Showing posts with label Khairy perosak UMNO. Show all posts
Showing posts with label Khairy perosak UMNO. Show all posts

Tuesday, April 8, 2008

Anjing2 Khairy Mula Menyalak Untuk Tuannya

Khairy agak senyap selepas kekalahan di PRU 12 kecuali bersuara di dalam FAM mengecam Kerajaan PAS Kedah yg telah menganugerahkan tiket2 free utk peminat2 bolasepak Kedah. Ini semata2 ingin melarikan diri dari peluru2 akar umbi UMNO dan org2 Melayu termasuk parti2 komponen yg marah kerana kehilangan 5 negeri dan 1 WP disebabkan faktor Khairy Jamaluddin yg amat dibenci akar umbi serta silap mencaturkan calon2 UMNO (memilih proksi2 beliau) dan mengundang kemarahan rakyat.

Baru2 ini bila ditanya pasal pelepasan jawatan Ketua Pemuda oleh Hishamuddin Hussein yg sudah sedia ditandingi oleh Mukhriz Mahathir serta Khir Toyo, beliau buat2 control diri kononnya biar ahli2 UMNO (Pemuda?) yg buat keputusan...hehehe seolah2 tidak berminat..sedangkan beliau sudah tentu sibuk membuat percaturan sejak 2004! seperti juga kerusi di Rembau yg telah beliau target dari 2004 utk menaiki tahta pemerintahan.. sehingga Isa Samad dikuburkan secepat mungkin di Negeri Sembilan dgn kuasa Pak Mentuanya.

Pirrahh..kita tahu si Beruk Hitam tamak kuasa ini sibuk merancang sesuatu. Sekarang telah terbukti bila anjing2 belaan beliau sudah mula menyalak untuk Tuannya. Masih ada hati ingin menyandang jawatan lebih tinggi sedangkan beliau Khairy Jamaluddin punca kekalahan UMNO dan BN di 5 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. Sudahlah tidak mahu mengaku dan meletakkan jawatan, dan dikatakan mendapat kemenangan di Rembau pun atas ehsan undi2 pos setelah kehilangan lebih 18,000 undi majoriti BN, Beruk Hitam ni masih ada hati nak naik pucuk lagi dalam UMNO sedangkan jawatan Pak Mentua sendiri pun seperti telur di hujung tanduk. Sudahlah Pak Mentua pun enggan meletakkan jawatan, anak menantu juga tidak tahu malu ingin merebut jawatan dgn laluan senang Pak Mentua. Tidak malukah kedua anak beranak ini kpd ahli2 akar umbi UMNO dan org2 Melayu?

Kedua2 barah dan nanah ini harus dibedah buang oleh UMNO, akar umbi dan orang2 Melayu. Tidak akan Malaysia aman damai dan maju (kecuali Singapura juga akan makmur) selagi kedua beranak penjual khazanah negara dan pelacur maruah negara masih cuba bergayut di dalam parti keramat kita. Mereka harus dinyah keluar secepat mungkin.

Pemuda UMNO jangan tak de telur kali ni nak bagi Khairy menang tanpa bertanding. Sekiranya Pemuda masih kecut telur, jahanamlah negara menjadi jajahan Singapura.
Mukhriz dan Khir adalah pilihan tepat dan gandingan terbaik utk Pemuda. Kedua mereka juga tidak mungkin boleh dibeli seperti Norza Katik dan kawan2nya utk memberi laluan mudah kepada anak menanatu Dollah Badawi ini.

Kita tunggu pula salakan2 dari anjing2 belaan Khairy seterusnya. Akar umbi ingin tahu juga siapakah anjing2 belaan Khairy ini..supaya senang akar umbi membuat percaturan di PAU 2008.


Khairy paling layak isi jawatan Ketua Pemuda UMNO: Jamlus


SEREMBAN: Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jamlus Aziz berkata calon yang paling layak mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini sudah semestinya kerana mengikut proses haraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan, calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy.

"Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana kita sudah gilap beliau untuk memimpin Pemuda UMNO selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan.



"Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda UMNO serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lalu apabila Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali,” katanya di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Jamlus berkata, walaupun terpaksa menerima banyak kritikan pelbagai pihak, Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin.

"Saya akan meminta Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda UMNO negeri lain memberikan sokongan kepada Khairy,” katanya.

Jumaat lalu, Khairy menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Setakat ini, dua orang mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu iaitu Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Tun Dr. Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. - Bernama

Tuesday, April 1, 2008

Forum UMNO Pasca Pilihanraya ke 12

dari mstar

Najib bukan lagi calon PM terbaik, kata Dr M
01-04-2008 04:52:43 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Tun Dr. Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Tun Dr. Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) UMNO sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Tun Dr. Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Tun Dr. Mahathir berkata UMNO perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.

Selain itu, Dr Tun Dr. Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan UMNO juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah. Kesannya, ramai jaguh UMNO disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan UMNO bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.

"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Tun Dr. Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli UMNO mesti memastikan ia tidak di manipulasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli UMNO mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang UMNO. Tidak guna kita cakap sayang UMNO tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam UMNO bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini.

Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Tun Dr. Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin UMNO begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.

Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Tun Dr. Mahathir) dipecat daripada UMNO.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan UMNO Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi.

Monday, March 10, 2008

Najib Must Step Forward NOW

Monday, 10 March 2008
By Little Bird

This is the consensus opinion among ALL UMNO members except Khairy Jamaluddin. Khairy is now frantic. He is using all means at his disposal (money and threats) to stem what appears to be an unstoppable rumbling in UMNO to get Badawi to leave. Many interesting scenarios are being discussed.

There is strong undercurrent in UMNO Johor to move for a vote of no confidence in Badawi. Mukhriz Mahathir is supposed to make a Press Statement that Pemuda UMNO Kedah or something has no more confidence in Badawi and wants him to step down. Many UMNO boys have started gathering around Najib Tun Razak. The widespread feeling in UMNO is if Najib takes just one step forward and says Badawi must resign, almost the entire UMNO party will fall in behind him. Badawi will leave within seven days. However, Khairy is holding a trump card over Najib's wife Rosmah. And folks say it involves the case.

Yet others say that snuffing out someone's life has not been an obstacle to moving up the ladder in UMNO. Recall Mustakizah the Video Shop owner. She was murdered too. Murderers not caught. So even if Badawi quits, there may not be anyone to take over. Tengku Razaleigh Hamzah has been suggested as a possible interim leader. That is a long shot.

Here is another scenario - which many say is more likely. Anwar Ibrahim will qualify to stand for elections come April 14th. If Wan Azizah makes way for him, he will become an MP. The scenario being painted is that Anwar will then make a deal with Khairy. He will come back into UMNO as party president, bringing along some Parliamentary seats occupied by Malay members of PKR. Khairy will become his Deputy. Impossible? Think again. This is UMNO. Anything is possible.

Badawi wants his S-I-L to be a full Minister in Cabinet but he has been told that the timing is not right. The party will revolt. We are headed towards very confusing and dangerous times. Time to turn down the volume and work quietly and quickly.

Khairy mahu cetus rusuhan?

Monday, 10 March 2008

(Harakah) Walaupun tidak dapat disahkan kesahihannya, pesanan-pesanan mesej ringkas telah bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun sumber dalaman Umno tidak percaya Khairy berani berbuat demikian, tetapi telah bertebaran pesanan-pesanan SMS kononnya menantu Abdullah itu sedang merancang menggunakan sebuah pertubuhan bernama Pekida untuk "mengamuk" dengan menggunakan isu "Hak keistimewaan Melayu".

Sumber dalaman Umno itu menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai "khabar angin jahat".

"Khairy memang sedang berusaha untuk menyelamatkan kepimpinan bapa mertuanya di dalam Umno. Tekanan semakin hari semakin kuat supaya Pak Lah berundur. Tetapi, saya tidak fikir beliau akan guna Pekida untuk buat rusuhan," kata beliau yang juga salah seorang pemimpin Umno bahagian Titiwangsa ketika dihubungi.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai Pekida, beliau enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, beliau yang tidak menafikan keanggotaannya dalam pertubuhan itu menyatakan: "You jangan salah faham. Bukan orang Umno sahaja dalam Pekida".

Ketika diminta menyatakan adakah Khairy mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan itu dan diberikan gelaran "kekanda", beliau hanya berkata "ok, ok, banyak sangat engkau ni..." lalu terus mematikan talian.

Apakah usaha yang akan dilakukan oleh Khairy untuk menyelamatkan kedudukan bapa mertuanya tidak diketahui umum setakat ini.
Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, Khairy mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sabtu lalu.

Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:
"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi".

Mereka, kata Dr Mahathir, terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar sumber-sumber yang lain.
"Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar," katanya.

Khairy Membawa Bencana Kepada UMNO

Dr M sifatkan Khairy membawa bencana
Jumaat, 29 Februari 2008

(Harakah) - "Saya rasa, jika anda mengikut mereka, ia akan membawa bencana kepada parti".

Itulah jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya tentang kemungkinan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memainkan peranan yang lebih besar dalam Umno selepas pilihan raya ini.

Dalam temubual dengannya yang disiarkan oleh Today Online semalam, Dr Mahathir juga berkata kad laporan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melaporkan perkara-perkara yang negatif.

"Sebagai contoh, kehilangan begitu banyak wang, prestij negara menurun dan hakikat bahawa ramai yang tidak dapat mencari kerja dan perniagaan di dalam negara ini. Mereka terpaksa pergi ke tempat lain," kata bekas Perdana Menteri.

Dr Mahathir menyifatkan koridor demi koridor yang dilancarkan oleh Abdullah hanya pengumuman semata-mata.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku di tempat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat begitu hebat. Sehingga bertrilion ringgit dan akan menjadi kenyataan mungkin dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh itu, kesemuanya adalah janji. Sesiapa sahaja boleh berjanji," katanya.

Beliau juga tidak menolak tanggapan bahawa tindakan mencalonkan anaknya, Datuk Mukhriz bertanding di Jerlun adalah untuk meminggirkannya. Sebelum diletakkan bertanding di Jerlun, Mukhriz menyatakan kesediaannya untuk bertanding di Langkawi, yang disifatkan oleh pemerhati sebagai lebih selamat.

"Saya tidak tahu. Sesetengah orang berkata, perkara itu memang berlaku. Tetapi, saya tidak ada bukti".

Mengenai peluang pembangkang dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir menjangkakan undi Barisan Nasional akan berkurangan.

"Saya agak pasti kekecohan di jalan raya sejak November lalu akan memberikan kesan ke atas jumlah undi yang diberikan kepada kerajaan. Jumlah undi (Barisan Nasional) akan berkurangan," kata Dr Mahathir yang menyifatkan pembangkang tidak kelihatan boleh berkerjasama.

Kekuatan pembangkang, katanya, ialah kerana begitu banyak perkara negatif termasuk banyaknya kes rasuah di dalam kerajaaan dan peningkatan kadar jenayah.

Sunday, March 9, 2008

Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas

Pada hari2 sebelum menjelangnya 8 Mac, rakyat berkeluh kesah apakah mereka perlu lakukan pada kuasa undi mereka. Ramai yg tidak mahu memangkah UMNO dan BN lagi kerana faktor Pak Lah dan Khairy. Ini kerana mereka melihat UMNO dan BN tidak mahu berbuat apa2 sebaliknya semakin membodek mereka anak beranak, sementara kerajaan menjadi tunggang langgang dgn dasar-dasarnya.

Mereka juga tidak rela memangkah Pembangkang.

Ramai benar yg ingin menunjukkan bakat melukis dgn menconteng “Boleh Blah Pak Lah!” dan “Berambuslah KJ!” di kertas-kertas undi mereka.

Ramai sungguh mencari laman2 web bagi menyatakan luahan hati mereka tentang kelemahan kepimpinan Pak Lah dan kerosakan yg beliau telah mulakan dalam UMNO dgn anak menantu bernama Khairy Jamaluddin.

Di ofis2 di serata Malaysia, pekerja2 riuh rendah sebelum balik pulang ke kampung halaman mengundi dgn menurunkan gambar Pak Lah dan menconteng mukanya dgn menulis "Kami Sayang Pak Lah" secara penuh sinis, sambil berdekah2 mengetawakan beliau. Kita maklum undi mereka akan pergi ke mana, pastinya asal bukan memenangkan Pak Lah. Bila ditanya kenapa benci? Mereka menjawab sebab jual negara. Malang sekali UMNO dan BN mendapat liabiliti sebegini. Mereka benci Pak Lah dan Khairy, pasti parti dan calon2 Barisanlah yg akan mendapat bahananya.

Malang sungguh utk rakyat Malaysia di PRU kali ini menghadapi dilema “Ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Maka pada akhirnya ramai yg:
1. Tidak keluar mengundi.
2. Merosakkan undi dgn bakat2 melukis mereka.
3. Memangkah pembangkang bagi mengurangkan undi calon2 BN kerana mahu MENOLAK Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau Khairy Jamaluddin.

Di hari mengundi 8hb Mac, keadaan tenteram, sementara cuaca cerah dan sendu.

Rakyat dari segala lapisan bersama2 menjalankan tanggungjawab keluar mengundi di kawasan2 mereka. Yg menariknya, melihat warga emas dan orang2 kurang upaya serta anak2 muda antara yg keluar mengundi. Rakyat Malaysia nampak seperti biasa, baik dan naif, sentiasa mengikut peraturan. Rupanya ternyata mereka telah berubah, semakin matang dan pandai berfikir apa yg mahu mereka tolak bila kita melihat keputusan PRU 12.

Mereka ternyata telah memberontak di kertas undi.

Pada malamnya, kita semua bertumpu di depan TV utk mendengar keputusan.

Yang rakyat mahu tahu adalah keputusan di Rembau dan di Kepala Batas. Yang rakyat mahu dengar Khairy TERJUNAM di Parlimen Rembau dan Abdullah Ahmad Badawi KALAH di Parlimen Kepala Batas.

Di konti2 akhbar, Khairy sebelumnya diberitakan kalah dgn 114 undi, tetapi beliau protes dan minta dikira balik. Nampak sangat beliau sungguh konfiden akan menang di Rembau. Bagaimana setelah dikira semula setelah BEBERAPA JAM kemudian, boleh menang dengan 5,000 undi? Ini satu jarak yg amat jauh sekali. Diberitakan para2 pemberita telah terjadi satu blackout sewaktu pengiraan semula undi. Heran bin Ajaib. Akhirnya, beliau diistiharkan menang di Rembau walaupun undi majoriti turun amat mendadak sebanyak 13,000. Sewaktu diberitakan beliau pada mulanya kalah, rakyat bersorak gembira dan sesiapa yg membuat nazar, ingin segera membayar nazar mereka dgn kadar segera.

Begitu juga keputusan utk Pak Mentuanya, rakyat sudah mula tersenyum apabila beliau dikatakan hanya mendahului dgn 1,000 undi sahaja, rakyat tentu bersorak gembira sekiranya beliau kalah di Kepala Batas. Di gerai2 minum sekitar KL di malam 8 Mac bila keputusan dibacakan, dan bilamana ada calon2 HP6 BN kalah di tempat tertentu terutama di Baling misalnya, ramai anak2 muda di luar menjerit "Padan muka Pak Lah!".

Ternyata PRU 12 kali ni merupakan satu exercise UNDI PROTEST KEBENCIAN RAKYAT KEPADA PAK LAH DAN KHAIRY JAMALUDDIN. Maka Kerajaan BN yg memerintah walaupun telah banyak berjasa, yg dilihat TIDAK MENDENGAR dan prihatin kepada rakyat untuk MENOLAK Pak Lah dan Khairy Jamaluddin terpaksa dikenakan tindakan melalui PRU 12. Calon2 BN terpaksa mendapat tsunami mereka. Ianya tiada kena mengena utk memilih parti pembangkang atau merasakan parti pembangkang lebih elok. Parti pembangkang pun satu tidak boleh pakai, nak jadi pembangkang yg efektif pun tidak boleh, inikan utk mentadbir negara. Yg jelas, undi terpaksa diberi kpd pembangkang semata2 kerana geram dan benci kpd Pak Lah dan Khairy penyebab Kerajaan Barisan menjadi HP6.

Mereka tidak pasti UMNO boleh bangun utk membetulkan diri sendiri di PAU 2008, makanya ubat dan hukuman harus diberikan di PRU 12.

Di rata2 pejabat di Malaysia, sebalik pekerja dari hujung minggu mengundi, rata2 pekerja menyatakan ketidakpuashatian mereka tentang keputusan Khairy masih menang di Rembau dan 5,000 undi majoriti yg menurun secara drastik dari 18,000 sebelum ini juga dipertikaikan. Rakyat lebih seronok dan bersyukur sekiranya undi kekalahan dengan 114 undi itu dikekalkan supaya Khairy mati pucuk di PRU 12.

Pengurangan undi sebanyak 13,000 utk BN kali ini menunjukkan rakyat tidak mahu Khairy Jamaluddin dicalonkan sebagai Wakil Rayat dan beliau tidak disukai malah dibenci oleh orang2 Melayu dan ahli2 UMNO, juga oleh penduduk Rembau.

Rakyat juga tidak berpuas hati setelah sakan bersorak mendengar Pak Lah hanya leading dgn 1,000 undi majoriti amat kecewa bila keputusan pula mengatakan beliau menang dgn undi 11,000 pula. Mereka masih bertanya2 betulkah pengiraan undi di Rembau dan di Kepala Batas ini??

Yg jelas tidak pernah dalam sejarah rakyat termasuk ahli2 UMNO keluar mengundi beramai2 termasuk warga emas, terpaksa mengundi pembangkang di DUN2, serta mereka bersorak riang dan bergembira bila mendengar Pak Lah dan Khairy akan kalah, dan bermuram durja mendengarkan Pak Lah dan Khairy masih menang.

Contohnya, sila lihat DUN Cempaka, penduduk mahu Norsimah Hashim calon UMNO seorang ibu tunggal yg telah lama berkhidmat kepada rakyat , dari kalangan mereka sendiri, dan rata2 penduduk adalah ahli2 UMNO. Malangnya ramai pada saat akhirnya terpaksa membuat keputusan mengundi PAS kerana benci Pak Lah dan Khairy Jamaluddin dan ramai juga merasakan UMNO sendiri sudah tidak mendengar luahan orang2 Melayu dgn cara Pak Lah dan menantu yg sentiasa lebih membela kaum2 pendatang. Seorang pengundi di DUN tersebut didengari berkata sewaktu keluar mengundi, bahawa beliau nekad mengundi PAS bagi DUN dan PKR bagi Parlimen buat kali ini kerana kalau tidak dapat cekik Pak Lah dan Khairy, dapat pulas telinga calon2 BN dan UMNO pun jadilah. Makanya, "Tidak dapat tanduk, telinga dipulas" pun jadilah.

Sekiranya rakyat Malaysia dapat semua menjadi pengundi di P041 Kepala Batas dan P131 Rembau, nescaya BUNGKUSlah kedua beranak ini dengan azabnya.

Rakyat telah menyampaikan SUARA mereka kepada Pak Lah dan Khairy melalui PRU 12.

Rakyat amat marah dan tersangat meluat dengan kerajaan anak beranak ini. Sekiranya Pak Lah dan Menantu beliau masih tidak mahu meletakkan jawatan dgn kadar SEGERA dari kerajaan yg memerintah, di PRU 13, neschaya segala pemimpin yg ada di atas sekarang yg tidak mahu mengambil tindakan MENOLAK BELIAU akan menerima nasib mereka.

Kemungkinan BN akan jatuh dengan maha teruk amat besar dan UMNO akan kehilangan majoriti ahli2 di akar umbi, amat besar.

Rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India telah bersama-sama MENOLAK Pak Lah dan Khairy Jamaluddin di PRU 12. Pak Lah dan Khairy harus bertanggungjawab, mendengar suara rakyat dan wajib berundur untuk menyelamatkan UMNO dan BN.

Mesej yg ingin disampaikan oleh orang2 Melayu, ahli2 UMNO dan segala lapisan rakyat amat jelas.

Pak Lah dan Khairy undurlah dari UMNO, BN dan Kerajaan sekarang!