Showing posts with label PAU 2008. Show all posts
Showing posts with label PAU 2008. Show all posts

Sunday, June 1, 2008

Beruk Hitam nak menang Ketua Pemuda secara PONDAN

Anjing-anjing Dollah dan Beruk Hitam sibuk menyalak supaya tuan depa dapat menang secara mudah atau menang tanpa bertanding - kedua-dua jalan pun secara PONDAN, sekiranya Dollah dan gang dapat menyingkirkan Mukhriz dari pertandingan Ketua Pemuda di PAU 2008.



Usaha singkir pengaruh Dr M
Abdul Rahim Sabri | Jun 1, 08 8:11am

Pemuda UMNO bahagian Jerlun tidak puas hati sekiranya exco pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dikenakan tindakan displin kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan UMNO secara terbuka.

"Bila bersuara kena mengadap lembaga displin. Di mana ketelusan dalam UMNO," katanya Setiausahanya, Amran Ali ketika dihubungi Malaysiakini.

Amran berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Panel Rayuan Lembaga Displin UMNO, Tan Sri Zuki Kamaluddin bahawa pemimpin UMNO yang dihadapkan ke lembaga displin dan jika didapati bersalah, menghadapi risiko, termasuk terlepas peluang bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.

Akhbar Utusan Malaysia memetik Zuki sebagai berkata, sekiranya digantung keahlian kira-kira satu tahun atau dua tahun, maka hilanglah hak untuk bertanding.

Menurut laporan akhbar itu, seorang menteri dan dua orang ahli parlimen akan dihadapkan ke Lembaga Displin UMNO.

Selain Mukhriz, yang lainnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut mengenainya, Amran berkata, jika setiap komplen dikena tindakan displin, ia menunjukkan seolah-olah tidak ada demokrasi dalam UMNO.


Sebaliknya, kata beliau, Zaid harus menghormati Mukhriz dan Tajuddin kerana mereka dipilih oleh rakyat.

Pilihan rakyat

"(Datuk) Zaid duduk atas ikhsan perdana menteri, jangan pertikaikan kedudukan Datuk Mukhriz dan Datuk Tajuddin yang dipilih oleh rakyat," katanya

Menurutnya lagi, banyak perbezaan antara ahli UMNO yang dipilih oleh rakyat dan ahli UMNO yang dipilih oleh perdana menteri.

Amran berkata, jika lembaga disiplin menggantung Mukhriz, usaha anak mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad merebut jawatan ketua pemuda akan gagal.



Beliau berpendapat sekiranya terjadi pergantungan maka ia adalah strategi untuk menyekat Mukhriz daripada bertanding.


Sementara itu, Amran juga menafikan tuduhan bahawa Mukhriz tidak menggunakan saluran yang betul untuk menegur kepimpinan Abdullah.

"Dia (Mukhriz) guna saluran betul, tetapi tidak ada tindakan susulan. Kritikan dia berpunca daripada surat beliau yang tak diendah, menyebabkan dia mengkritik secara terbuka," katanya.


Bagaimanapun, Amran berkata, lembaga displin UMNO mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz dengan syarat mengambil pandangan daripada akar umbi.

Tindakan pada Mokhzani

Sekalipun Mukriz digantung, kata Amran, rakyat masih lagi yakin bahawa ahli Parlimen Jerlun itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Amran juga tidak menolak kemungkinan terdapat ada usaha untuk menyingkirkan pengaruh Dr Tun Dr. Mahathir dalam kerajaan.

Ini kerana, selain Mukhriz, adiknya Datuk Mokhzani turut diminta melepaskan jawatan sebagai pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Saya difahamkan jawatan sekarang (Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang) dilantik oleh Kementerian Kewangan dan Khazanah," jelasnya.

Oleh itu, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak ada kena mengena dalam soal ini.

Mokhzani dilantik sebagai pengerusi SIC bagi menggantikan Tan Sri Basir Ismail pada tahun 2003.

Semalam, Ismail meminta Mokhzani melepaskan jawatan pengerusi SIC ekoran daripada pengumuman keluar dari UMNO pada 21 Mei lau.

--Malaysiakini

Saturday, April 26, 2008

Ku Li tetap bertanding Presiden Umno

Bernama
25 April 2008

KOTA BHARU -- Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan tetap menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti pada Disember walaupun berlaku peralihan kuasa.

Beliau berkata peralihan kuasa di antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dengan parti dan beliau mempunyai hak untuk bertanding sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi.

"Soal UMNO bukan kerajaan, saya cuma menawar diri kalau cukup pencalonan daripada bahagian untuk UMNO, tidak ada kena mengena dengan kerajaan... Saya hendak menawarkan diri untuk berkhidmat, jadi kalau cukup pencalonan, saya akan tawarkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 April lalu.

Abdullah bagaimanapun berkata pelan peralihan kuasa itu akan hanya dibincangkan selepas pemilihan parti.

-- BERNAMA

Monday, April 7, 2008

Pak Lah, Najib mula berkempen?

Nash Rahman | Apr 7, 08 4:07pm

Sesi jelajah jawatankuasa pengurusan parti untuk menemui UMNO bahagian dan negeri mulai Selasa ini, dibimbangi akan dijadikan gelanggang untuk berkempen bagi menghadapi pemilihan UMNO Disember depan.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa pengurusan parti yang diketuainya, akan mula turun ke bawah mulai Selasa ini bagi berjumpa dengan kepimpinan bahagian dan negeri untuk mendapat maklum balas serta memberikan penerangan mengenai amanat yang disampaikan oleh Abdullah hari ini.

Sebelum ini pun, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ke negeri-negeri lain.

Beberapa pihak yang rapat dengan UMNO berkata, berdasarkan kepada apa yang berlaku di majlis penerangan bersama Presiden UMNO yang dihadiri jentera penerangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibunegara semalam, ia lebih merupakan kempen yang diatur untuk menyelamatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden UMNO dan Najib selaku timbalannya.

Abdullah dan Najib kini berdepan dengan tekanan dari banyak pihak ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum itu, BN kembali berkuasa dengan 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat serta kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang.

UMNO sendiri hilang 31 kerusi parlimen. Ekoran itu, beberapa bahagian UMNO, termasuk Gua Musang, yang diketuai pemimpin veteran, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mendesak supaya UMNO pusat mengadakan perhimpunan agung luar biasa untuk membincangkan prestasi buruk parti dalam pilihanraya umum lalu.

Tiada peluang bertanya

Malah, Tengku Razaleigh sekali lagi menyatakan kesediaannya dicalonkan untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti pada 16 hingga 20 Disember depan.

Menurut pihak-pihak tersebut, kira-kira 1,000 orang ketua penerangan UMNO bahagian serta anggota kemas tidak diberi peluang untuk bertanya sebarang soalan selepas Abdullah menyampaikan ucapan kira-kira jam menerangkan sebab-sebab UMNO dan BN kalah teruk dalam pilihanraya tersebut.

"Beberapa mikrofon disediakan di beberapa tempat untuk membolehkan para hadirin bertanya soalan, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan," kata salah seorang pemimpin yang hadir di majlis semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja Abdullah selesai menyampaikan ucapan, ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, meminta supaya sesi soal-jawab tidak diadakan atas alasan penjelasan presiden UMNO sudah cukup jelas.

"Tan Sri Muhd Taib bertanya kepada hadiran siapa yang bersetuju sesi soal-jawab tidak diadakan, ramai yang jawab setuju.

"Kemudian beliau bertanya siapa yang tidak setuju ia dibatalkan, ramai yang jawab tidak setuju.

"Tapi beliau berkata, yang berkata bersetuju ramai dan beliau menamatkan majlis tersebut dan Datuk Seri Abdullah berjalan keluar untuk menghadiri sidang akhbar di bilik sebelah," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu pasti menimbulkan persoalan sama ada beliau tidah mahu para hadirin bertanya soalan yang mungkin dianggap mempersoalkan kepimpinan Abdullah.

Oleh itu, katanya, adalah tidak tepat apabila Muhd Taib memberitahu pemberita bahawa para hadirin yang tidak mahu majlis soal-jawab itu diadakan.

Pulihkan keyakinan

Seorang pemimpin bahagian lagi berkata, Najib juga dilaporkan oleh pihak akhbar hari ini sebagai berkata, amanat presiden semalam akan menjadi penaung kepada proses perubahan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO.

"Kalau intipati ucapan perdana menteri semalam dijadikan asas, ia dilihat lebih menjurus kepada usaha memulihkan keyakinan ahli-ahli parti kepada Abdullah.

"Apatah lagi, mesyuarat perwakilan peringkat cawangan akan diadakan pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan peringkat bahagian pula pada 9 Ogos hingga 9 November depan.

"Jelas sekali, sekarang ada masa yang paling baik untuk mereka menganjurkan majlis penerangan tersebut sebelum cawangan dan bahagian UMNO bermesyuarat," katanya.

Di samping itu, katanya, kenyataan Muhyiddin bahawa jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN, jelas menunjukkan ia satu usaha untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dan untuk meredakan kemarahan ahli-ahli UMNO di sana.

Menurutnya, ramai pihak dalam UMNO yang sependapat bahawa tindakan UMNO pusat menukar senarai calon pilihanraya yang dicadangkan oleh badan-badan perhubungan UMNO negeri menjadi salah satu punca berlaku sabotaj di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri yang dinyatakan oleh Abdullah semalam. - www.malaysiakini.com

Wednesday, March 26, 2008

The War Has Begun - Akar Umbi vs Pak Lah & MT

Finally the news all ahli2 UMNO akar umbi WANT to hear! hehe tajam tajam Mukhriz dan Syed Ali bila bersuara..

I am all for:
Najib or Ku Li to go for Presiden
Khir Toyo to run for Naib Presiden, Rafidah and Hishamuddin should go for it as well.
Mukhriz to go for Ketua Pemuda

The whole Puteri needs a major revamping instead of the cheerleading pompom girls d'Rockette dancers role they have been playing.


Pemilihan UMNO Tidak Harus Ditunda Lagi, Kata Mukhriz


Oleh Azeman Ariffin

JERLUN, 25 Mac (Bernama) -- Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditunda bagi menghormati suara para anggota UMNO untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka kehendaki, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Tun Dr. Mahathir.

Katanya pemilihan parti adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan satu proses demokrasi yang harus dilalui oleh parti.

"Saya merayu kepada kepimpinan UMNO supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.

Beliau berkata pemimpin UMNO mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota UMNO harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan UMNO negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.

Pemilihan UMNO yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan UMNO boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin UMNO tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara "gentleman".

"Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan... Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi," kata beliau.

Mukhriz berkata semua anggota parti haruslah mengutamakan keharmonian parti kerana semua tindakan mereka akan mendapat perhatian umum.

"Untuk kebaikan parti, yang penting kita mesti sedar bahawa semua tindakan kita mendapat perhatian umum dan lebih-lebih lagi jadi tradisi kepimpinan teratas lazimnya Presiden dan Timbalan Presiden adalah juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322662

Buka Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Untuk Ditandingi



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- UMNO Bahagian Cheras menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu di semua peringkat, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

Cadangan itu adalah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh UMNO Bahagian Cheras pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat di sini, Selasa malam.

Ketua UMNO bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee berkata cadangan yang akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO itu dibuat berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum baru-baru ini, di samping selaras dengan sistem demokrasi yang diamal dalam parti.

"Kalau jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, kita tidak tahu kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti. Jika ada pertandingan, kita boleh menilai kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di akar umbi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau yakin pertandingan untuk dua jawatan tertinggi itu tidak akan memecah belahkan parti, malah akan mengukuhkan perpaduan dalaman dan meningkatkan maruah mereka yang menang.

"Biar rakyat tahu UMNO amalkan demokrasi sihat, biar orang bertanding.

Pertandingan akan memberi ruang untuk ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk menterjemahkan kepimpinan sebenar dalam UMNO dan kita mahu pemimpin kita betul-betul mendapat sokongan akar umbi," katanya.

Mesyuarat itu juga meluluskan supaya sistem kuota bagi pertandingan jawatan parti yang diamalkan kini dimansuhkan dan harus kembali kepada prinsip asal iaitu mereka yang ingin bertanding boleh berbuat demikian jika mendapat dua pencalonan.

"Kalau kita ada sistem kuota, kita menidakkan orang yang ingin menawarkan diri untuk bertanding. Jika kita mansuhkan, ramai yang akan bertanding dan ahli-ahli mempunyai pilihan untuk memilih pemimpin yang mereka kehendaki," katanya.

Syed Ali berkata resolusi yang dibuat bahagian itu turut mencadangkan supaya satu Perhimpunan Agung Khas diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan kepimpinan UMNO mendengar secara jelas dan terbuka kritikan dan saranan anggota parti untuk memantapkan semula organisasi parti.

Resolusi lain yang diluluskan ialah meminta seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan UMNO supaya memelihara, mempertahan dan menghormati kedaulatan institusi Kesultanan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322670