan Abdullah Badawi untuk berundur, kita tidak boleh lagi menyalahkan rakyat jika mempunyai tanggapan yang amat buruk terhadapnya.

Dari kacamata rakyat, jelas kelihatan bahawa Abdullah Badawi adalah alat musuh-musuh Islam dan musuh negara untuk menaikkan wakil mereka yang ulung di Asia Tenggara iaitu Anwar Ibrahim.

Untuk itu, Abdullah terpaksa menghulur lehernya (dan MT) untuk disembelih, menahan umpat keji rakyat, hatta ‘membunuh’ dirinya (dan UMNO) untuk memastikan Anwar lah yang akan menjadi Perdana Menteri selepasnya walau dengan apa cara sekalipun samada dari dalam atau luar UMNO. Hanya dengan cara itu, Abdullah akan selamat setelah turun dari takhta dan segala skandal nuklear SCOMI serta Oil-for-Food akan dilupakan oleh kuasa besar barat.

Hanya dengan cara itu juga, segala skandal dalaman yang membabitkan Abdullah sekeluarga seperti ECM Libra, MV Agusta, Pantai Holdings dan lain-lain tidak akan diungkit oleh penggantinya iaitu Anwar Ibrahim.

Mengaku atau tidak, benar atau tidak, inilah scenario yang dilihat oleh sekalian rakyat.

Sekiranya scenario di atas benar dan jika MT menyangka Abdullah Badawi akan melakukan peralihan kuasa lambat laun, MT tidak salah. Tetapi peralihan kuasa itu bukan kepada Najib, atau Muhyiddin, atau Rais atau sesiapa sahaja yang masih bertegas mempertahankan agenda bangsa dan maruah negara. Abdullah Badawi hanya akan berhenti dan menyerahkan kuasa setelah memastikan penggantinya ialah Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya, tiada cahaya di hujung terowong. Zaman gelap Malaysia akan semakin gulita.

Masa hampir tiba bagi rakyat untuk memikirkan dengan serius tentang berjuang dengan cara sendiri tanpa mengharap apa-apa lagi dari MT mahupun pihak yang lebih tinggi.

Mungkinkah, masa depan bangsa dan negara berada di tangan kita, bukan Menteri atau Raja-raja lagi. Apapun, apabila negara sudah ‘tiada’, apakah masih ada Menteri? Atau apabila bangsa sudah tiada, apakah masih ada Raja?

Wednesday, June 4, 2008

Jambatan yang dibina Pak Lah

Pak Lah tidak teragak-agak membatalkan jambatan bengkok. Jambatan sebenar yang Pak Lah hendak bina sekarang sudah hampir terlaksana, jambatan emas buat Anwar masuk balik UMNO sudah tersedia. Pak Lah mengharapkan sokongan pengikut-pengikut Anwar dan menyenangkan laluan menantu beliau Khairy Jamaluddin naik tahta di dalam UMNO. Anwar akan digunakan untuk me'neutralize'kan Datuk Najib yang selama ini menjadi halangan buat Dollah dan menantunya.

Inilah dikatakan "win-win situation" atau "We released you, you owe us one".

Anwar diramal masuk UMNO?




KUALA LUMPUR 3 Jun - Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

Tuesday, June 3, 2008

Rais Curiga Ezam

Siapakah puak yang satu lagi itu? Adakah Dollah dan Khairy Beruk Hitam? Kerana ingin menggunakan pengaruh PKR masuk ke dalam UMNO bagi membesarkan platform mereka kerana akar umbi sebenar UMNO tidak langsung percaya kepada Dollah dan Menantu anak beranak dan ingin menolak mereka dari teraju pemerintahan? Dollah dan Khairy dalang membawa Ezam bagi membina jambatan untuk Anwar kembali ke UMNO bagi menolong mereka memanjangkan tahta. Akar umbi melihat Dollah dan Khairy adalah dalang PKR di dalam UMNO, selain Zahid Hamidi serta Zaid Ibrahim.


'Curiga alasan Ezam'

PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.

''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT).

''Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Mohamad Ezam.

''Ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli S46 dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.