tag:blogger.com,1999:blog-3267176798109572197.post2193550241030033952..comments2023-06-22T06:42:15.037-07:00Comments on teja: Pengakuan Ezam - Pak Lah dan Khairy bina jambatan utk Ezam dan Anwar masuk UMNO semulatejahttp://www.blogger.com/profile/14762157183789365343noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3267176798109572197.post-73098413620774857592008-06-08T18:43:00.000-07:002008-06-08T18:43:00.000-07:00Scenerio politik mutakhir telah berubah. Impian a...Scenerio politik mutakhir telah berubah. Impian atau igauan untuk melihat Anuar kembali ke UMNO adalah tidak berpijak di bumi nyata.

Secara realitinya Anuar tidak akan berada dalam UMNO lagi. Anuar mengetahui bahawa jika kembali kepada UMNO sokongan yang dibina selama ini setelah dipinggirkan oleh UMNO akan lesap sama sekali.

Untuk membina kembali sokongan untuk 10 tahun akan datang masa tidak akan menyebelahi Anuar lagi. Beliau berumur 70an apabila sokongan kembali dapat dibina. Masa sudah tentu tidak akan menyebelahi Anuar.

Begitu juga PRU13 tidak akan menyebelahi Anuar dan Pakatan lagi sekiranya Anuar memasuki kembali UMNO.

Samada kita sudi menerimanya atau sebaliknya kemasukkan Ezam ke UMNO adalah keputusan individu Ezam semata mata.

Anuar sebenarnya sudah tidak ada harapan dalam UMNO sekiranya ingin memimpin negara ini. Anuar hanya dapat memimpin negara ini bukan melalui UMNO tetapi melalui Pakatan. PRU13 masih ada peluang untuk Pakatan sekiranya Anuar tidak memasuki UMNO. Sekiranya Anuar mengambil keputusan menubuhkan kerajaan persekutuan Pakatan dengan Ahli Parlimen yang lompat parti maka ianya akan hanya menjadi kejayaan jangka pendek Pakatan. PRU13 tidak akan menjadi milik Pakatan lagi.

Pakatan hendaklah berani menghalang rasa tamak untuk berkuasa dan memusnahkan harapan Rakyat dengan fokuskan kepada amanat Rakyat pada PRU12 untuk menyemak dan mengimbangi kuasa yang ada pada kerajaan hari ini.

Rakyat sedang memerhati perkembangan politik seterusnya. Anuar perlu lebih fokus kepada janji yang telah dibuat kepada Rakyat melalui Pakatan pada PRU12. Segala yang selain daripada ini tidak lebih dari dugaan dan cabaran kepada usaha membawa Pakatan sebagai suara sebenar Rakyat.Tok Kemuninghttps://www.blogger.com/profile/15224194185371491871noreply@blogger.com