Sunday, May 12, 2013

Hak Melayu di dalam Perlembagaan

Mingguan Malaysia 23 ogos 2009 MUKADDIMAH SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu. Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain. Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan. Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak. Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain. “Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu. MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini? MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera. Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan? MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya. Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan? MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya. Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain. Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini. Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk? MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini. Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa. Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan? MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja. Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini? MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian. Apa mesej Datuk daripada contoh di atas? MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu? MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut. Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini? MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi. Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka? MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu. Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

Wacana Post Mortem PRU13 Survival Ummah di Hotel Premiera, Ahad ini

KUALA LUMPUR 10 Mei - Persatuan Alumni UiTM Malaysia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) akan mengadakan program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara kepimpinan dan Survival Ummah' di Hotel Premiera, Menara MARA, Jalan Raja Laut di sini, Ahad ini. Wacana tersebut akan menampilkan tokoh pendidik Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, bekas hakim dan pakar undang-undang, Datuk Mohd. Noor Abdullah, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia) dan Dr. Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS. "Ramai tokoh Melayu dan bekas ahli politik, ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan serta pemimpin-pemimpin NGO Melayu telah menyatakan persetujuan untuk hadir program tersebut," kata Setiausaha Agung Alumni UiTM, Shukri Ishak di sini hari ini. Orang ramai dijemput hadir ke wacana itu dan ia percuma. "Program Gerakan Kesedaran ini bertujuan mengajak orang Melayu duduk semeja untuk membincangkan hala tuju politik untuk kepentingan survival ummah di Malaysia," katanya. Shukri berkata, gerakan kesedaran ini akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk mendengar dan mendapat maklum balas daripada peserta mengenai kepincangan yang berlaku dan idea-idea yang boleh membantu pihak kerajaan. "Hasil maklum balas daripada rakyat sangat penting sebagai satu ukuran dan harapan rakyat dalam masa lima tahun lagi apakah ciri-ciri idaman rakyat kerajaan yang mereka inginkan," katanya. Satu Jawatankuasa Panel Pemikir telah mengumpul dan menyelaras segala input dan pandangan rakyat daripada segenap lapisan rakyat, tambah beliau. Shukri berkata, resolusi wacana tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu panduan dalam menjaga kepentingan politik untuk survival ummah. Resolusi itu juga akan dihantar kepada parti-parti politik yang berkaitan dan juga akan dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu. Katanya, GPMS memandang serius polarisasi kaum yang terserlah dalam PRU13 kerana ia tidak sihat untuk negara majmuk. "Kerajaan harus mendengar suara anak muda sebenar kerana mereka mempunyai pemikiran yang sangat kritikal dan akan menjadi pengundi yang teramai dalam PRU ke-14 nanti," kata beliau.

Wednesday, May 1, 2013

Usah Beri Undi Simpati kepada calon bebas - Rafidah Aziz

Usah Beri Undi Simpati Kepada Calon Bebas - Rafidah Aziz Tuesday, 30 April 2013 21:17 Mahirah Zakaria Katakan TIDAK pada Kamilia. KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat. "Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka. Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas. "Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya. Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

Sunday, April 28, 2013

Tun Dr Mahathir sanggup jadi penguam Che Johan Che Pa

Ahad April 28, 2013 'Saya Sedia Jadi Peguam Jika Che Johan Dibicara Oleh Lembaga Disiplin Umno' - Tun Mahathir Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB Ibrahim Ali (kiri) dan Che Johan Che Pa. PASIR MAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia menjadi 'peguam' kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa sekiranya dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakan tidak menyerahkan kertas pencalonan di Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon 20 April lalu. Dr Mahathir berkata, kalau ada pertandingan tiga penjuru di Parlimen itu, Che Johan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas, Datuk Ibrahim akan kalah sementara PAS yang memperoleh kemenangan. Katanya, beliau kagum dengan sikap Che Johan itu kerana dalam apa jua perkara, pengorbanan adalah penting dan sekiranya tidak sanggup berkorban maka akan berhadapan dengan kegagalan. "Dalam politik perlu ada pengorbanan untuk berjaya. Tetapi dia (Che Johan) nak dikenakan tindakan Lembaga Disiplin (Umno) pula. Tak adil, saya akan jadi peguamnya. "Kalau lembaga disiplin akan membicarakannya, saya akan jadi 'peguam'nya untuk pertahankan Che Johan," katanya. Dr Mahathir berkata, demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini, Ahad. Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Che Johan, calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon BN-DUN Tendong, Datuk Hanapi Mamat dan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun. Dr Mahathir berkata, orang-orang seperti Che Johan seharusnya ada untuk berkorban demi kemenangan parti. "Yang utama ialah parti yang bertanding. Parti kita ialah Barisan Nasional. Untuk jayakan parti ini maka pengorbanan perlu dibuat oleh orang-orang tertentu," katanya. Menurut Dr Mahathir, beliau yakin ramai yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon yang kemudiannya lupa jasa parti dan membuat tindakan yang tidak bertanggungjawab. "Inikan pula mereka yang dipilih tetapi berkorban untuk jadi calon. Dia (Che Johan) boleh teruskan jadi calon tapi dia buat perhitungan. "(Dia) kaji kesan daripada tindakannya adalah menguntungkan atau merugikan. Apa guna berjuang untuk Umno, Barisan Nasional tetapi untuk mencari kekalahan," katanya yang menyifatkan keputusan Che Johan adalah bijak demi kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sunday, April 21, 2013

Kejutan Kamilia sebagai Calon Bebas dan persengkokolan dengan PAS

Kejutan paling besar semalam pada hari Penamaan Calon adalah tindakan Ketua Wanita UMNO Malaysia serta merangkap Ahli Majlis Tertinggi(MKT)UMNO bertindak bertanding sebagai calon bebas setelah nama beliau tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk Parlimen Kuala Kangsar yang diidamkan beliau. Walaupun telah ditawarkan menjadi calon DUN Bukit Chandan beliau tidak berpuas hati serta mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas. Beliau dilaporkan diiringi oleh penyokong-penyokong dari parti PAS semasa penamaan calon. Pagi ini dikejutkan pula di Kuala Kangsar "abuzz" dengan berita Kamilia sedang menggunakan jentera PAS bagi meraih undi bagi parti PAS. Tindakan beliau bertanding sebagai calon bebas juga adalah bagi memecahkan undi di samping memastikan undi memihak kepada PAS dengan bekerjasama dengan jentera PAS. Tindakan Kamilia bukan sahaja tidak menjaga kepentingan parti, tetapi dilihat amat mementingkan diri sendiri.

Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon 20 April

Malaysia sebagai sebuah demokrasi dan keunikannya sebagai sebuah negara majmuk berbilang bangsa terserlah pada Hari Penamaan Calon. Di sekitar bandaraya Kuala Lumpur misalnya Penamaan Calon berjalan dengan meriah dan teratur di Bukit Bintang dibuat di Sekolah Victoria Institution dengan dihadiri oleh penyokong-penyokong berbilang kaum dari Melayu, Cina dan India di mana calon-calon dari MCA Bukit Bintang Frankie Gan Joon Sin mewakili Barisan Nasional lawan penyandang dari DAP Fong Kui Lin mewakili Pakatan. Penyokong-penyokong dari kedua-dua parti berarak dari kem masing-masing sebelum berkumpul di padang sekolah Victoria Institution pada pukul 8:30 am sebelum bersurai lebihkurang pukul 11am. Frankie Gan adalah calon no 1 sementara calon DAP sebagai calon no 2. Beberapa kejutan berlaku pada hari Penamaan Calon dengan beberapa calon dari parti-parti komponen BN dan PR bertanding sebagai calon bebas. Di Kelantan, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang tidak dipilih sebagai calon rakan BN akan bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas. Di Pulau Pinang, bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding di kerusi itu melawan calon BN Shabuddin Yahya. Yang memberi kejutan yang paling besar adalah Naib Ketua Wanita UMNNO Datuk Kamilia Ibrahim yang bertindak bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar melawan calon BN Datuk Wan Khairil Anwar Wan Ahmad dan calon PAS Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Tuesday, April 16, 2013

Pengakuan Yuktes Vijay Meresahkan Anwar

Dari Monday, April 15, 2013 Pengakuan Yuktes Vijay Meresahkan Anwar Nama YUKTES VIJAY hanya diketahui ramai setelah pemuda berusia 25 tahun itu menulis dua surat terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu. Kandungan surat-surat itu yang antaranya disiarkan oleh blog AIDC (http://www.anwaraidc.com) memang mengejutkan kerana ‘cerita-cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut didedahkan. Lebih mengejutkan, Yuktes yang pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada peguam yang mengendalikan kes tersebut, Sankara Nair, mengakui beliau sangat mengagumi Anwar yang dianggap sebagai idolanya. Yuktes sekarang menyatakan penyesalannya kerana membiarkan dirinya terpedaya dengan karisma Anwar. Matlamat perjuangannya kini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak melakukan kesilapan yang serupa. Tegas Yuktes, beliau tidak mahu melihat Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri. Bilakah saudara mula bertemu dengan Anwar? YUKTES: Tiga minggu selepas saya bekerja dengan Sankara Nair. Lokasinya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, kes saman fitnah Anwar terhadap Dr. Mahathir. Saya memang sangat gembira. Maklumlah, dapat berjumpa dengan idola saya buat kali pertama. Malah, saya bercita-cita ingin menjadi seperti Anwar. Beliau kata ingin membawa reformasi di negara ini dan melawan korupsi. Saya pun percaya kata-kata Anwar. Siapa yang tidak suka kalau ada orang yang ingin membawa kebaikan untuk negara kita. Pada perjumpaan pertama itu, saya dapati Anwar seorang yang mudah mesra. Soalan pertama yang beliau tanya ialah berapa umur saya. Saya pun memberitahu Anwar umur saya 22 tahun. Kemudian, beliau tanya sama ada saya sudah mengisi borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi saya jawab tidak berminat dalam bidang politik kerana ingin menjadi seorang peguam. Kembali kepada kisah saya bekerja dengan Sankara Nair. Saya tidak merungut sedikit pun sebab saya rasa seperti sangat beruntung kerana didedahkan dengan kes yang paling besar dan berprofail tinggi di Malaysia pada masa itu. Saya baru sahaja tamat pengajian. Jadi, mengapa saya perlu merungut? Semua kawan-kawan saya mahu berada di tempat saya. Ketika saya mula menghadiri perbicaraan kes itu di mahkamah, Mohd. Saiful Bukhari telah selesai memberi keterangan. Berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan nota-nota mahkamah, saya mendapati ada sedikit persamaan antara kami berdua. Mohd. Saiful Bukhari memberitahu mahkamah, Anwar ialah idolanya. Anwar pun idola saya ketika itu. Pada masa itu saya amat membenci Mohd. Saiful Bukhari kerana beliau cuba mencaci idola saya. Perasaan saya terhadap Anwar boleh diibaratkan seperti perasaan seorang peminat terhadap selebriti pujaannya. Apa sahaja yang Anwar kata, saya percaya. Secara jujur, saya amat membenci akhbar Utusan Malaysia dahulu. Sekiranya saya dapati nasi lemak dibungkus dengan akhbar Utusan Malaysia, saya pasti tidak akan membelinya. Bagaimana saudara tersedar dengan tembelang Anwar? YUKTES: Kesangsian terhadap Anwar timbul pada 21 Mac 2011. Saya pasti 100 peratus kerana itu tarikh lahir saya. Kira-kira pukul 2 petang, Sankara Nair memasuki pejabat dan mengajak saya ke rumah Anwar di Segambut Dalam. Di dalam kereta, Sankara Nair memberitahu, beberapa orang kenamaan bergelar ‘Datuk’ sedang menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara. Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang berlaku kerana tidak mendengar sebarang berita pun. Tiada laporan tentang perkara itu oleh MalaysiaKini. Tiba di rumah Anwar, saya lihat isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Setiausaha Akhbar Anwar, Ikmal Ahmad; pemimpin PKR, R. Sivarasa dan dua lagi individu yang saya tidak kenali berkumpul di sebuah bilik. Kalau tidak silap, pada masa yang sama, kumpulan wartawan yang pertama sedang menonton video seks di Hotel Carcosa Seri Negara. Lima minit kemudian, Anwar memasuki bilik itu dengan memakai singlet dan kain sarung. Beliau duduk di kerusi dan saya seterusnya menyatakan rasa simpati terhadap beliau dan berjanji akan mempertahankan namanya. Kami berbincang bagi mencari alasan bagi menafikan dakwaan yang bakal timbul susulan penayangan video seks itu. Salah satu alasan yang dicadangkan adalah video seks tersebut direka menggunakan teknologi CGI (computer-generated imagery). Saya beritahu Anwar, alasan ini sukar diterima kerana penghasilan klip video berdurasi 15 minit menggunakan teknologi CGI memerlukan perbelanjaan yang besar. Anwar kata UMNO ada banyak duit. Semasa berbincang, kami juga mencipta alasan kononnya lelaki dalam video seks itu memakai topeng. Seperti yang dipraktikkan dalam filem Hollywood. Namun, buat pertama kalinya, saya rasa kurang senang dengan Anwar. Saya berkata di dalam hati, tiada siapa yang tahu lelaki di dalam video itu ialah Anwar. Mengapa beliau panik? Apa reaksi Anwar ketika itu? YUKTES: Bila dalam keadaan resah, Anwar akan menggerakkan jari-jari tangannya. Saya melihat situasi yang sama berlaku dan muka beliau kelihatan resah. Dalam keadaan normal, riak wajah Anwar ceria dan peramah. Setelah kumpulan kedua dibawa masuk menonton video seks di Hotel Carcosa Seri Negara, timbul desas-desus mengatakan seorang pemimpin pakatan pembangkang terlibat. Tetapi, sesiapapun boleh dikaitkan. Boleh jadi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Mengapa Anwar harus panik. Saya tidak fikir Kit Siang akan panik setelah mendengar desas-desus itu. Saya pun hairan. Anwar seorang yang rasional dan bijak. Mengapa Anwar panik disebabkan oleh video yang beliau sendiri tidak pernah menontonnya? Saya masih ingat lagi kami dihidangkan teh dan karipap oleh Dr. Wan Azizah. Selepas sejam berada di rumah tersebut, saya perasan Dr. Wan Azizah berbisik kepada Anwar, ‘‘Bang, jam tak ada." Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Dr. Wan Azizah. Saya terdengar Anwar seolah-olah berkata, ‘‘Tak apa, tak apa, tak apa." Tidak lama kemudian, saya kembali ke pejabat dan imej video tersebut mula tersebar. Sankara Nair memberitahu saya, isu itu masih belum membabitkan soal perundangan dan kami tidak perlu masuk campur kerana akan diuruskan oleh ‘budak-budak politik’. Sebelum keluar dari rumah, saya terdengar mereka membuat perancangan berkaitan dengan ‘perut buncit’. Semasa Anwar menunjukkan perutnya dahulu, beliau masih memakai baju. Namun, semasa di rumah Anwar pada 21 Mac 2011, saya nampak perutnya memang buncit. Kesangsian saya terhadap Anwar semakin bertambah. Saya semakin ragu apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah membuat kenyataan meminta Anwar menjelaskan di manakah jam tangan Omega. Saya kaitkan kenyataan Shazryl Eskay itu dengan bisik-bisik di antara Dr. Wan Azizah dan Anwar. Pada masa itu, kelihatan seperti masuk akal. Bagaimanapun, saya tidak berfikir panjang tentang perkara itu. Saya fikir, setiap lelaki ada ‘keperluannya’ sendiri, jadi apa masalahnya. Saya tahu perbuatan yang ditunjukkan dalam video seks itu salah mengikut Islam tetapi saya anggap itu perkara biasa. Saya pun tidak kisah. Pada masa yang sama, perbicaraan kes tuduhan Anwar meliwat Mohd. Saiful Bukhari sedang berjalan. Mengikut pemerhatian saudara, bagaimana sikap Anwar semasa perbicaraan kes itu? YUKTES: Beliau selalu berdolak-dalik. Isu laporan perubatan oleh Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) merupakan salah satu contoh. Anwar kata laporan itu bermasalah kerana tidak diisi dengan betul. Saya bukan peguam tersohor seperti Karpal Singh tetapi secara logiknya, kita seharusnya memanggil individu yang mengisi borang itu ke mahkamah. Lebih mudah untuk membuat pengesahan dengan individu terbabit. Sebaliknya, Anwar mendesak supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah digantikan dengan hakim yang lain. Tiga kali Anwar mengemukakan permohonan menukar hakim. Mengapa Anwar berbuat demikian? Pada masa itu, situasi perbicaraan seperti memihak kepada pihak pembelaan. Saya kemudiannya menyedari semua itu hanyalah permainan Anwar. Itulah sebabnya perbicaraan kes tersebut memakan masa paling lama dalam sejarah Malaysia. Tiga tahun lebih. Semua orang sangka perbicaraan itu konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN). Sebenarnya, tidak. Bagaimana keadaan itu boleh berlaku? Ia disebabkan tindakan Anwar memfailkan sebanyak 56 permohonan dan rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Anwar juga pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam konspirasi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari. Saya mula sedar kes itu bukan satu konspirasi apabila pihak pembelaan menyoal ibu angkat Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar. Mumtaz memberitahu, beliau tidak mahu membawa Mohd. Saiful Bukhari berjumpa dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Jadi, Mumtaz membawa Mohd. Saiful Bukhari bertemu Pegawai Khas Najib, Khairil Anas Yusof untuk membuat temu janji. Semasa perbicaraan, saya masih kurang jelas apa yang sebenarnya berlaku. Setelah bekerja di pejabat penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, baru saya tahu. Katakan ada seorang pemuda ingin berjumpa Kamalanathan berhubung permohonan biasiswa dan saya mengaturkan temu janji antara mereka berdua. Namun, sekiranya pemuda itu mengemukakan masalah lain dalam pertemuan itu, Kamalanathan tidak bersalah. Begitu juga dengan Najib. Beliau tidak tahu tentang masalah sebenar Mohd. Saiful Bukhari. Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri bertemu Mohd. Saiful Bukhari atas temu janji diatur Pegawai Khasnya. Selepas Mumtaz disoal siasat, baru saya tahu penglibatan Najib di dalam kes Mohd. Saiful Bukhari adalah secara tidak langsung. Sebagai graduan undang-undang, saya percaya dengan apa yang saya lihat. Memang tiada langsung bukti yang membabitkan Najib dalam konspirasi seperti yang didakwa Anwar. Kami juga menerima maklumat Timbalan Ketua Polis Pahang sekarang, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (pada masa itu berpangkat Asisten Suprintendan) pernah mengadakan pertemuan dengan Mohd. Saiful Bukhari di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor. Jadi, kami fikir kes ini satu konspirasi. Anwar juga begitu yakin beliau akan dipenjarakan. Katanya, cemarkan nama BN sebanyak yang mungkin. Saya juga meragui hujah-hujah yang dikemukakan Anwar bagi menjelaskan sebab beliau berada di Kondominium Desa Damansara yang dikatakan sebagai lokasi kejadian liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari. Anwar kata tujuannya berada di kondominium itu adalah untuk berjumpa pakar ekonomi. Fakta itu tidak pernah dibuktikan. Masalahnya, terdapat rakaman video menunjukkan dua lelaki Cina masuk ke dalam kondominium tetapi apabila Mohd. Saiful Bukhari masuk, dua lelaki terbabit telah keluar. Kami di pihak pembelaan mencari jalan untuk menafikan Mohd. Saiful Bukhari berada di dalam bilik bersama Anwar. Jadi, saya menyamar sebagai ejen hartanah dan dibenarkan masuk ke kondominium terbabit setelah memberi kata laluan ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan. Timbul idea pada masa itu. Saya lihat ada kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam pergerakan keluar dari lif tetapi tiada CCTV yang merakam pergerakan masuk ke dalam kondominium. Undang-undang sebenarnya berkait rapat dengan aspek teknikal. Dengan memanipulasi aspek teknikal, kami telah berjaya mencipta keraguan munasabah. Mohd. Saiful Bukhari memang berada di dalam kondominium tetapi tiada bukti menunjukkan beliau berada di dalam bilik yang sama dengan Anwar. Walaupun berjaya mencari jalan untuk membantu Anwar, rasa sangsi terhadap idola saya itu masih ada. Saya sering ponteng kerja. Namun, saya sering berkata kepada diri sendiri, ‘‘Apa masalahnya kalau kita ada seorang Perdana Menteri yang biseksual?'' semata-mata untuk menyedapkan hati. Saya juga semakin kurang rapat dengan Anwar. Semasa menyaksikan perbicaraan kes Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari, saya selalu duduk di bahagian belakang dan tidur. Keluarga saya pun mula menghadapi masalah kewangan. Saya terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawan. Ada di antara mereka yang mencaci saya tetapi saya tidak tergamak memberitahu mereka, saya tidak dibayar gaji walaupun bekerja untuk Anwar. Ironinya, semua kawan-kawan saya itu merupakan penyokong pakatan pembangkang. Difahamkan saudara telah menulis tiga surat terbuka kepada Anwar setakat ini. Dari surat-surat itu, dapat diandaikan saudara seperti membenci Anwar. Apakah punca yang menyebabkan saudara berubah hati terhadap beliau? YUKTES: Kebencian terhadap Anwar yang pernah saya jadikan idola timbul selepas demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur tahun lalu. Untuk makluman, saya turut menyertai demonstrasi itu. Saya berada di sekatan polis paling hadapan yang memisahkan peserta demonstrasi dan Dataran Merdeka. Kira-kira pukul 5 petang, saya ternampak sekumpulan ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menendang sekatan polis. Petugas-petugas Unit Amal Pas cuba menghentikan perbuatan itu tetapi ahli-ahli SAMM terus melakukannya. Selepas itu, pihak polis mula bertindak. Saya juga nampak Tian Chua berdiri berhampiran sekatan polis. Dalam suasana yang agak kecoh itu, saya terlihat pihak polis cuba menahan seorang lelaki manakala seorang wanita yang dipercayai kenalan lelaki itu cuba menghalang. Tanpa membuang masa, saya cuba menyelamatkan wanita terbabit. Kemudian, berlaku pergelutan antara saya dan beberapa anggota polis dan akhirnya saya terlantar di hadapan perkarangan Kelab Diraja Selangor. Ketika itu, saya dapat melihat wajah sebenar Tian Chua. Beliau tahu saya bekerja untuk siapa. Sebagai seorang manusia, Tian Chua sekurang-kurangnya akan berdiam diri atau memberi saya minum air. Sebaliknya, Tian Chua terus memberi ceramah secara spontan dan mengaitkan saya sebagai ‘mangsa keganasan polis’. Tian Chua tergamak menjadikan saya sebagai bahan untuk berceramah. Kecederaan yang saya alami agak parah dan saya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama empat hari. Semasa terlantar menahan kesakitan di hospital, tidak pernah walau sekali pun Anwar melawat saya atau menghubungi saya untuk bertanya khabar. Saya semakin geram dengan perangai Anwar setelah melihat rakaman video di YouTube yang menunjukkan beliau memberi isyarat tangan kepada peserta demonstrasi untuk merempuh sekatan polis. Saya tahu peserta demonstrasi tidak akan bertindak begitu sekiranya tiada arahan daripada Anwar dan saya tahu arahan itu memang salah. Sivarasa pernah menghubungi saya sebaik sahaja keluar dari hospital. Pada mulanya, saya gembira kerana masih ada pemimpin PKR yang prihatin dengan nasib saya. Namun, kegembiraan itu pudar apabila Sivarasa meminta saya menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam tentang Bersih 3.0 pada 11 Mei 2012. Sivarasa mahu saya mengumumkan bahawa saya dipukul anggota polis kerana membantu Anwar. Saya amat kesal dengan Sivarasa kerana saya ditangkap bukan atas sebab itu. Memang saya salah kerana menghalang tugas polis menahan peserta demonstrasi. Saya tidak menghadiri EGM Majlis Peguam itu setelah Sankara Nair menasihatkan saya tidak perlu melakukan seperti yang diminta Sivarasa. Mungkin ada pihak yang menuduh saudara menulis surat-surat terbuka itu atas motif politik. YUKTES: Tiada motif politik langsung. Memang saya bekerja dengan Kamalanathan sejak September 2012 tetapi beliau tidak tahu langsung tentang surat-surat yang saya tulis. Kamalanathan hanya tahu setelah membaca surat-surat yang disiarkan portal berita Free Malaysia Today. Saya mengagumi Kamalanathan setelah melihat sendiri keikhlasan beliau berkhidmat untuk rakyat. Kamalanathan ialah imej seorang ahli politik yang saya ingin lihat pada diri Anwar. Malangnya, Anwar lebih banyak berpolitik daripada membantu rakyat. Mengapa saya berani menulis surat terbuka kepada Anwar? Saya tidak mahu negara ini hancur sekiranya Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri. Saya tidak faham kenapa masih ada orang yang percaya dengan janji-janji kosong Anwar hendak turunkan harga minyak, hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan turunkan tol. Saya bukan pakar ekonomi tetapi bila Anwar kata keuntungan Petronas kira-kira RM70 bilion setahun akan digunakan untuk menampung kos subsidi, ia seperti tidak logik. Bila harga minyak diturunkan, sudah tentu keuntungan Petronas semakin menyusut, bukan RM70 bilion lagi. Saya berani bertaruh, Anwar tidak akan menunaikan semua janjinya sekiranya beliau mengambil alih pentadbiran negara. Saya juga bosan dengan sikap Anwar apabila diasak dengan soalan-soalan berkaitan skandalnya oleh pihak media. Dalam isu video seks, saya tidak faham mengapa Anwar tunjukkan perutnya kepada orang ramai. Langkah terbaik adalah tunjukkan jam tangan Omega sekiranya beliau masih menyimpannya.

Sunday, April 14, 2013

Rafizi Ramli - Pengerusi National Fish Corporation (NFC) dan Anak Ikan Club (AIC)




Anak Ikan Club
Rafizi Ramli anak ikan emas Anwar Ibrahim ingin bertanding di Parlimen Pandan.  

Beliau yang berkecendorongan dalam isu NFC dikatakan berminat untuk menukarkan program lembu kepada program anak ikan.  Rafizi dikatakan mula-mula mendapat perhatian Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi pelajar terbaik MCKK dengan Anwar menghadiahkan sendiri sebentuk cincin kepadanya.  Anwar juga pernah terburu-buru menaiki pesawat ke London untuk melawat Rafizi yang berumur 19 tahun dan masih belajar di waktu itu, sewaktu Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Perkahwinan Rafizi juga ditaja dan dibuat di rumah Anwar.  Maka menempatkan anak ikan emasnya bertanding di Parlimen Pandan dilihat sebagai persediaan melantik Rafizi sebagai Menteri Perikanan?

http://busuk.org/ping/view/147963

http://www.papagomo.com/2013/04/panas-mahasiswa-malaysia-di-new-york.html


Rafizi jadi Menteri Perikanan?

KUALA LUMPUR 13 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan sama ada nama NFC akan ditukarkan daripada National Feedlot Corporation kepada National Fish Corporation.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan juga perlu diberikan sama ada idea itu datang daripada dirinya atau Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

Berikut ialah kenyataan Zamil:
1. Anwar perlu beri penjelasan kepada rakyat di negara ini tentang hasrat Rafizi untuk tukar nama NFC daripada National Feedlot Corporation kepada National Fish Corporation. Apakah idea bagi program anak ikan ini datang daripada Anwar sendiri ataupun Rafizi?

2. Betulkah Anwar akan melantik Rafizi untuk jawatan Menteri Perikanan jikalau pakatan pembangkang menang pilihan raya umum? Apakah bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditukar kepada bantuan anak ikan kepada semua rakyat? Kita hendak tanya Anwar dan Rafizi, sama ada NFC akan digunakan sebagai platform untuk menarik remaja ke program 'anak ikan'?

3. Akhir sekali kita hendak tanya Anwar apakah benar di dalam parti PKR bahawa peluang untuk bertanding sebagai calon hanya akan diberi kepada anak sendiri, anak emas dan anak ikan? Orang lain yang dianggap sebagai 'anak tiri' tidak akan diberi peluang untuk jadi calon?


Persengkokolan DAP dan PAP rasis di PRU13 - BERSATULAH pengundi Melayu


Minggu lepas kita mendapat berita tentang taikun-taikun Singapura yang sedang membiayai jentera DAP dan melonggokkan berjuta-juta ringgit di Johor bagi memenangi PRU 13 terutama di Gelang Patah tempat Lim Kit Siang akan bertanding.

Berita terkini diterima,
1) Terdapat satu maklumat yang mengejutkan daripada seseorang yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2) Beliau telah mendedahkan (secara sengaja atau tidak) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3) Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina untuk pulang mengundi DAP khasnya di Johor.

4) Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5) Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6) Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7) Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

Bersedialah atas segala kemungkinan yang berlaku. Kita tak pasti lagi apa rancangan Singapura. Bersedialah.

Thursday, April 11, 2013

Rakyat Sabah wajib tolak Jeffrey Kitingan Pengkhianat Negara di PRU 13




http://www.bharian.com.my/articles/JeffreyKitingansahbertandingkerusiParlimenKeningaudanDUNBingkor/Article/

Jeffrey Kitingan telah membuat pengumuman akan bertanding sebagai calon wakil rakyat di PRU 13 di  Parlimen Keningau and Dun Bingor.  Maka rakyat Sabah yang sayangkan Malaysia wajib tolak dan benamkan kerjaya politik pengkhianat negara ini di PRU 13.

Ingat Jeffrey Kitingan, ingat persengkokolan katak beliau lompat-lompat parti hanya untuk kepentingan diri sendiri.

http://www.sinarharian.com.my/politik/lompat-parti-justifikasi-jeffrey-kitingan-tidak-boleh-diterima-1.61492


Sultan Muidzullail T Kiram bersama Jeffrey Kitingan

Ingat Jeffrey Kitingan, ingat kegiatan subversif beliau selama ini untuk keluarkan Sabah dari Malaysia.

Ingat Jeffrey Kitingan, ingat insiden pencerobohan Lahad Datu oleh Suluks dan Kiram.

http://www.pisau.net/keluarkan-sabah-dari-malaysia-jeffrey/

http://news.abnxcess.com/2013/03/dr-jeffrey-kitingan-met-with-one-of-the-sultans-of-sulu-sultanate-last-year/

http://www.anwaraidc.com/?p=32274

Maka pengundi-pengundi Sabah wajib tolak Jeffrey Kitingan di Parlimen Keningau dan DUN Bingor.
Kuburkan karier politik Pengkhianat Negara ini "once and for all".

Wednesday, March 25, 2009

'Saya perlu lepasi dua ujian awal'

Oleh Ahmad Naim Tahir dan Syuhada Choo Abdullah

NAJIB menjawab soalan yang diajukan pengacara Dialog @ 1, Syed Munawar Syed Mustar yang disiarkan secara langsung dari Dewan Tun Hussein Onn di PWTC, malam tadi.

Barisan Kabinet, ucapan sulung bukti penerimaan rakyat: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau perlu melepasi dua ujian pertama sebaik mengambil alih teraju kepemimpinan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan memastikan sama ada kerajaan pimpinannya diterima rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, dua perkara itu ialah pembentukan Jemaah Menteri dan ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, sama ada menerima reaksi positif rakyat atau sebaliknya.

“Saya akan diuji dengan dua perkara, iaitu susunan Jemaah Menteri yang baru, sama ada ia akan diberi harapan oleh rakyat. Yang kedua, ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, apa agendanya.

“Jika kedua-dua perkara itu boleh diterima dengan baik oleh rakyat, saya percaya rakyat akan bersama-sama kita. Jika tidak, parti dan kerajaan akan menghadapi laluan amat sukar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog@1 bertajuk Umno: Berubah atau Diubah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi yang turut disiarkan secara langsung oleh RTM melalui saluran TV1.

Katanya, Umno perlu menangani persepsi umum yang melihat parti itu sombong dan angkuh serta mengamalkan salah guna kuasa dan rasuah dalam kerajaan dan kegagalan berbuat demikian boleh membawa kesan negatif pada pilihan raya.

“Melihat kepada aliran (undi) pada pilihan raya umum lalu, bererti kita perlu berani melakukan perubahan dan saya masih yakin sekiranya kita berani buat perubahan, insya-Allah sokongan kepada Umno dan BN akan kembali dan kita boleh pulih semula kedudukan kita seperti sedia kala.

“Kita tiada pilihan untuk bersikap seperti sedia kala... ia bukanlah pilihan kerana kalau kita buat begitu, kita mungkin akan ditolak oleh rakyat kerana isyarat sudah diberikan pada PRU ke-12.

“Maknanya, rakyat masih hendak pada Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pembangkang, tetapi rakyat mahu Umno mendengar kehendak dan aspirasi mereka, rakyat mahu Umno dan BN buat perubahan berdasarkan kepada kehendak mereka,” katanya.

Beliau berkata, perubahan itu mesti dilakukan dalam Umno sendiri supaya segala persepsi negatif rakyat dapat dikikis.

“Sebab itulah, proses pemilihan dalam Umno mesti dikaji semula, struktur dalam Umno mungkin perlu kita rombak. Soal dalaman Umno perlu kita lakukan perubahan dan selepas itu, barulah dasar dan pendekatan kerajaan. Kita mesti cara jawapan kepada apakah yang diutamakan rakyat sebenarnya,” katanya.

Najib turut meminta perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bermula esok supaya memilih pemimpin berdasarkan hati nurani mereka, bukan kerana memikirkan calon tertentu dapat menjaga kepentingan mereka jika menang jawatan.

“Ciri-ciri harus ada pada pemimpin yang baik ialah kesetiaan, kebolehan dan integriti, tetapi sepatutnya dimulakan dengan integriti, yang kedua kebolehan dan ketiga, kesetiaan.

“Kalau kita memilih berdasarkan ciri-ciri ini, maka itulah proses perubahan atau reform dalam Umno yang patut dilakukan. Jangan kita pandang pada pemimpin kerana reform itu di tangan kita sebagai ahli Umno, terutama sekali perwakilan,” katanya.

Mengenai barisan pemimpin impiannya, Najib berkata, sukar untuk mendapat keputusan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada pemimpin (calon) mencerminkan ciri-ciri terbaik.

Ditanya perasaan tidak puas hati sesetengah pihak terhadap keputusan Lembaga Disiplin, Najib berkata, sukar memuaskan hati semua pihak tetapi yang penting tindakan diambil berdasarkan bukti jelas dan konkrit.

Katanya, Umno juga sedar mengenai pentingnya konsep perkongsian kuasa dan mempertimbangkan suara komponen BN untuk mengemukakan apa juga yang mereka fikirkan baik untuk kumpulan etnik atau kaum diwakili mereka.

Mengenai kemungkinan wujud perpecahan dalam Wanita Umno, Najib berkata, beliau yakin pergerakan itu akan merapatkan semula barisan mereka selepas selesai pemilihan seperti yang dibuktikan sebelum ini.

Beliau juga berkata, tiada istilah Team A dan Tema B pada pemilihan Umno kali ini seperti yang berlaku pada pemilihan 1987 kerana jawatan Presiden tidak dipertandingkan.

Katanya, proses peremajaan Umno perlu dilakukan secara lebih menyeluruh dan melihat bagaimana pemimpin muda dapat menyertai parti yang akan dipermudahkan melalui pendaftaran secara online yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kita tidak mahu ada cantas-mencantas atau sekat-menyekat. Mana-mana pemimpin yang ada kebolehan boleh masuk. Saya mahu ada gabungan dari segi intelektual dan pemimpin bercorak akar umbi dalam parti,” katanya.

Tuesday, March 24, 2009

Dato’ Seri Najib: UMNO mesti BERANI BERUBAH

Ucapan dasar Timbalan Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selasa 24 Mac 2009 Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillahirrabbil a’lamin.

Segala salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Yang Berhormat Tan Sri Rafidah Aziz,

Ketua Pergerakan Wanita,

Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,

Ketua Pergerakan Pemuda,

Yang Berhormat Datuk Noraini Ahmad,

Ketua Pergerakan Puteri,

Yang Berhormat Naib-naib Presiden UMNO,

Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Agung UMNO,

Ahli-ahli Majlis Tertinggi,

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri,


Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita berhimpun pada malam ini.

2. Pertama sekali, kita ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di atas tanggungjawab melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian dengan sempurna.

3. Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang dan sayap parti UMNO. Jatuh bangun, gagal jaya parti bergantung kepada semua ahli terutama saudara dan saudari. Bersama semangat dan azam, Wanita, Pemuda serta Puteri mesti berusaha dengan penuh iltizam untuk menjadi satu pasukan yang terus menyalakan obor perjuangan. Yakinlah bahawa, kita sedang mengibarkan panji-panji kebenaran. Yakinlah bahawa, kita sedang bergerak di landasan yang mulia.

4. Baru-baru ini, kita menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu. Sekalipun nasib tidak menyebelahi kita, saya berterima kasih kerana Wanita, Pemuda dan Puteri tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam perjuangan. Begitulah kita yakin komitmen seumpama ini akan diserlahkan jua dalam tiga pilihan raya kecil yang bakal kita hadapi pada 7 April nanti.

Saudara dan saudari,

5. Sememangnya, perhimpunan kali ini adalah yang julung kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun 2008. Jelas sekali, keputusan pilihan raya tersebut adalah yang terburuk pernah dialami oleh parti. Buat pertama kali kita kehilangan majoriti dua pertiga semenjak tertubuhnya Barisan Nasional lebih tiga dekad yang lampau. Walau pahit bak hempedu, walau kelat bak ketereh, itu adalah realiti yang perlu kita terima.

6. Mahu tidak mahu, kita terpaksa mengakui bahawa ia berkait rapat dengan beberapa kelemahan yang sedang menular dalam parti. Pada persepsi ramai orang, hala tuju UMNO telah menyimpang jauh dari perjuangan asal penubuhan parti. Ternyata, ada sesuatu telah menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama UMNO kini menukar haluan mereka.

7. Lantaran itu, tugas saudara dan saudari, para perwakilan pada tahun ini, adalah yang paling berat dalam sejarah UMNO. Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival UMNO itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah.

8. Hakikatnya, UMNO masih disayangi oleh orang-orang Melayu. Tidak ada sesiapa dapat menafikan hal ini. Sebab itulah, mereka mengundi untuk mengekalkan UMNO sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga. Atas sebab itu, UMNO wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli.

Saudara dan saudari,

9. Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama. Marilah merenung tiga ayat berikut sebagai panduan dan pedoman.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 26 bermaksud:
Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.

Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 ditegaskan:
Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang. Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.

Surah Az-Zumar ayat 53 Allah memberikan harapan bahawa :
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

10. Mengambil maklum dan iktibar daripada ayat-ayat suci itu, makanya, kita berkumpul pada malam ini bukan untuk bersedih mahu pun untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, akan tetapi kita berhimpun sebagai sebuah parti atas satu tujuan untuk mencarta dan memeta arah tuju seterusnya kepada perjuangan UMNO.

11. Pujangga mengatakan, untuk melihat masa depan, kita mesti merenung sejarah lampau dan mena’kul peristiwa semasa. Sejarah telah membuktikan sepanjang enam puluh tiga tahun kewujudannya, UMNO telah banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. UMNO telah menjadi parti peneraju kepada usaha mencapai kemerdekaan. Inilah kejayaan monumental yang dicapai apabila UMNO mendukung aspirasi massa dan mewakili denyutan nadi rakyat terbanyak.

12. Ketika itu juga, menyedari usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tidak boleh dijayakan oleh orang-orang Melayu sahaja, satu formula perkongsian kuasa yang bitara di antara kaum telah diasaskan oleh pucuk pimpinan UMNO. UMNO juga telah membuat pengorbanan besar apabila di dalam Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1955, sanggup memberi kerusi majoriti Melayu untuk diwakili oleh parti-parti bukan Melayu. Pengorbanan mulia tersebut telah menjadi tradisi UMNO sehinggalah kini.

Saudara dan saudari,

13. Pencapaian UMNO lebih enam dekad penubuhannya bukanlah kejayaan kecil atau enteng. Ia tidak terhenti setakat memperoleh kemerdekaan malah telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang. Oleh itu, ahli-ahli UMNO tidak harus apologetik dalam berhadapan dengan retorik dan tohmahan parti-parti pembangkang.

14. (Dekad Pertama Pasca Merdeka 1957-1970). UMNO hadir di persada politik tanah air bukan sekadar pemerhati di gerigi sejarah sebaliknya UMNO telah terlibat secara pro aktif dalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dan negara. Pada dekad pertama kemerdekaan, sebaik sahaja tamatnya darurat, bukankah pucuk pemimpin UMNO yang telah melancarkan perang terhadap kemiskinan melalui pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA serta membangunkan kawasan luar bandar.

15. (Dekad Kedua Pasca Merdeka 1971-1980). Pada dekad kedua kemerdekaan pula, apabila ketidakpuasan hati rakyat dimanifestasikan melalui tragedi 13 Mei 1969, bukankah kepimpinan UMNO telah bingkas mengenal pasti kelemahan yang timbul lalu menggubal Dasar Ekonomi Baru. Hasilnya, pelaksanaan DEB telah berjaya mencipta kelas menengah Melayu pada skala besar dan menjadi asas kepada tiga dekad pertumbuhan seterusnya ekonomi Malaysia.

16. (Dekad Ketiga Pasca Merdeka 1981-1990). Dalam dekad ketiga kemerdekaan pula, apabila berlaku kemelesetan ekonomi kesan jatuhnya harga komoditi, bukankah kepimpinan UMNO yang telah mencetuskan inisiatif industrialisasi dan memulakan program penyediaan prasarana secara besar-besaran?

17. (Dekad Keempat Pasca Merdeka 1991 – 2000). Selanjutnya, dalam dekad keempat kemerdekaan, bukankah kepimpinan UMNO yang telah menggariskan Wawasan 2020 untuk menyediakan tapak bagi melonjakkan Malaysia memasuki era teknologi maklumat dan globalisasi? Semasa kegawatan kewangan tahun 1997 dan tahun 1998, apakah tidak UMNO juga yang menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam perangkap krisis ekonomi Asia? Malah, kita telah berjaya mencorakkan formula tersendiri sekali gus keluar dari kemelut kewangan, menolak telunjuk IMF. Ironisnya hari ini, cara kita telah menjadi ikutan negara-negara yang dulunya lantang mengkritik.

18. Alhamdulillah, memang ternyata UMNO mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan. Telah terbukti juga UMNO adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja. Hakikatnya, UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman.

Saudara dan saudari,

19. Waima apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli UMNO hari ini perlu berpijak di bumi nyata. Lanskap politik negara telah berubah sama sekali. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.

20. Merujuk sudut demografi, lebih satu pertiga (41.5 peratus pada tahun 2005 diunjurkan 40.2 peratus pada 2010) daripada jumlah rakyat Malaysia berada dalam kategori belia yakni lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun. Lebih 70 peratus pula berada di bawah usia 40 tahun yang lahir pasca tragedi 13 Mei 1969. Secara keseluruhannya, 90 peratus adalah generasi merdeka. Manakala, anak-anak pasca tamatnya Dasar Ekonomi Baru iaitu mereka yang lahir pada tahun 1991 pula akan layak sebagai pengundi menjelang tahun 2012.

21. Secara langsung, perubahan yang disertai dengan kemajuan di bidang ICT, pengangkutan, ekonomi dan pendidikan telah melahirkan kelompok pengundi lebih bermaklumat, mendesak lagi kritikal. Harus diingat bahawa generasi ini mungkin tidak dapat menjiwai perjuangan lalu kerana mereka tidak hadir dalam peristiwa-peristiwa tersebut dan sekadar mengetahuinya melalui buku-buku atau cerita-cerita sahaja.

22. Kendatipun begitu, tidak bermakna kita ingin memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu. Akan tetapi ia menuntut kita untuk kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi orang-orang Melayu khususnya. Demi mencapai matlamat ini kita mesti melakukan proses muhasabah, pembaruan dan islah. Jelasnya, kondisi untuk maju ke hadapan, memerlukan kita mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan. Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan. Jika kita tidak melakukan proses ini, UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.

23. Untuk itu, UMNO harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat. UMNO dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan.

24. Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘ beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi … Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan UMNO, parti tercinta ini.

Saudara dan saudari,

25. UMNO sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda. Kita adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka. Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian UMNO ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

26. Kita mesti juga memastikan amalan jelek cantas mencantas dan sekat menyekat mana-mana anak-anak Melayu, tua atau muda, terpelajar atau tidak, dihentikan pada detik, saat dan ketika ini juga. Sikap tercela ini akan hanya menjauhkan kita dari mereka yang penuh ikhlas ingin berkongsi perjuangan. Hal ini jika tidak dikawal, sedikit demi sedikit akan menyemai bibit-bibit kemusnahan kepada parti yang selama ini menjadi tonggak bangsa dan negara.

27. Selain itu, sama ada kita sedar atau tidak, banyak pihak hari ini menanggap, terdapat keterpisahan antara aspirasi UMNO dan aspirasi massa. Bagi mereka, cita rasa UMNO bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang UMNO janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti. Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?.

28. Selanjutnya, kita akui bahawa bukan semua orang Melayu adalah ahli UMNO. Dari itu, percayalah UMNO akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada orang-orang Melayu dan UMNO terus kekal menjadi parti yang mewakili aspirasi mereka. UMNO juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. UMNO akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli UMNO berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui UMNO.

29. Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh, imej serta tanggapan bahawa pimpinan UMNO kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin UMNO mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa yang sebenar sedang berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita seperti kadok naik junjung seraya lupa bahawa UMNO itu adalah parti akar umbi, lupa akan hakikat UMNO itu, parti yang lahir dari semangat membara rakyat kebanyakan. Insaflah, di jemala UMNO terjunjung amanah membela untung nasib rakyat.

30. Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci UMNO, maka haruslah kita berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula UMNO menelusuri landasan sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

Saudara dan saudari,

31. Sebagai komponen terbesar sayap UMNO, pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Tan Sri Rafidah Aziz telah mempamerkan iltizam yang kukuh dalam apa jua keadaan terutamanya di setiap pilihan raya. Perpaduan pergerakan Wanita sangat penting untuk UMNO. Oleh itu, janganlah disebabkan keghairahan sementara, kita meruntuhkan pula apa yang terbina selama ini. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang perpecahan. Bersatulah, kerana sesungguhnya yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah segala-galanya. Yang menang hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada menerima yang kalah, manakala yang tewas, hendaklah akur dan menghormati keputusan demi meneruskan perjuangan parti. Bak kata pepatah apabila biduk berlalu kiambang pun bertautlah kembali.

32. Kepada para Pemuda, saudara semua adalah hulubalang yang menjadi perisai parti. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada di barisan hadapan perjuangan. Dekad lampau yang penuh ranjau menyaksikan barisan pemuda teguh membentengi parti. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah berjaya mengetuai Pemuda dari era kegetiran kepada era kestabilan, seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong aspirasi perjuangan selama lebih satu dasawarsa.

33. Begitulah juga, Puteri UMNO yang ditubuhkan hampir sedekad lalu, memang, telah berjaya mencetuskan minat golongan wanita muda untuk melibatkan diri dalam arus politik perdana. Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Noraini Ahmad yang telah menjalankan tugas dengan lancar sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan Puteri UMNO. Yang mustahak, kita ingin melihat Puteri terus bersemangat dan gigih bekerja sebagai elemen yang sentiasa berupaya menyegarkan perjuangan parti.

Saudara dan saudari,

34. Persidangan kali ini menjadi tanda penyerahan obor perjuangan kepada generasi kepimpinan baru. Perjuangan lima dekad pertama selepas kemerdekaan hendaklah menjadi asas kepada perjuangan 50 tahun mendatang. Oleh itu, untuk UMNO terus kekal relevan, generasi kepimpinan baru wajar menyedari bahawa 50 tahun kedua kemerdekaan amat berbeza dengan apa yang pernah UMNO lalui. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya memastikan parti sentiasa berada di hadapan kelok pembaruan bukannya penaklid yang mengekor di belakang. Hal ini menuntut kepada penelitian semula pendekatan, sikap dan sistem nilai ahli-ahlinya.

35. Contoh yang paling mudah, jika diimbau pada pilihan raya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu. Lima tahun kemudian semasa pilihan raya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber. Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

36. Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan UMNO harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena. Generasi muda kepimpinan UMNO perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber. Generasi muda kepimpinan UMNO juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita, boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutamanya di kalangan generasi muda. Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik.

Saudara dan saudari,

37. Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi. Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sirna ketamadunan.

38. Rasulullah juga semasa berhijrah telah mempersatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Selepas itu menyatupadukan pula orang-orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu. Ini menunjukkan kejayaan atau kegagalan, kecemerlangan mahupun kebungkaman sesuatu tamadun dan bangsa itu tidaklah ditentukan oleh faktor fizikal semata-mata. Faktor yang lebih utama adalah faktor emosional, spiritual serta sistem nilai yang mendasari pegangan juga amalan masyarakat dan kepimpinannya.

39. Tersenarai, antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai al-falah.

40. Sejarah turut membuktikan apabila orang-orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Menyingkap kecemerlangan tamadun Islam, makanya demi survival, UMNO dan orang-orang Melayu perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaruan transformasi yang bersifat total dan tuntas. Mengambil iktibar daripada sirah, dapat disimpulkan bahawa perpaduan kebangsaan sewajibnya bermula dengan perpaduan di kalangan orang Melayu. Sayangnya, perpaduan Melayu hari ini diasak dari pelbagai sudut dengan budaya fitnah memfitnah, separuh benar dan pembohongan yang dahsyat. Hari ini, fitnah bukan sahaja berlaku di kalangan orang munafik tetapi sudah menjadi permainan golongan yang kononnya, mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Islam dan agamawan.

41. Bertolak dari situ, situasi hari ini menuntut UMNO, sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus, mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi UMNO supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

42. Untuk mencapai matlamat ini, pertama sekali, adalah sangat mustahak untuk mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik. Di semua peringkat ahli-ahli UMNO perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan UMNO. Kita tidak boleh mengambil mudah tentang proses ini yang sebenarnya telah menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadinya, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps.

43. Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih para ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan.

44. Keduanya, kita mesti mengubah cara UMNO menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung UMNO hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli UMNO di peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan UMNO dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan UMNO dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

45. Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi. Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah UMNO akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli UMNO menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat. Setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan.

Saudara dan saudari,

46. Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh UMNO juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, UMNO bukan sahaja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian.

47. Berdasarkan itu, bahagian-bahagian UMNO di bandar perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengetengahkan rintihan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Nyatanya pun, terbukti sejak sekian lama rekod kepimpinan UMNO telah hampir berjaya membasmi kemiskinan tegar luar bandar melalui pelbagai rancangan. Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa. Lantas, UMNO sebagai parti tonggak pemerintahan akan memastikan agenda ini diberi keutamaan oleh kerajaan.

Saudara dan saudari,

48. UMNO menjunjung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Raja-raja Melayu sebagai payung negara dan payung negeri menjadi elemen penting kepada supremasi perlembagaan. Walaupun dalam sistem ini raja bertakhta tapi tidak memerintah, setiap kerajaan tetap mentadbir atas nama baginda sebagai ketua eksekutif kerajaan. Oleh itu, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kepada raja-raja kita yang selama ini menjadi asas kestabilan dan simbol perpaduan, maka, siapa lagi?

49. Justeru itu, janganlah mana-mana pihak memutarbelitkan fakta sejarah tentang tindakan UMNO meminda undang-undang berkaitan raja-raja. Tindakan itu dibuat bukan dengan mala fide tetapi dengan hasrat yang murni untuk tetap mengekalkan dan melindungi kemuliaan raja-raja dalam usaha memperteguhkan doktrin pengasingan kuasa yang mendasari sebuah kerajaan demokrasi. Di sini, suka saya mengingatkan kepada semua orang Melayu, janganlah nanti sudah terhantuk baru terngadah. Pada pihak yang telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait, janganlah pagi sembah setia tetapi petang sembah derhaka.

Saudara dan saudari,

50. Dengan segala cabaran nasional serta global, sedang dan akan dihadapi, kita sudah tiada masa. Krisis ekonomi yang melanda adalah di luar dugaan malah ia merupakan krisis yang terburuk semenjak kemelut The Great Depression. Makanya, kita tidak boleh sekali-kali leka dibuai rasa selamat dan tidak berpaut dengan realiti. Zahirnya, ekonomi Malaysia hari ini amat berbeza dengan ekonomi 50 tahun dahulu. Hari ini, Malaysia merupakan antara 20 negara dagang terbesar di dunia dengan nilai dagangan antarabangsa melebihi satu trilion ringgit setahun.

51. Tidak dapat dielakkan, apa yang berlaku di persekitaran ekonomi dunia memberi kesan langsung terhadap ekonomi kita. Kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah berasaskan kemakmuran global. Malaysia tidak boleh maju jika ekonomi dunia terus merudum. Kita juga tidak boleh pulih jika rakyat tidak mempunyai keyakinan. Malah prasyarat kepada pemulihan ekonomi adalah kestabilan politik dan keutuhan institusi negara. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Suka saya menyeru, marilah kita bersama meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik yang jumud dan sempit.

Saudara dan saudari,

52. Bahasa itu jiwa bangsa. Indahnya bunyi ungkapan. Di noktah ini saya ingin tegaskan bahawa kedaulatan bahasa Melayu akan tetap kita pertahankan walau apa pun yang terjadi. Namun begitu, harus diingat, tanpa bangsa apa gunanya bahasa. Misalnya, bahasa Latin telah hampir lenyap dan hanya hidup menjadi bahasa akademik di menara-menara gading serta istiadat dengan runtuhnya empayar Roman. Apatah lagi nasib bahasa Sanskrit, Inca dan Aztec yang mati dan tenggelam bersama bangsa penuturnya. Inilah nasib bahasa apabila bangsa penutur itu sendiri sudah tiada lagi. Lagipun, siapa yang hendak belajar bahasa yang dipertuturkan oleh bangsa yang lemah, miskin dan tidak berilmu.

53. Dek yang demikian, kelangsungan sesuatu bahasa bergantung penuh kepada kemapanan bangsanya. Hanya bangsa yang maju akan menjulang martabat bahasa, budaya dan sistem nilainya. Pokok pangkalnya, sesuatu bangsa itu perlu diperteguh dan diperkasakan terlebih dahulu. Ini memerlukan kepada penguasaan ilmu dan pengetahuan yang hari ini kebanyakannya didasari bahasa Inggeris. Seyogia, generasi muda terutamanya perlu bukan sahaja menguasai bahasa Inggeris malah sekurang-kurangnya tiga bahasa utama dalam usaha menakluki pasaran dunia (dan ini tidak termasuk dialek-dialek seperti Jawa, Bugis, Banjar dan dialek “Kelate”). Usahlah bimbang, mempelajari pelbagai bahasa tidak akan melunturkan jati diri kita sebagai orang Melayu sebaliknya akan lebih mengukuhkan keyakinan diri bangsa untuk berhadapan dengan era globalisasi.

54. Oleh yang demikian, jangan berlengah lagi. Hentikan segala polemik yang tidak bermanfaat. Hentikanlah juga segala bentuk kerenah politik yang menjengkelkan. Marilah kita bersama-sama menyingsing lengan mengumpul kudrat nasional demi memastikan kemakmuran negara akan berterusan. Ingatlah, UMNO bukan parti siasah yang biasa seperti parti pembangkang, kita adalah parti yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi peneraju kepada kerajaan yang memerintah. Kendati itulah rakyat Malaysia sentiasa bergantung harap kepada UMNO sebagai parti yang mampu memberi kepimpinan dan mencipta penyelesaian.

55. Melayu dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, bagai irama dengan lagu, apabila orang Melayu dan UMNO bergerak sederap dan seiring, sejarah telah membuktikan bahawa maruah dan martabat bangsa telah berjaya diangkasakan. Namun apabila orang Melayu mula menjadi seperti enau dalam belukar ingin melepaskan pucuk masing-masing sehingga ada yang sanggup membelakangkan kepentingan bangsa, maka anasir-anasir tertentu telah mula menyelinap dan menangguk di air yang keruh. Kini orang Melayu tampak seolah-olah hilang punca dan kekuatan. Akibatnya, telah mula ada pihak-pihak yang mempersoalkan apa yang sudah dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan. Ada pula yang berani menuduh kita mengamalkan dasar aparteid. Sedangkan ini jauh menyimpang dari kebenaran.

56. Ketahuilah sesungguhnya, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan bagi membantu orang Melayu bukan kerana kita merasakan bahawa bangsa Melayu lebih mulia dari sesiapa tetapi dasar-dasar ini digubal atas sebab bangsa Melayu masih ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain. Malah, jika membiarkan bangsa Melayu dan bumiputera yang membentuk lebih dua pertiga rakyat negara terpinggir tanpa pembelaan itulah sebenarnya satu formula ketidakstabilan. Oleh sebab itu, kita akan meneruskan dasar yang adil bagi semua, tanpa mengira kaum.

57. Kesimpulannya, untuk kekal lestari UMNO mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu. Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah.

Saudara dan saudari,

58. Patah tumbuh hilang berganti. Di sini, saya bagi pihak UMNO ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Presiden parti yang telah memimpin UMNO sepanjang lima tahun lalu. YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, dalam rangka mempertingkatkan keyakinan terhadap institusi kehakiman, telah menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim. Begitu juga usaha berterusan beliau memerangi rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

59. Kita turut berterima kasih kepada Pak Lah di atas segala sumbangan khususnya dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial dari segi memerangi kemiskinan tegar dan memperkasakan industri pertanian negara.

60. Menjadi asas kepada semua ini adalah pemerkasaan modal insan yang sering ditekankan oleh YAB Perdana Menteri. Pak Lah melihat bahawa menjelang separuh abad kita merdeka, negara telah pun memiliki prasarana fizikal yang moden dan bertaraf antarabangsa. Kemajuan fizikal ini tidak lengkap tanpa dikendalikan oleh modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi. Usaha memperkasakan modal insan ini telah dijadikan teras seperti tergaris dalam misi nasional dan akan kita teruskan dalam perjalanan menuju wawasan negara.

Saudara dan saudari,

61. Menoleh perjalanan politik saya, sudah lebih 33 tahun saya bersama dengan sayap-sayap UMNO setiap kali persidangan. Alangkah hiba rasanya, malam ini, saya berdiri di hadapan saudara dan saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri. Saya juga berasa terharu dan tawadhuk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara.

62. Sesungguhnya, saya diperinsafkan oleh hakikat bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwarisi ini telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung, bermula dari Allahyarham Dato’ Onn Jaafar diikuti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kemudian pula ayahanda saya yang dikasihi Allahyarham Tun Abdul Razak. Berikutnya beliau disusuli Allahyarham Tun Hussein Onn sebelum diambil alih oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kini amanah yang dipikul oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi akan diserah pula kepada saya. Maka kini, dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara, tergalas di bahu ini satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia parti UMNO membela untung nasib rakyat.

63. Di sini, dengan ikhlas dirakamkan penghargaan peribadi kepada setiap ahli UMNO yang telah menyokong saya. Saya juga ingin memahatkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya selama saya memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

64. Adalah diharapkan agar permuafakatan yang sebegini diteruskan apabila saya memegang jawatan Presiden nanti. Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO baru yang bakal dipilih kelak. Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman.

65. Akhir kata, safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu. Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi. Dipanjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa, insya Allah, laungan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema di Dewan Merdeka ini. Patah sayap bertongkat paruh, gunung nak didaki, didaki jua.

66. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

3 Calon Pilihan buat Perwakilan UMNO di PAU 2009



Selamat Bersidang Buat Perwakilan UMNO!
Undilah dengan rasa penuh amanah dan bertanggungjawab.

Monday, March 23, 2009

Hari Penentuan

Rabu 24 Mac 2009 Persidangan Agung UMNO (PAU) 2009 bermula.

Setelah hampir 7 bulan bertungkus lumus berkempen dengan penuh pencak silat dan ada yang terjatuh sebelum sempat masuk gelangang maka esok adalah hari penentuan utk perwakilan Wanita, PEMUDA dan Puteri membuat perhitungan.

Manakala umtuk lain-lain jawatan pula akan ditentukan pada 26 Mac.

Undi-undi yg dipertaruhkan untuk direbut adalah dari 791 perwakilan Pemuda, 796 undi perwakilan Wanita dan 789 undi perwakilan Puteri.

Pengundian akan dijalankan pada pukul 11 pagi di Dewan Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan di Dewan Merdeka. Dijangka berlangsung selama 2 jam dan pengiraan undi akan dibuat secara manual di Dewan Tun Razak 4.

Pengumuman oleh Pengerusi Tetap pada pukul 8 - 9 malam.

Kepada semua yg bertanding diucapkan Selamat Bertanding.

Kalah menang adat pertandingan. Semoga calon-calon yang terpilih adalah pilihan akar umbi serta mempunya imej yg Bersih, Mempunyai Integriti, Cekap, Bijak serta Berani bagi menerajui kepimpinan Negara dan amanat Bangsa di samping boleh bersilat dengan Puak Pembangkang.

Selamat Bersidang Wanita, Pemuda dan Puteri

Jalankan amanah dan undilah dengan penuh kesedaran dan penuh tanggungjawab untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

10 resolusi ikrar pertahan hak pribumi, Islam

KUALA LUMPUR: Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang disertai 66 badan bukan kerajaan (NGO) semalam berikrar mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan dan kesinambungan Melayu dan pribumi sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan Perlembagaan.

Sambil menegaskan bahawa perpaduan kaum Melayu dan pribumi menjadi teras kestabilan rakyat, persidangan sehari anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu meluluskan 10 pendirian iaitu:

* Mengulangi dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu ke-215 pada 16 Oktober 2008 berhubung hak keistimewaan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

* Menyeru pemimpin kaum pribumi memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia serta berperanan mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.

* Menggesa semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan mengakui dan menerima peruntukkan berkaitan hak keistimewaan Melayu dan pribumi serta kepentingan sah kaum lain dan menentang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dan pribumi dalam perundangan dan pelaksanaan.

* Mengesyorkan pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukkan mengenai hal Islam dalam Perlembagaan dan menolak provokasi bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah Perlembagaan.

* Mencadangkan kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4, bagi memastikan tidak berlaku penghakisan dan penghapusan TSM secara berterusan tanpa sebarang gantian yang wajar.

* Menggesa semua pihak menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan secara langsung atau tidak langsung menjejaskan dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam sistem pendidikan kebangsaan.

* Menggesa kerajaan Pusat dan negeri menggubal langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan pribumi bukan saja mampu menghadapi keadaan krisis ekonomi semasa, bahkan pencapaiannya terus dipertingkatkan bagi memastikan pribumi mampu bersaing dalam perubahan landskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.

* Menggesa pihak bertanggungjawab merangka pelan dan jangka masa tindakan dan pengukuran kejayaan terhadap usaha memperkasakan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta Raja Melayu selaku penaung dan penasihat dan melaksanakan semua pelan tindakan ini sehingga berjaya.

* Menyeru digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan Melayu, pribumi dan Islam dalam suatu saf gerak kerja lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu, pribumi dan Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan, dan

* Menggesa kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif yang sudah disepakati bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan.